About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, December 28, 2009

Fasihah Dapat Tawaran Ke Asrama Perepat


Hari Sabtu lepas saya bersama keluarga Kak Norehan ke Asrama Baitul Hasanah atau lebih dikenali sebagai Asrama Perepat di Klang, Selangor. Asramat Perepat ini dibawah Lembaga Zakat Selangor yang menempatkan anak-anak asnaf yang terpilih dari segi pencapaian akademik. Asrama Perepat ini boleh menempatkan hampir 300 pelajar dan sesi 2010 ini adalah pengambilan yang pertama.

Matlamat utama asrama ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak ASNAF untuk menggunakan kemudahan asrama yang lengkap serta sistem yang teratur bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Asrama Baitul Hasanah

Pelukan terakhir sebelum meninggalkan Kak Norehan dan Abg Zul

di dalam asrama

bersama Fasihah dengan kalendar 2010 Muslim Aid


Saya turut rasa bangga apabila Fasihah yang juga salah seorang anak murid saya sejak saya di UIA juga terpilih untuk ke Asrama Perepat ini. Semoga Fasihah berjaya dalam pelajarannya, insyaAllah.

Butiran keluarga Kak Norehan di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, December 24, 2009

20 Anak Rohingya Selamat di Khatan


Alhamdulillah, program berkhatan untuk anak-anak yatim dan miskin Rohingya sudah selamat dijalankan di Poliklinik Zainee, Jln Sg Tua Batu Caves. 20 anak-anak kecil ini telah dikhatan dengan selamat. Proses berkhatan dijalankan sendiri oleh Dr Zainee, iaitu pemilik Poklinik Zainee. Program bermula jam 9 pagi dan selesai jam 9 malam. Menurut Dr Zainee, proses khatan akan mengambil masa 30 minit dan kebanyakan anak Rohingya ini berdisiplin dan mudah untuk dikhatankan.

Turut hadir di program berkhatan ialah pengurus pembangunan projek Muslim Aid iaitu En Muhammad dan En Amir yang juga dari Muslim Aid. Ustaz Hashim dan beberapa cikgu dari Madrasah Hashimiah juga turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak Rohingya. Program berkhatan ini akan menjadi program tahunan dan akan dirancang bagi tahun hadapan.

makan dulu sebelum khatan

proses berkhatan

di bilik berkhatan

lebih banyak gambar di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, December 21, 2009

Anak-anak Rohingya bersedia untuk Khatan!

dari belakang: Shajhan (6), Nurdin (6), Ismail (4), Ramzan (7), Sharukh (5), Tauhid (10), Hasan (5)
dari depan: Anam (6), Zabair (4), Ismail (4), Nasim (4), Ali (5)

Hari ini saya berkesempatan untuk sambung perbincangan dengan Ustaz Hashim (pengetua Rumah Anak Yatim Rohingya) tentang program akan datang yang akan dijalankan dengan kerjasama dari UNHCR. Pada masa yang sama, tarikh untuk anak-anak ini berkhatan sudah confirm pada 23 Disember 2009 bersamaan hari Rabu jam 2 petang. Ustaz Hashim sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma yang telah menyalurkan sumbangan melalui Muslim Aid untuk program berkhatan ini. 20 orang anak yatim dan miskin Rohingya telah terpilih dari umur 2 tahun hingga ke 10 tahun. Program berkhatan ini akan dijalankan di Poliklinik Zainee di Kg Laksamana, Jln Sg Tua, Batu Caves.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Alhamdulillah, bermula tahun 2010, jawatan saya di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia(Muslim Aid) akan beralih dari 'fundraising and marketing manager' ke 'programme development manager'. InsyaAllah Muslim Aid akan menerima seorang staf baru yang akan mengambil tempat saya sebagai pengurus pengumpulan dana dan pemasaran. Kali ini saya boleh fokus lebih kepada aktiviti-aktiviti kebajikan dan pembangunan ummah. Pada asalnya, sememangnya saya lebih cenderung kepada ground work disamping membuat promosi dan juga fundraising. Dengan langkah Muslim Aid mewujudkan bahagian programme development ini, maka lebih mudah bagi saya untuk merancang dan mewujudkan lebih banyak program untuk membantu mereka yang memerlukan. Kerja-kerja untuk fundraising akan diserahkan kepada staf baru yang akan masuk kelak.

Semoga dengan tahun baru 1431H bersamaan dengan 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk saya berkhidmat di Muslim Aid. Saya harap doa semua agar saya kuat dan tabah dalam usaha yang saya ceburi ini, insyaAllah.

doa awal dan akhir tahun di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, December 16, 2009

Ramli Sarip, Pyan Habib dan Kalendar Muslim Aid


Ramli Sarip dan Pyan Habib baru-baru ini telah membantu Muslim Aid untuk menjualkan kalendar 2010 di Puisi Riong Berita Harian pada 11 Disember 2009 yang lepas. Banyak juga kalendar 2010 telah berjaya dijual. Hasil jualan kalendar Muslim Aid ini akan disalurkan untuk aktiviti-aktiviti Muslim Aid bagi tahun 2010.

Pyan Habib mempromosikan kalendar Muslim Aid

Ramli Sarip dan Pyan Habib

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, December 15, 2009

Anak-anak Pelarian Rohingya akan Berkhatan


Saya menerima panggilan dari Ustaz Hashim menyatakan hasratnya untuk mengadakan program berkhatan untuk anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya di Madrasahnya. InsyaAllah sebelum hujung bulan ini akan berlangsung program berkhatan. 20 anak-anak Rohingya akan berkhatan yagn berumur antara 4 hingga ke 7 tahun. Menurut Ustaz Hashim, kos untuk berkhatan ialah RM100 seorang.

Pada yang ingin menaja anak-anak yatim Rohingya ini untuk berkhatan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau hubungi saya di 012-3377195. Yang ingin memberi sokongan kepada anak-anak ini juga dialu-alukan. InsyaAllah saya akan update tarikh program berkhatan tersebut.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, December 6, 2009

Kitchen Garden: Tanam Anak Pokok

Hari ini saya bersama staff Muslim Aid, Amir dan Mira bersama dua lagi sukarelawan Lela dan Tira menanam anak pokok di Kitchen Garden ASDAF. Antara pokok yang telah ditanam ialah anak pokok limau purut, limau lemon, limau kasturi dan juga anak pokok beri. Benih yang ditanam ialah betik. Anak pokok beri ini didapati di Pasar Tani Shah Alam. Anak pokoknya agak besar dan sudah mula mengeluarkan buah. Disebab harganya agak murah (RM15 sebuah anak pokok), saya pun membelinya untuk cuba ditanam di Kitchen Garden ASDAF.


pokok beri yang baru ditanam

buah beri

Amir menanam anak pokok purut

Mira dan Tira bekerja keras

Pada kebiasaannya, anak pokok limau purut ini mempunyai dua jenis. Pertama yang ditanam melalui biji, dan satu lagi tumbuh melalui batang. Menurut peniaga yang menjual anak pokok ini, yang tumbuh melalui biji ini lebih mahal dan pokoknya boleh tahan lama lebih dari 3 atau 4 tahun. Manakala yang tumbuh melalui batang, hannya boleh hidup antara setahun hingga 2 tahun. Harganya kurang berbeza, dari biji bernilai RM16 dan batang pula RM8 sahaja.

Projek akan datang, saya telah merancang untuk menanam pokok-pokok herbs seperti pudina dan oregano.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, December 4, 2009

Study Visit ke Madrasah Hashimiah


Petang tadi saya ke Madrasah Anak Yatim Rohingya di Selayang untuk berjumpa dengan Ustaz Hashim, iaitu pengetua kepada madrasah tersebut. Kali ini saya datang untuk mendapatkan maklumat-maklumat terperinci tentang pengurusan madrasah yang menempatkan anak-anak yatim Rohingya ini.

anak-anak Rohingya bersama Ustaz Hashim

Maklumat-maklumat yang saya peroleh ini akan digunakan untuk menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan peruntukan dari UNCHR bagi membiayai pendidikan anak-anak Rohingya ini. Madrasah Hashimiah ini akan di 'adopt' oleh Muslim Aid bagi bidang pendidikan. Sebelum ini rangkaian Muslim Aid di seluruh dunia sudah mengambil beberapa buah sekolah angkat di Palestin, Bangladesh, Myanmar dan juga di Indonesia.

Harapan kali ini agar permohonan ini diluluskan oleh pihak UNHCR agar dapat memberi pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak pelarian Rohingya ini.

p/s Ustaz Hashim ucapkan terima kasih yang amat kepada penderma yang telah menyumbang melalui Muslim Aid. Sebelum ini Muslim Aid ada memberi sumbangan ubat-ubatan serta vitamin C kepada anak-anak Rohingya ini dan alhamdulillah ramai yang telah memanfaatnya:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, December 3, 2009

Kalendar Muslim Aid 2010!


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mengeluarkan kalendar 2010 yang juga dimuatkan bersama dengan waktu solat (Kuala Lumpur) dan juga grafik digital ayat-ayat Tayyibah. Kutipan dari jualan setiap kalender (30cm x 45cm) yang berharga RM 15.00 ini akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia untuk membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan pertolongan khususnya di Malaysia disamping mengurangkan penderitaan saudara seagama kita diseluruh dunia.

bahagian dalam kalendar

bahagian belakang kalendar

Pada yang ingin mendapatkan kalendar Muslim Aid ini, boleh emailkan atau fax nama penuh, nombor telefon dan alamat beserta dengan slip pembayaran bank. Pembayaran boleh dilakukan terus ke akaun Muslim Aid.

akaun CIMB: 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Email: mail@muslimaidasia.com
Fax: 03-22881966

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...