About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, January 5, 2016

Suntikan Inspirasi Kepada Cara Minda Berfikir


Baru-baru ini ada seorang rakan yang ingin belajar cara untuk lakukan hipnosis. Hipnosis ini juga adalah sebahagian daripada Nuero Linguistic Programming (NLP). Saya bukanlah certified NLP practitioner tetapi saya pernah ke kelas NLP beberapa tahun yang lalu dan pada pendapat peribadi saya NLP ini ada kaitannya dengan bagaimana membentuk pemikiran, kepercayaan dan keyakinan agar seorang itu boleh mencapai kejayaan yang ingin dikecapi. 

Begitu juga di Kindness Malaysia (KM), salah satu daripada misi KM ialah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus lakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun. Keyword di sini ialah inspirasi. Inspirasi ini adalah sesuatu yang boleh bawa kepada perubahan diri seseorang individu ke arah yang lebih positif. Sekiranya membawa ke arah yang kurang baik, ia tidak dinamakan inspirasi, tetapi dinamakan dengan perkataan lain seperti terpengaruh atau terjebak. Bermula dengan kind dengan diri sendiri, keluarga, rakan sekeliling dan kemudian kepada orang ramai.

Projek Baginda yang bertujuan untuk membuktikan yang melakukan kebaikan itu sebenarnya mudah sahaja. Inspirasi dari Rasulullah ï·º, bersempena Maulid Nabi
Menurut Gerhard Gschwandtner, seorang sales guru, beliau menyatakan yang minda kita ini berfungsi pada tiga peringkat. Memahami cara minda manusia berfungsi ini akan memudahkan lagi untuk laksanakan misi Kindness Malaysia.

Pertama ialah implanted, iaitu yang tertanam. Yang tertanam biasanya diperoleh dari keluarga dan persekitaran. Seorang ibu yang selalu mulakan sarapan jam 7 pagi akan mempengaruhi anaknya untuk selalu bersarapan jam 7 pagi. Hal ini menjadi rutin dan tertanam dalam diri individu tersebut. Implanted ini boleh jadi positif mahupun negatif.

Yang kedua ialah imprinted, bermaksud tercetak dalam minda. Yang tercetak dalam minda ialah yang diajari atau disampaikan oleh guru atau mentor. Imprinted ini mampu membentuk cara minda berfikir. Ambil contoh dalam media sosial. Poster seorang ustaz yang popular mengatakan sesuatu perkara itu haram akan terus membuatkan yang membaca itu setuju dengan pandangan ustaz tersebut.

akhbar tempatan juga berperanan sebagai ejen penyebar kebaikan


Di peringkat yang ketiga inilah inspired, bermaksud inspirasi. Inspirasi ini mampu mengubah 360 darjah cara berfikir dan cara melihat sesuatu perkara. Inspirasi mampu mengubah apa yang tercetak mahupun tertanam dalam minda. Contoh yang terbaik ialah apa yang dibawa oleh Rasulullah ï·ºAkhlak, perbuatan yang di bawa oleh Rasulullah ï·º itu telah banyak menjadi inspirasi kepada orang ramai. Sebagai contoh kisah Nabi dengan peminta sedekah Yahudi. Itulah yang cuba didokong oleh Kindness Malaysia. 

setiap kebaikan yang dilakukan itu akan beri kesan kepada orang sekeliling, menjadikannya lebih positif

Di Kindness Malaysia, setiap aktiviti yang dijalankan, dikongsikan kepada orang ramai melalui media sosial supaya lebih ramai mendapat inspirasi untuk melakukan kebaikan. Kebaikan itu boleh dimulakan dengan orang sekeliling seperti keluarga dan rakan di pejabat. Biarpun akan ada suara-suara sinis yang akan kaitkan dengan rasa riak atau ujub kerana perkongsian di media sosial, warga Kindness Malaysia akan tetap utuh dalam merealisasikan misi KM, untuk beri inspirasi kepada orang ramai untuk terus lakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...