About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, January 7, 2016

Perkongsian Pengalaman Seorang Sukarelawan Ketika Projek Baginda di Kuala Lumpur



"Assalamualaikum. Ini kismis percuma sempena Maulidur Rasul." Rendah suaranya kedengaran, barangkali kerana takut dan gelabah menghantui diri. Gelengan kepala. Muka serius."Takpe dik. Taknak". Lambaian tangan tanpa tidak mahu mendengar kata-kataku.

Itu antara respon orang ramai yang disapa pada awalnya. Sederet yang duduk di tembok batu tangga itu tak mahukan kismis tersebut. "Takpelah. Bukan semua orang suka kismis. Diorang makan anggur fresh je kot. Baru sihat dan kuat."

Pujuk hati kecilnya."Syairah kowttt. 10 taknak, 100 yang lain nak." Amboi. Sempatlah melawak seorang diri didalam hati. Langkah kaki terus dihayun. Menuju ke arah makcik berbaju kurung bunga-bunga. "Assalamualaikum makcik... Ini ada kismis percuma sempena Maulidur Rasul harini.." Katanya dengan senyuman dan perasaan yang sangat gembira. "Oh yeke. Terlupa pulak harini Maulidur Rasul. Terima kasih banyak-banyak.." "Sama-sama makcik. Selamat Maulidur Rasul..."

Yeyyy! Akhirnya. Ada juga yang sudi menerima kotak kismis ini. Alhamdulillah. Dan respon-respon yang seterusnya ada yang menolak, ada yang terima dengan cara yang baik, ada yang tolak dengan cara kasar dan ada yang langsung tidak mahu mengendahkan. 

Apa-apapun, teringat pesan abah dulu, "hidup ni, bila memberi jangan mengharapkan apa-apa pun dari si penerima, walaupun pengharapan sekecil ucapan terima kasih." Biarlah perbuatan itu mengharapkan redha dari Allah semata-mata, bukan daripada manusia.

Pengalaman terlibat dalam Projek Baginda di Sogo Kuala Lumpur membuatkan aku teringat kisah Rasulullah dan seorang peminta sedekah not yet Muslim yang buta. 

Peminta sedekah tersebut buta dan tinggal keseorangan. Maka, Rasulullah saw selalu menziarahinya dan memberinya makan. Tetapi, peminta sedekah tersebut tidak mengetahui yang memberinya makan selama ini adalah Rasulullah saw. Semasa Rasulullah saw menziarahinya, dia selalu memaki lelaki yang bernama Muhammad tersebut, sebab dia mendengarkan dari orang ramai yang Muhammad datang membawa agama yang bertentangan dengan agama nenek moyang mereka yang menyembah berhala. Namun Rasulullah saw tidak pernah bertindak kasar atau memarahinya, malahan Rasulullah saw membalasnya dengan kebaikan dengan memberi makanan kepadanya dengan cara paling baik. Rasullulah saw melembutkan dulu roti sebelum menyuapkan kepada peminta sedekah tua tersebut. Setelah kewafatan Rasulullah saw, sahabatnya mengambil alih memberi makan kepada peminta sedekah tua tersebut. Seperti kebiasaan, dia akan menceritakan keburukan Muhammad dan mencaci serta memaki Muhammad kepada pemberi makanannya. Terkejut sahabat Rasulullah saw. Namun dia tetap meneruskan kerjanya menyuapkan makanan kepada orang tua tersebut. Namun, peminta sedekah tua tersebut merasakan kelainan. "Siapa kamu? Kamu bukan lelaki yang biasa memberiku makanan. Makanan ini keras bagiku."
Sahabat Rasulullah saw berkata, "lelaki yang memberi makanan kepadamu sudah meninggal dunia dan lelaki itu adalah Muhammad saw." Alangkah terkejutnya peminta sedekah tersebut. Akhirnya, dia mengucapkan kalimah syahadah.

Rasulullah saw didatangkan untuk melengkapkan akhlak manusia dan menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita.

"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi) 

Semoga kita menjadikan akhlak Rasulullah saw sebagai panduan akhlak seharian kita didunia ini.

Amin...

Norsyairah binti Ashamuddin
Sukarelawan
Kindness Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...