Hari ini saya berpeluang untuk menghadiri sebuah seminar tentang isu berkenaan operasi keselamatan untuk petugas misi kemanusiaan ( Issues on Operational Security for the Humanitarian Aid Worker) yang telah dianjurkan oleh ICRC dan juga Outreach Islamic Abim yang bertempat di Eastin Hotel. Fokus bagi seminar ini lebih kepada isu keselamatan apabila menghantar bantuan di negara-negara konflik seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin.
Seminar ini benar-benar membuka minda saya. Misi kemanusiaan di negara konflik agak berbeza dengan misi kemanusiaan di negara-negara yang mengalami bencana alam. Antara ancaman spesifik yang biasa dialami oleh petugas misi kemanusiaan seperti

1- periuk api ( landmines)
2- perangkap bom (improvised explosive devices, IEDs)
3- serangan artileri atau mortar
4- bom hidup yang belum meletup (unexploded ordinance, UXO)
5- serangan udara (air strikes)
6- tembakan rambang dan penembak tepat (small arms fire and snipers)
7- checkpoints
8- jenayah dan penculikan (criminal acts and kidnapping)
Setiap ancaman ini mempunyai cara untuk menghadapinya mengikut langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh ICRC. Yang paling menarik ialah checkpoints. Di negara-negara konflik, checkpoints sememangnya antara perkara yang biasa. Menurut salah seorang penceramah dari ICRC, di Iraq, checkpoints atau biasa dikenali sebagai roadblocks ini merupakan antara tempat yang paling merbahaya. Di checkpoints, sekiranya kelakuan pemandu atau penumpang mencurigakan, pihak yang menjaga di checkpoints tidak akan teragak-agak untuk terus menembak sehingga mati. Tahap sekuriti yang tinggi ini telah dipengaruhi oleh serangan berani mati terhadap post checkpoint.
Di sini saya kongsikan cara-cara untuk menghadapi checkpoints. Apabila tiba di sebuah checkpoint:
1- kenderaan perlu diperlahankan, radio ditutup, lampu kenderaan ditutup, tingkap dibuka
2- cermin mata hitam dibuka dan pastikan ada eye contact. Pada masa yang sama lampu dalam kenderaan dibuka
3- bersedia untuk memberhentikan kenderaan. Hal ini bergantung kepada keadaan atau prosedur
4- berhentikan kenderaan bila perlu dan tunggu untuk dipanggil keluar dari kenderaan
5- sapa (greet) penjaga checkpoint (biasanya tentera atau polis) dengan ramah dan mesra
6- patuh pada arahan yang diberi tanpa menyoal
7- tunjukan kad pengenalan jika perlu.
8- beritahu ke mana lokasi yang akan dituju (secara umum)
9- terangkan butiran konvoi dan juga barangan yang dibawa
10- Benarkan mereka untuk memeriksa kenderaan
11- Jangan tawarkan apa-apa rasuah atau bayaran
Setiap petugas misi kemanusiaan perlu kesabaran yang tinggi dan sentiasa tenang apabila menghadapi sebarang situasi sebegini. Latihan dan pendedahan amat penting agar setiap petugas misi kemanusiaan bersedia dari segi mental dan fizikal. Hal ini dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Sukarelawan juga perlu faham, situasi di negara konflik bukanlah seperti di Malaysia yang aman sejahtera. Ramai sukarelawan yang memasang impian untuk membantu hantar misi kemanusiaan terutama di luar negara. Secara mental dan fizikal perlulah sedia. Selain dari ancaman-ancaman yang dinyatakan di atas, post trauma stress disorder (PTSD) juga merupakan lagi satu isu yang biasa terjadi kepada petugas atau sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusiaan. Keadaan trauma ini boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan selepas terdedah dengan situasi tegang di lokasi konflik mahupun bencana. Oleh yang demikian, persediaan rapi perlu bagi setiap petugas dan sukarelawan. Mahirkan diri dengan kemahiran yang penting sebagai persediaan sebelum menyertai misi kemanusiaan terutama di luar negara.
Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:
Post a Comment