About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, January 13, 2016

Futsal Piala Kindness 2016 Kembali Lagi!


Futsal Piala Kindness 2016 anjuran Kindness Malaysia dengan kerjasama Chelsea Malaysia Supporters Soljabiru bakal berlangsung lagi tahun ini pada 3 April 2016 bertempat di KSL Futsal Center, Setapak, Kuala Lumpur. Kejohanan futsal ini akan menyaksikan 36 pasukan futsal dari rumah-rumah kebajikan dan komuniti pelarian berentap untuk merebut Piala Kindness yang merupakan piala pusingan setiap dua tahun. 

Juara bertahan bagi tahun 2014 ialah Yayasan Ijabah bagi kategori lelaki dan Chow Kit Youth bagi kategori perempuan. Bagi tahun ini jumlah hadiah untuk pemenang dikekalkan pada RM2000 untuk johan, naib johan dinaikkan ke RM1500 dan tempat ketiga ialah RM1000. Bagi pemain terbaik pula akan membawa pulang RM300. Setiap pemenang akan mendapat medal, hamper dan juga pelbagai hadiah daripada pihak penaja.

Poster teaser Futsal Piala Kindness

Kejohanan ini juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi rakan penaja Futsal Piala Kindness. Sebanyak 500 anak-anak yatim dan miskin serta komuniti pelarian bakal hadir dan 150 orang sukarelawan akan terlibat dari persediaan hingga ke hari kejohanan berlangsung.

Bagi yang berminat untuk menjadi rakan penaja atau ingin menyumbang, boleh email terus kepada Adam Ahmad di adam@kindness.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di 0183800961.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Thursday, January 7, 2016

Perkongsian Pengalaman Seorang Sukarelawan Ketika Projek Baginda di Kuala Lumpur



"Assalamualaikum. Ini kismis percuma sempena Maulidur Rasul." Rendah suaranya kedengaran, barangkali kerana takut dan gelabah menghantui diri. Gelengan kepala. Muka serius."Takpe dik. Taknak". Lambaian tangan tanpa tidak mahu mendengar kata-kataku.

Itu antara respon orang ramai yang disapa pada awalnya. Sederet yang duduk di tembok batu tangga itu tak mahukan kismis tersebut. "Takpelah. Bukan semua orang suka kismis. Diorang makan anggur fresh je kot. Baru sihat dan kuat."

Pujuk hati kecilnya."Syairah kowttt. 10 taknak, 100 yang lain nak." Amboi. Sempatlah melawak seorang diri didalam hati. Langkah kaki terus dihayun. Menuju ke arah makcik berbaju kurung bunga-bunga. "Assalamualaikum makcik... Ini ada kismis percuma sempena Maulidur Rasul harini.." Katanya dengan senyuman dan perasaan yang sangat gembira. "Oh yeke. Terlupa pulak harini Maulidur Rasul. Terima kasih banyak-banyak.." "Sama-sama makcik. Selamat Maulidur Rasul..."

Yeyyy! Akhirnya. Ada juga yang sudi menerima kotak kismis ini. Alhamdulillah. Dan respon-respon yang seterusnya ada yang menolak, ada yang terima dengan cara yang baik, ada yang tolak dengan cara kasar dan ada yang langsung tidak mahu mengendahkan. 

Apa-apapun, teringat pesan abah dulu, "hidup ni, bila memberi jangan mengharapkan apa-apa pun dari si penerima, walaupun pengharapan sekecil ucapan terima kasih." Biarlah perbuatan itu mengharapkan redha dari Allah semata-mata, bukan daripada manusia.

Pengalaman terlibat dalam Projek Baginda di Sogo Kuala Lumpur membuatkan aku teringat kisah Rasulullah dan seorang peminta sedekah not yet Muslim yang buta. 

Peminta sedekah tersebut buta dan tinggal keseorangan. Maka, Rasulullah saw selalu menziarahinya dan memberinya makan. Tetapi, peminta sedekah tersebut tidak mengetahui yang memberinya makan selama ini adalah Rasulullah saw. Semasa Rasulullah saw menziarahinya, dia selalu memaki lelaki yang bernama Muhammad tersebut, sebab dia mendengarkan dari orang ramai yang Muhammad datang membawa agama yang bertentangan dengan agama nenek moyang mereka yang menyembah berhala. Namun Rasulullah saw tidak pernah bertindak kasar atau memarahinya, malahan Rasulullah saw membalasnya dengan kebaikan dengan memberi makanan kepadanya dengan cara paling baik. Rasullulah saw melembutkan dulu roti sebelum menyuapkan kepada peminta sedekah tua tersebut. Setelah kewafatan Rasulullah saw, sahabatnya mengambil alih memberi makan kepada peminta sedekah tua tersebut. Seperti kebiasaan, dia akan menceritakan keburukan Muhammad dan mencaci serta memaki Muhammad kepada pemberi makanannya. Terkejut sahabat Rasulullah saw. Namun dia tetap meneruskan kerjanya menyuapkan makanan kepada orang tua tersebut. Namun, peminta sedekah tua tersebut merasakan kelainan. "Siapa kamu? Kamu bukan lelaki yang biasa memberiku makanan. Makanan ini keras bagiku."
Sahabat Rasulullah saw berkata, "lelaki yang memberi makanan kepadamu sudah meninggal dunia dan lelaki itu adalah Muhammad saw." Alangkah terkejutnya peminta sedekah tersebut. Akhirnya, dia mengucapkan kalimah syahadah.

Rasulullah saw didatangkan untuk melengkapkan akhlak manusia dan menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita.

"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi) 

Semoga kita menjadikan akhlak Rasulullah saw sebagai panduan akhlak seharian kita didunia ini.

Amin...

Norsyairah binti Ashamuddin
Sukarelawan
Kindness Malaysia

Tuesday, January 5, 2016

Suntikan Inspirasi Kepada Cara Minda Berfikir


Baru-baru ini ada seorang rakan yang ingin belajar cara untuk lakukan hipnosis. Hipnosis ini juga adalah sebahagian daripada Nuero Linguistic Programming (NLP). Saya bukanlah certified NLP practitioner tetapi saya pernah ke kelas NLP beberapa tahun yang lalu dan pada pendapat peribadi saya NLP ini ada kaitannya dengan bagaimana membentuk pemikiran, kepercayaan dan keyakinan agar seorang itu boleh mencapai kejayaan yang ingin dikecapi. 

Begitu juga di Kindness Malaysia (KM), salah satu daripada misi KM ialah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus lakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun. Keyword di sini ialah inspirasi. Inspirasi ini adalah sesuatu yang boleh bawa kepada perubahan diri seseorang individu ke arah yang lebih positif. Sekiranya membawa ke arah yang kurang baik, ia tidak dinamakan inspirasi, tetapi dinamakan dengan perkataan lain seperti terpengaruh atau terjebak. Bermula dengan kind dengan diri sendiri, keluarga, rakan sekeliling dan kemudian kepada orang ramai.

Projek Baginda yang bertujuan untuk membuktikan yang melakukan kebaikan itu sebenarnya mudah sahaja. Inspirasi dari Rasulullah ï·º, bersempena Maulid Nabi
Menurut Gerhard Gschwandtner, seorang sales guru, beliau menyatakan yang minda kita ini berfungsi pada tiga peringkat. Memahami cara minda manusia berfungsi ini akan memudahkan lagi untuk laksanakan misi Kindness Malaysia.

Pertama ialah implanted, iaitu yang tertanam. Yang tertanam biasanya diperoleh dari keluarga dan persekitaran. Seorang ibu yang selalu mulakan sarapan jam 7 pagi akan mempengaruhi anaknya untuk selalu bersarapan jam 7 pagi. Hal ini menjadi rutin dan tertanam dalam diri individu tersebut. Implanted ini boleh jadi positif mahupun negatif.

Yang kedua ialah imprinted, bermaksud tercetak dalam minda. Yang tercetak dalam minda ialah yang diajari atau disampaikan oleh guru atau mentor. Imprinted ini mampu membentuk cara minda berfikir. Ambil contoh dalam media sosial. Poster seorang ustaz yang popular mengatakan sesuatu perkara itu haram akan terus membuatkan yang membaca itu setuju dengan pandangan ustaz tersebut.

akhbar tempatan juga berperanan sebagai ejen penyebar kebaikan


Di peringkat yang ketiga inilah inspired, bermaksud inspirasi. Inspirasi ini mampu mengubah 360 darjah cara berfikir dan cara melihat sesuatu perkara. Inspirasi mampu mengubah apa yang tercetak mahupun tertanam dalam minda. Contoh yang terbaik ialah apa yang dibawa oleh Rasulullah ï·ºAkhlak, perbuatan yang di bawa oleh Rasulullah ï·º itu telah banyak menjadi inspirasi kepada orang ramai. Sebagai contoh kisah Nabi dengan peminta sedekah Yahudi. Itulah yang cuba didokong oleh Kindness Malaysia. 

setiap kebaikan yang dilakukan itu akan beri kesan kepada orang sekeliling, menjadikannya lebih positif

Di Kindness Malaysia, setiap aktiviti yang dijalankan, dikongsikan kepada orang ramai melalui media sosial supaya lebih ramai mendapat inspirasi untuk melakukan kebaikan. Kebaikan itu boleh dimulakan dengan orang sekeliling seperti keluarga dan rakan di pejabat. Biarpun akan ada suara-suara sinis yang akan kaitkan dengan rasa riak atau ujub kerana perkongsian di media sosial, warga Kindness Malaysia akan tetap utuh dalam merealisasikan misi KM, untuk beri inspirasi kepada orang ramai untuk terus lakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Monday, January 4, 2016

Feed the Homeless yang Pertama Tahun 2016


ALHAMDULILLAH, 2015 melabuhkan tirainya dan masih dipanjangkan umur. Syukur kepadaMu Allah atas usia ini.

Jendela 2016, kami mulai dengan perkongsian aktiviti "Feed The Homeless" (FTH) bersama team KINDNESS MALAYSIA. Seperti biasa lokasi utama kami di sekitar Kotaraya, Kuala Lumpur mencari para gelandangan sekitar ibu kota bagi menghulurkan sedikit bantuan makanan dan barangan keperluan harian yang dikumpul hasil dari sumbangan orang ramai.

Malam itu, kami bersama-sama para student dari Kuis dan Unitar juga orang perseorangan yang sanggup meluangkan masa berkongsi tenaga dan berkorban masa mengagihkan makanan kepada para gelandangan.

Taklimat awal sebagai pendedahan kepada perjalanan "Feed The Homeless". Antara intipati yang disampaikan oleh saudara Zul adalah pengenalan tentang Kindness Malaysia, cara agihan makanan, bagaimana mengawasi diri semasa memberi dan berdepan dengan para homeless, penggunaan camera in case ingin mengambil gambar, pembahagian kumpulan dan lokasi untuk mengedar makanan.


antara sukarelawan yang hadir

sasaran antara 300 ke 400 pek sumbangan

sesi pengasingan makanan untuk dibawa oleh para volunteer.. 

ubat nyamuk juga disumbangkan untuk warga gelandangan
Ubat nyamuk juga antara sumbangan yang diberi oleh mereka yang budiman. Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan makanan juga barang keperluan lain seperti selipar, kepit kuku, toiletries dan juga ubat nyamuk fumakila seperti gambar di atas.

penerima berhampiran dengan Pasar Seni
Antara makanan istimewa pada malam itu adalah kebab dan ayam pandan. syukur atas nikmatMu. Terima kasih kepada yang menyumbang. Ungkapan bermakna buat kami semasa memberi makanan tersebut.."TERIMA KASIH ye" seingat kami, uncle yang menerima makanan ini adalah seorang Chinese. Doa kami semoga uncle dan  rakan2 dilindungi olehNya selalu.

mengenalpasti sasaran
Bertungkus lumus para volunteer memberi makanan kepada gelandangan. Pemberian makanan ini bukan sahaja tertumpu kepada para homeless tetapi kepada mereka yang bekerja pada malam tersebut juga kepada sesiapa yang kami rasakan memerlukan bantuan - unlce2 driver taxi juga orang perseorangan yang kebetulan lalu lalang di lokasi turut menerima makanan dari kami. Kami tak memilih kerana rezeki ini untuk semua.

perkongsian pengalaman memberi makan kepada gelandangan
Sharing pengalaman antara aktiviti WAJIB "Feed The Homless". Nak jugak dengar luahan rasa dari first timer yang join event ini. Yang atas ini adik dari KUIS. 

pelbagai reaksi diterima
Student UNITAR bersemangat memberi sepatah dua kata tentang experience program "FTH" abang2 di bawah antara penceria event "FTH" malam itu. seronok betul mereka sharing pengalaman. hehe.

ada juga yang memberi cadangan

Done! selesai tugasan malam ini. Antara dua org penting KINDNESS yang mengetuai para volenteer semasa mengagihkan makanan.
Penutup Feed The Homeless : sesi bergambar beramai-ramai bersama para volunteer

skuad KINDNESS MALAYSIA in action! 
Bingkisan buat semua..
"Pinjamkanlah kekuatan semangat pada teman yang memerlukan meskipun saat itu kau sendiri sedang lemah..
Sandarkan bahu buat sahabat yang kesedihan meskipun saat itu kau sendiri sedang menangis..
BERSEDEKAHLAH kepada yang memerlukan infakmu meskipun saat itu kau sendiri sedang kesempitan..
biarpun ia cuma sekuntum SENYUMAN.."

Semoga menjadi INSPIRASI buat semua..




Sempat juga selitkan diri utk bergambar bersama reporter Harian Metro dan salah seorang hamba Allah yg budiman...
TERIMA KASIH ya. Semoga ALLAH memurahkan rezeki kita semua.

Iman Nur Alia
Sukarelawan
Kindness Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...