About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, April 9, 2015

Sumbangan Beg Sekolah Untuk Mangsa Kebakaran di Pulau Bangau-bangau



Peristiwa yang mengejutkan di Kampung Bangau-bangau dimana lebih 500 buah rumah telah terbakar dan menyebabkan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal. Pihak Kindness Dot My (Kindness) mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan kebaikan ke Negeri di Bawah Bayu ini dengan menghadiahkan beg sekolah untuk anak-anak mangsa kebakaran. 

Sehari selepas berlakunya bencana ini, projek koordinator Kindness di Sabah iaitu saudara Abdullah Hashim terus menyatakan hasratnya untuk membantu mangsa kebakaran di Semporna. Usaha untuk mendapatkan beg-beg sekolah ini cukup penting untuk memastikan anak-anak mangsa kebakaran dapat memulakan pembelajaran di sekolah secepat mungkin. Menurut Abdullah, kami memilih beg sekolah kerana beg sekolah berkaitan dengan pendidikan. Organisasi lain banyak membantu dalam bentuk keperluan lain seperti makanan dan pakaian. Oleh itu untuk bantuan permulaan ini kita akan hantarkan beg sekolah dahulu.

Murid-murid Lelaki Tahun 6 Yang Terkesan Dengan Kebakaran

Tn Hj Abdul Salleh bin Musa, Guru Besar SK Bangau-bangau

En Sufian bin Maidin, Wakil PPD Semporna

Pada 8 April 2015 yang lepas, lebih 50 buah beg sekolah telah disampaikan di Sekolah Kebangsaan Bangau-bangau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Semporna. Pihak sekolah turut memberi kerjasama yang baik selaku tuan rumah untuk menerima sumbangan beg sekolah tersebut.

Pihak Kindness mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali para dermawan individu yang terus memberi kepercayaan kepada Kindness. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kindness, boleh layari laman Facebook Kindness di www.facebook.com/kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...