Baru ini, 19 April 2011 saya bersama pelajar baru praktikal di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), cik Athira telah menjalankan kelas Community Building Process (CBP) untuk warga pelarian Somalia. Kelas CBP ini merupakan kesinambungan dari kem kepimpinan untuk pelarian Somalia. Melalui kelas separuh hari ini, komuniti pelarian Somalia telah didedahkan dengan kaedah-kaedah untuk membuat kertas kerja dengan berkesan selepas beberapa proses assessment (mendapat maklumat) dijalankan. Antara masalah utama yang telah dikenalpasti ialah masalah kewangan atau pendapatan. Sara kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini membuatkan mereka terdesak untuk mendapatkan sumber pendapatan.
Oleh yang demikian, beberapa program untuk income generating activities (IGA) telah dikenalpasti bagi membantu golongan pelarian ini meningkatkan taraf hidup mereka. Dengan sumber kewangan yang amat terhad, insyaAllah mereka dapat menjalankan program yang dapat memberi manfaat kepada komuniti mereka.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment