About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, January 13, 2016

Futsal Piala Kindness 2016 Kembali Lagi!


Futsal Piala Kindness 2016 anjuran Kindness Malaysia dengan kerjasama Chelsea Malaysia Supporters Soljabiru bakal berlangsung lagi tahun ini pada 3 April 2016 bertempat di KSL Futsal Center, Setapak, Kuala Lumpur. Kejohanan futsal ini akan menyaksikan 36 pasukan futsal dari rumah-rumah kebajikan dan komuniti pelarian berentap untuk merebut Piala Kindness yang merupakan piala pusingan setiap dua tahun. 

Juara bertahan bagi tahun 2014 ialah Yayasan Ijabah bagi kategori lelaki dan Chow Kit Youth bagi kategori perempuan. Bagi tahun ini jumlah hadiah untuk pemenang dikekalkan pada RM2000 untuk johan, naib johan dinaikkan ke RM1500 dan tempat ketiga ialah RM1000. Bagi pemain terbaik pula akan membawa pulang RM300. Setiap pemenang akan mendapat medal, hamper dan juga pelbagai hadiah daripada pihak penaja.

Poster teaser Futsal Piala Kindness

Kejohanan ini juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi rakan penaja Futsal Piala Kindness. Sebanyak 500 anak-anak yatim dan miskin serta komuniti pelarian bakal hadir dan 150 orang sukarelawan akan terlibat dari persediaan hingga ke hari kejohanan berlangsung.

Bagi yang berminat untuk menjadi rakan penaja atau ingin menyumbang, boleh email terus kepada Adam Ahmad di adam@kindness.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di 0183800961.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...