About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, February 8, 2015

Projek Tauge Bersama Warga Madrasah Hashimiah


Sebuah lagi projek dari Kindness Dot My (Kindness) diadakan bersama anak-anak yatim dan miskin Madrasah Hashimiah. Aktiviti yang diberi nama Projek Tauge ini mengumpulkan seluruh anak murid Madrasah tentang penanaman sayur tauge. Bagi masyarakat setempat, kita sudah pasti biasa dengan projek tanaman tauge ini yang biasanya akan diajar semasa sekolah rendah. Team Kindness kali ini berkongsi kegembiraan dengan anak-anak Hashimiah dengan melihat progres dari sebutir kacang hijau sehingga menjadi tauge.

biji kacang hijau diletakkan dalam bekas tanah dan tisu basah

sukarelawan bersama anak-anak Hashimiah

dengan bekas tauge masing-masing
Untuk menghasilkan tauge, barang-barang terpakai seperti botol plastik digunakan. Kacang hijau yang telah direndam untuk 6 jam, kemudiannya akan dipindahkan kedalam botol yang berisi tisu atau tanah. Bekas itu dibiarkan sehingga empat hari, dan tauge sudah mula kelihatan. Bagi yang menanam kacang hijau di dalam tanah, tauge itu akan dibiarkan sehingga menjadi pokok kacang hijau. Jangkaannya, pokok kacang hijau akan mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga bulan.

tunggu untuk tiga ke empat hari lagi 

tauge yang terhasil selepas dua hari

meletakkan nama pada bekas

Setiap anak murid akan menjaga tauge masing-masing dan melihat sendiri tumbesaran tauge tersebut. Khasiat tauge juga dikongsikan bersama mereka dan antara khasiatnya ialah baik untuk jantung.

Kindness mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat berkongsi ilmu dengan anak-anak Hashimiah, InsyaAllah lebih banyak projek akan datang akan dilaksanakan dalam misi menyebarkan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

Cara menanam tauge
1. Kacang hijau direndam dalam air selama lima jam
2. Kacang hijau yang telah direndam disimpan dalam bekas tertutup beralas tisu yang lembab. Bekas ini disimpan ditempat yang gelap tanpa cahaya.
3. Air direnjis setiap 6 jam 
4. Dalam tempoh 4 atau 5 hari, tauge akan terhasil

Cara menanam pokok kacang hijau
1. Kacang hijau direndam dalam air selama lima jam.
2. Bekas botol plastik dipotong dan bahagian penutup dimasukkan tanah.
3. Kacang hijau yang telah direndamkan itu diletakkan atas tanah lembab dan ditekan sedalam setengah sentimeter.
4. Siram setiap hari pagi dan petang.
5. Dalam 3 ke 5 hari, tauge akan tumbuh
6. Dalam 10 hari, tunas pokok akan mula tumbuh
7. Dalam tempoh tiga bulan, pokok kacang hijau sudah mengeluarkan kacang hijau

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...