About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, April 11, 2011

Kesinambungan Program Bersama Pelarian Rohingya di Pulau Pinang


Seminggu saya berada di Pulau Pinang untuk bertemu dengan komuniti pelarian Rohingya yang tinggal di sekitar Gelugor. Pertemuan kali ini merupakan kesinambungan daripada program kem kepimpinan yang telah dijalankan pada bulan November 2010 untuk para belia pelarian Rohingya. Diskusi dan brainstorming dijalankan bersama belia Rohingya, pihak UNHCR dan sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) untuk mengenalpasti keperluan utama komuniti pelarian ini supaya taraf hidup mereka dapat diperbaiki dengan lebih baik.

Selepas perbincangan lebih dari dua jam, semua pihak termasuk belia Rohingya, UNHCR dan Muslim Aid bersetuju untuk mengadakan 3 program untuk komuniti Rohingya. Yang pertama kelas membaca dan menulis Bahasa Malaysia, kedua kelas membaiki komputer dan yang ketiga sukan futsal. Kelas membaca dan menulis ini dikenalpasti kerana masih ramai golongan belia Rohingya yang masih tidak tahu membaca atau menulis meskipun mereka sudah boleh bertutur dan bahasa Malaysia. Bagi golongan belia Rohingya yang mempunyai asas menulis dan membaca, mereka akan dimasukkan ke kelas membaiki komputer.

Kelas membaiki komputer ini akan memberi peluang kepada golongan belia ini untuk mempelajari teknik asas membaiki komputer dan seterusnya menambah pendapatan mereka. 5 orang akan terpilih untuk memulakan perniagaan servis komputer kerana had modal. 5 orang ini akan diberi peralatan asas seperti pemutar skru, soldering iron dan sebagainya. Sebahagian daripada pendapatan yang mereka peroleh akan dimasukkan ke dalam tabung dimana tabung ini akan digunakan sebagai modal untuk belia lain memulakan perkhidmatan membaiki komputer.

perbincangan dan brainstorming dijalankan di Sg Gelugor

Projek yang ketiga ialah futsal. Golongan pelarian Rohingya ini amat jarang sekali berpeluang untuk bersukan. Sukan dari aspek kesihatan dapat memberi tubuh yang sihat disamping memupuk semangat kerjasama dan disiplin. Melalui projek futsal ini akan memberi peluang kepada warga Rohingya untuk saling kenal mengenali dengan orang ramai terutama warga tempatan. Ketiga-tiga projek ini insyaAllah akan dijalankan paling awal pada bulan May ini. Muslim Aid yang akan mengendalikan projek ini membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang untuk 3 projek yang telah dinyatakan di atas. Antara keperluan yang diperlukan seperti

Projek 1 (membaca dan menulis)
Keperluan - kamus, papan tulis (white board), sukarelawan untuk membantu guru, dan alat tulis seperti buku, pen dan marker.

Projek 2 (kelas membaiki komputer)
Keperluan - empat biji komputer atau laptop, cpu dan monitor (baru atau lama), tools seperti pemutar skru dan soldering iron dan sukarelawan untuk membantu guru

Projek 3 (futsal)
Keperluan - 5 buah bola futsal, jersi pasukan (20 orang), kasut futsal (baru), tajaan tempahan court di North Sport Center (NSC), Sg Gelugor, sukarelawan untuk bantu jurulatih.

Para pembaca blog yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, boleh lakukannya melalui akaun CIMB Muslim Aid di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Musim Aid Malaysia. Sila faxkan atau email slip bank ke 03-22881966 atau mail@muslimaidasia.com bersama

Nama:
Alamat:
No Tel:

Setiap sumbangan dan tajaan yang diberikan akan diberi resit pengecualian cukai rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

2 comments:

abg mad, saya praktikal bulan 4 nie... bila prog rohingya nie start... alaa, nak join... :(
-rohaiza-

yaa rohaiza, praktikal kat mana bulan 4 nih? penang gak ka?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...