About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, August 13, 2009

Demam Melanda ASDAF


Demam telah melanda anak-anak ASDAF. Ramai yang tidak sihat, dan sehingga semalam, lapan orang telah demam dan tidak dapat hadir ke sekolah. Apa yang saya khuatiri ialah musim sekarang dengan penyebaran wabak H1N1 bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Pak Karim (warden ASDAF) memberitahu saya, Hospital Besar Kuala Lumpur sesak dengan pesakit, dan hampir setiap hari mereka terpaksa menghantar anak-anak ASDAF ini untuk dirawat di sana. Biasanya Pak Karim akan menghantar mereka jam 8.30 malam dan pulang ke asrama jam 1 pagi.

Khaterina menuggu giliran di klinik

bersama Pak Karim

Malam tadi juga saya sempat mengikut Pak Karim untuk menghantar Katherina kerana demam. Tapi saya cadangkan untuk dihantarkan ke klinik dahulu, kerana risau dengan kesesakan di Hospital Besar. Alhamdulillah doktor di klinik tersebut telah memberi antibiotik serta ubat-ubat lain untuk Katherina. Walaupun perlu membayar sedikit, tetapi lebih berbaloi dari menunggu tempoh yang lama di Hospital Besar.

Pada pembaca-pembaca blog, sekiranya punya rezeki lebih, bolehlah anda sumbangkan vitamin C untuk anak-anak ASDAF ini. Sebelum ini sudah ada seorang dermawan yang telah menyumbang vitamin C, tetapi kini sudah habis. Pada yang ingin menyumbang, boleh hubungi saya terus di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...