About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Thursday, April 21, 2011

Community Building Process bersama Pelarian Somalia


Baru ini, 19 April 2011 saya bersama pelajar baru praktikal di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), cik Athira telah menjalankan kelas Community Building Process (CBP) untuk warga pelarian Somalia. Kelas CBP ini merupakan kesinambungan dari kem kepimpinan untuk pelarian Somalia. Melalui kelas separuh hari ini, komuniti pelarian Somalia telah didedahkan dengan kaedah-kaedah untuk membuat kertas kerja dengan berkesan selepas beberapa proses assessment (mendapat maklumat) dijalankan. Antara masalah utama yang telah dikenalpasti ialah masalah kewangan atau pendapatan. Sara kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini membuatkan mereka terdesak untuk mendapatkan sumber pendapatan.

cik Athira memberi penerangan kepada peserta kelas CBP

salah seorang peserta menerangkan rangka kerja yang telah disediakan

sesi pembentangan

Oleh yang demikian, beberapa program untuk income generating activities (IGA) telah dikenalpasti bagi membantu golongan pelarian ini meningkatkan taraf hidup mereka. Dengan sumber kewangan yang amat terhad, insyaAllah mereka dapat menjalankan program yang dapat memberi manfaat kepada komuniti mereka.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, April 20, 2011

Aplikasi Latihan Neuro Linguistic Programming (NLP) bersama Anak-anak Yatim


Alhamdulillah, saya berpeluang mengikuti kursus Neuro Linguistic Programming (NLP) di baru-baru ini yang telah ditaja oleh salah seorang rakan senior saya di Jaya 33, Petaling Jaya. Kursus NLP ini mengenalkan bagaimana untuk menyatukan minda dan hati supaya sentiasa bertindak positif. Apabila minda dan jiwa itu positif, maka seluruh tindakan dan perwatakan seseorang manusia akan positif, secara tidak langsung memberi kesan yang positif kepada orang ramai. Untuk membentuk jiwa dan minda positif, individu tersebut perlu melakukan sesuatu yang repetitive (berulang).

Kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai Muslim, dimana antara rutin kita seharian ialah solat lima waktu. Solat lima waktu ini merupakan antara repetition yang kita lakukan setiap hari dan dipercantikkan lagi dengan doa selepas solat.

Saya telah berkongsi konsep NLP ini disulam dengan elemen Islam bersama anak-anak yatim dan miskin di ASDAF. Mereka mempunyai keinginan untuk berjaya, tetapi terlalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling menyebabkan mereka hilang fokus dan 'terlupa' matlamat utama mereka di ASDAF, iaitu untuk berjaya. Melalui proses NLP ini, saya menggunakan konsep visualization tentang kejayaan atau keinginan yang akan mereka capai di masa akan datang. Mereka cuba untuk melihat sendiri bagaimana situasi mereka apabila sudah berjaya. Bersama siapa mereka akan raikan kejayaan tersebut. Di mana mereka pada waktu itu dan apakah perasaan mereka ketika itu. Visualisasi ini disematkan dalam hati mereka. Apabila mereka mengalami perasaan yang negatif, mereka harus kembali pada visualisasi mereka sebelum ini yang menunjukkan mereka akan berjaya kelak.

Setiap kali waktu solat, anak-anak ASDAF ini diperingatkan untuk sentiasa berdoa apa sahaja yang ingin dicapai. Doa ini akan berulang 5 kali sehari dan secara tak langsung untuk tersemat dalam jiwa mereka, insyaAllah. Semoga anak-anak ASDAF ini berjaya kelak.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, April 18, 2011

Seminar: Isu Berkenaan Operasi Keselamatan untuk Petugas Misi Kemanusiaan


Hari ini saya berpeluang untuk menghadiri sebuah seminar tentang isu berkenaan operasi keselamatan untuk petugas misi kemanusiaan ( Issues on Operational Security for the Humanitarian Aid Worker) yang telah dianjurkan oleh ICRC dan juga Outreach Islamic Abim yang bertempat di Eastin Hotel. Fokus bagi seminar ini lebih kepada isu keselamatan apabila menghantar bantuan di negara-negara konflik seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin.

Seminar ini benar-benar membuka minda saya. Misi kemanusiaan di negara konflik agak berbeza dengan misi kemanusiaan di negara-negara yang mengalami bencana alam. Antara ancaman spesifik yang biasa dialami oleh petugas misi kemanusiaan seperti

1- periuk api ( landmines)
2- perangkap bom (improvised explosive devices, IEDs)

3- serangan artileri atau mortar

4- bom hidup yang belum meletup (unexploded ordinance, UXO)

5- serangan udara (air strikes)
6- tembakan rambang dan penembak tepat (small arms fire and snipers)

7- checkpoints

8- jenayah dan penculikan (criminal acts and kidnapping)


Setiap ancaman ini mempunyai cara untuk menghadapinya mengikut langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh ICRC. Yang paling menarik ialah checkpoints. Di negara-negara konflik, checkpoints sememangnya antara perkara yang biasa. Menurut salah seorang penceramah dari ICRC, di Iraq, checkpoints atau biasa dikenali sebagai roadblocks ini merupakan antara tempat yang paling merbahaya. Di checkpoints, sekiranya kelakuan pemandu atau penumpang mencurigakan, pihak yang menjaga di checkpoints tidak akan teragak-agak untuk terus menembak sehingga mati. Tahap sekuriti yang tinggi ini telah dipengaruhi oleh serangan berani mati terhadap post checkpoint.

Di sini saya kongsikan cara-cara untuk menghadapi checkpoints. Apabila tiba di sebuah checkpoint:

1- kenderaan perlu diperlahankan, radio ditutup, lampu kenderaan ditutup, tingkap dibuka
2- cermin mata hitam dibuka dan pastikan ada eye contact. Pada masa yang sama lampu dalam kenderaan dibuka
3- bersedia untuk memberhentikan kenderaan. Hal ini bergantung kepada keadaan atau prosedur

4- berhentikan kenderaan bila perlu dan tunggu untuk dipanggil keluar dari kenderaan
5- sapa (greet) penjaga checkpoint (biasanya tentera atau polis) dengan ramah dan mesra

6- patuh pada arahan yang diberi tanpa menyoal

7- tunjukan kad pengenalan jika perlu.

8- beritahu ke mana lokasi yang akan dituju (secara umum)
9- terangkan butiran konvoi dan juga barangan yang dibawa
10- Benarkan mereka untuk memeriksa kenderaan

11- Jangan tawarkan apa-apa rasuah atau bayaran


Setiap petugas misi kemanusiaan perlu kesabaran yang tinggi dan sentiasa tenang apabila menghadapi sebarang situasi sebegini. Latihan dan pendedahan amat penting agar setiap petugas misi kemanusiaan bersedia dari segi mental dan fizikal. Hal ini dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

pengalaman semasa bantuan kemanusiaan di Myanmar

Sukarelawan juga perlu faham, situasi di negara konflik bukanlah seperti di Malaysia yang aman sejahtera. Ramai sukarelawan yang memasang impian untuk membantu hantar misi kemanusiaan terutama di luar negara. Secara mental dan fizikal perlulah sedia. Selain dari ancaman-ancaman yang dinyatakan di atas, post trauma stress disorder (PTSD) juga merupakan lagi satu isu yang biasa terjadi kepada petugas atau sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusiaan. Keadaan trauma ini boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan selepas terdedah dengan situasi tegang di lokasi konflik mahupun bencana. Oleh yang demikian, persediaan rapi perlu bagi setiap petugas dan sukarelawan. Mahirkan diri dengan kemahiran yang penting sebagai persediaan sebelum menyertai misi kemanusiaan terutama di luar negara.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, April 11, 2011

Kesinambungan Program Bersama Pelarian Rohingya di Pulau Pinang


Seminggu saya berada di Pulau Pinang untuk bertemu dengan komuniti pelarian Rohingya yang tinggal di sekitar Gelugor. Pertemuan kali ini merupakan kesinambungan daripada program kem kepimpinan yang telah dijalankan pada bulan November 2010 untuk para belia pelarian Rohingya. Diskusi dan brainstorming dijalankan bersama belia Rohingya, pihak UNHCR dan sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) untuk mengenalpasti keperluan utama komuniti pelarian ini supaya taraf hidup mereka dapat diperbaiki dengan lebih baik.

Selepas perbincangan lebih dari dua jam, semua pihak termasuk belia Rohingya, UNHCR dan Muslim Aid bersetuju untuk mengadakan 3 program untuk komuniti Rohingya. Yang pertama kelas membaca dan menulis Bahasa Malaysia, kedua kelas membaiki komputer dan yang ketiga sukan futsal. Kelas membaca dan menulis ini dikenalpasti kerana masih ramai golongan belia Rohingya yang masih tidak tahu membaca atau menulis meskipun mereka sudah boleh bertutur dan bahasa Malaysia. Bagi golongan belia Rohingya yang mempunyai asas menulis dan membaca, mereka akan dimasukkan ke kelas membaiki komputer.

Kelas membaiki komputer ini akan memberi peluang kepada golongan belia ini untuk mempelajari teknik asas membaiki komputer dan seterusnya menambah pendapatan mereka. 5 orang akan terpilih untuk memulakan perniagaan servis komputer kerana had modal. 5 orang ini akan diberi peralatan asas seperti pemutar skru, soldering iron dan sebagainya. Sebahagian daripada pendapatan yang mereka peroleh akan dimasukkan ke dalam tabung dimana tabung ini akan digunakan sebagai modal untuk belia lain memulakan perkhidmatan membaiki komputer.

perbincangan dan brainstorming dijalankan di Sg Gelugor

Projek yang ketiga ialah futsal. Golongan pelarian Rohingya ini amat jarang sekali berpeluang untuk bersukan. Sukan dari aspek kesihatan dapat memberi tubuh yang sihat disamping memupuk semangat kerjasama dan disiplin. Melalui projek futsal ini akan memberi peluang kepada warga Rohingya untuk saling kenal mengenali dengan orang ramai terutama warga tempatan. Ketiga-tiga projek ini insyaAllah akan dijalankan paling awal pada bulan May ini. Muslim Aid yang akan mengendalikan projek ini membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang untuk 3 projek yang telah dinyatakan di atas. Antara keperluan yang diperlukan seperti

Projek 1 (membaca dan menulis)
Keperluan - kamus, papan tulis (white board), sukarelawan untuk membantu guru, dan alat tulis seperti buku, pen dan marker.

Projek 2 (kelas membaiki komputer)
Keperluan - empat biji komputer atau laptop, cpu dan monitor (baru atau lama), tools seperti pemutar skru dan soldering iron dan sukarelawan untuk membantu guru

Projek 3 (futsal)
Keperluan - 5 buah bola futsal, jersi pasukan (20 orang), kasut futsal (baru), tajaan tempahan court di North Sport Center (NSC), Sg Gelugor, sukarelawan untuk bantu jurulatih.

Para pembaca blog yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, boleh lakukannya melalui akaun CIMB Muslim Aid di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Musim Aid Malaysia. Sila faxkan atau email slip bank ke 03-22881966 atau mail@muslimaidasia.com bersama

Nama:
Alamat:
No Tel:

Setiap sumbangan dan tajaan yang diberikan akan diberi resit pengecualian cukai rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, April 1, 2011

Kesinambungan Kelas Bahasa Inggeris Untuk Pelarian Rohingya Klang


Kini sudah masuk bulan ketiga kelas Bahasa Inggeris dan komputer dijalankan untuk warga pelarian Rohingya di Klang anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Dari UNHCR. Kelas ini dijalankan setiap hari kecuali hari Jumaat pada setiap petang jam 4-6 petang dan 6 hingga 8 malam. Setiap kelas mempunyai 20 orang pelajar yang diajar oleh sukarelawan Muslim Aid yang merupakan guru lulusan Bahasa Inggeris.


suasana di dalam kelas

sesi bersama dengan pegawai dari UNHCR

Program yang mendapat tajaan dari UNHCR ini merupakan program ke sembilan Muslim Aid bersama dengan UNHCR untuk membantu golongan pelarian terutama Rohingya dan Myanmar Muslim meningkatkan taraf hidup mereka di Malaysia. Pihak Muslim Aid akan meneruskan kelas komputer ini dengan menerapkan subjek Photoshop dan Illustrater. Dengan ini mereka berpeluang untuk menjana pendapatan sendiri selepas mahir dengan ilmu perisian grafik.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...