About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, April 22, 2015

Mesyuarat Agung Pertama Kindness Malaysia


Kindness Dot My (Kindness) yang sudah masuk tahun ketiga mula mengorak langkah untuk perancangan baru bagi tahun-tahun akan datang. Agenda yang utama ialah pendaftaran Kindness sebagai sebuah NGO penuh. Dalam tempoh tiga tahun, Kindness telah bergerak sebagai sebuah social enterprise dan kini akan beralih sebagai NGO dengan nama baru iaitu Kindness Malaysia.

Pimpinan baru telah dilantik dan strategi untuk jangka masa pendek dan panjang turut diperjelaskan agar memastikan setiap ahli jelas dengan misi yang diperjuangkan. Perbentangan serta perkongsian ilmu dikalangan ahli turut diadakan. Antara tajuk yang dibincangkan seperti Strategic Planning, Volunteer Management, Fund Management, PR and Media, PR and Damage Control, PR and school/college/university, PR and orphanage dan Branding and Design.

Diwan yang menerangkan berkenaan dengan PR and NGO

Roghdayanti menerangkan tentang PR and Schools

Erinratna menerangkan tentang pengumpulan dana

Hadi menerangkan tentang PR and orphanage

Mesyuarat tahunan yang telah berlangsung di Ascott Kuala Lumpur pada 18-19 April 2015 ini bermula dari jam 3 petang hingga jam 2 pagi dengan beberapa kali rehat diantara sesi tersebut. Antara perancangan serta isu yang dibincangkan seperti pendaftaran Kindness Malaysia dengan ROS, pendaftaran Kindness dengan World Kindness Movement, aktiviti-aktiviti tahunan seperti Futsal Piala Kindness, Projek TajaMereka, Projek B
aginda dan sambutan World Kindness Day.

perbincangan santai

aktiviti dalam kumpulan
Harapan kali ini tetap sama dimana Kindness akan lipat gandakan lagi usaha untuk melakukan dan menyebarkan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun dan menjadikan negara Malaysia lebih makmur dan positif.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Thursday, April 9, 2015

Sumbangan Beg Sekolah Untuk Mangsa Kebakaran di Pulau Bangau-bangau



Peristiwa yang mengejutkan di Kampung Bangau-bangau dimana lebih 500 buah rumah telah terbakar dan menyebabkan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal. Pihak Kindness Dot My (Kindness) mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan kebaikan ke Negeri di Bawah Bayu ini dengan menghadiahkan beg sekolah untuk anak-anak mangsa kebakaran. 

Sehari selepas berlakunya bencana ini, projek koordinator Kindness di Sabah iaitu saudara Abdullah Hashim terus menyatakan hasratnya untuk membantu mangsa kebakaran di Semporna. Usaha untuk mendapatkan beg-beg sekolah ini cukup penting untuk memastikan anak-anak mangsa kebakaran dapat memulakan pembelajaran di sekolah secepat mungkin. Menurut Abdullah, kami memilih beg sekolah kerana beg sekolah berkaitan dengan pendidikan. Organisasi lain banyak membantu dalam bentuk keperluan lain seperti makanan dan pakaian. Oleh itu untuk bantuan permulaan ini kita akan hantarkan beg sekolah dahulu.

Murid-murid Lelaki Tahun 6 Yang Terkesan Dengan Kebakaran

Tn Hj Abdul Salleh bin Musa, Guru Besar SK Bangau-bangau

En Sufian bin Maidin, Wakil PPD Semporna

Pada 8 April 2015 yang lepas, lebih 50 buah beg sekolah telah disampaikan di Sekolah Kebangsaan Bangau-bangau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Semporna. Pihak sekolah turut memberi kerjasama yang baik selaku tuan rumah untuk menerima sumbangan beg sekolah tersebut.

Pihak Kindness mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali para dermawan individu yang terus memberi kepercayaan kepada Kindness. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kindness, boleh layari laman Facebook Kindness di www.facebook.com/kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, April 1, 2015

Projek Semporna untuk Mangsa Kebakaran Kampung Bangau-Bangau


Semporna, sebuah kawasan yang terkenal dengan peranginan seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Baru-baru ini dikejutkan dengan kebakaran yang telah memusnahkan lebih 250 buah rumah di Kampung Bangau-bangau. Dijangka lebih dari 300 buah keluarga menjadi mangsa hilangnya tempat tinggal serta barang-barang lain musnah. Lokasi kampung ini yang terletak di tepi pantai dengan angin yang kuat telah menyebabkan rumah-rumah ini pantas disambar api.

orang kampung hanya dapat melihat rumah dijilat api


hanya tinggal kayu rangka

tiada lagi yang tinggal

Pihak Kindness Dot My (Kindness) mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak mangsa kebakaran ini dengan memberikan beg sekolah bagi memudahkan anak-anak mangsa ini meneruskan pembelajaran seperti biasa. Pada orang ramai yang ingin menaja beg sekolah untuk mangsa-mangsa kebakaran ini boleh lakukannya ke akaun Maybank di 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Email butiran di support@kindness.my dan nyatakan tajaan untuk Projek Semporna. Sebuah beg berharga RM30 dan akan diuruskan sepenuhnya oleh Projek Koordinator Kindness yang Kota Kinabalu, iaitu Encik Abdullah Hashim.

Semoga dengan bantuan kecil ini dapat meringankan beban keluarga mangsa kebakaran di sana. Amin.

*gambar diperoleh dari Projek Koordinator Kindness Sabah

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...