Sebenarnya bukanlah detik-detik akhir selamanya bersama anak-anak ASDAF. Tapi detik terakhir sebagai seorang bujang bersama anak-anak ASDAF. Jumaat lepas saya berkesempatan untuk melawat anak-anak ASDAF. Tak sangka mereka juga menghitung hari bagi saya yang bakal mendirikan rumah tangga 17hb Oktober ini.
Kadang kala sayu bila ada anak ASDAF ini bertanya, "lepas abg dah kahwin, abg akan datang ASDAF lagi ke?" Saya hanya mampu kata insyaAllah. Sebelum ini, saya tidak risau untuk pulang lewat malam semata-mata untuk bersama dengan anak-anak ini, kerana tiada orang pun di rumah melainkan saya sendiri. Tetapi apabila sudah berkeluarga nanti, sudah pasti ada insan yang menjadi teman hidup akan menunggu kepulangan saya dari kerja. Oleh itu, saya tidak bolehlah untuk selalu pulang lewat. Mungkin saya akan cuba agihkan masa bersama keluarga dan anak-anak yatim ini.
Tinggal kurang dari seminggu lagi dari tarikh 'besar' saya. InsyaAllah anak-anak ASDAF akan datang ke kenduri majlis perkahwinan saya di Masjid Tanah Melaka. Pada pembaca blog saya, jemput sekali datang ke majlis perkahwinan saya di Melaka atau di Pulau Pinang. Anda boleh lihat kad jemputan saya di sini.
-Muhammad bin Kamarulazizi-
Masih seorang bujang
3 comments:
heheh. selamat tinggal zaman bujang dan selamat datang ke alam perkahwinan. semoga berbahagia ya bro.. doaku semoga majlis bro berjalan dengan lancar dan diberkati.. ameen...
p/s: slalu 'page cannot be displayed' bila nak send msg kat chatbox tuh.. huhu
Thanks sis Teeny...aminnn..
p/s memang shoutbox tu mcm pening ckit...huhuu
huhu..abg mat!selamat menjalani kehidupan baru..jgn luperkan asdaf!tempat plg best menghilangkan tension..
Post a Comment