Kindness Dot My telah menerima jemputan dari pihak Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk turut serta dalam Persidangan Pengurusan Banjir Kelantan 2015. Persidangan ini telah berlangsung di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan pada 14-16 Februari 2015. Lebih 450 orang peserta dari pelbagai kepakaran telah hadir bagi memberi idea dan cadangan. Setiap input yang diterima akan dijadikan resolusi dan seterusnya dihantar kepada agensi-agensi yang berkaitan.
Team Kindness yang hadir |
konsep Town Hall digunakan untuk percambahan idea dan resolusi |
setiap meja akan mengumpulkan pakar dari bidang masing-masing |
Kindness dijemput untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam pengurusan sukarelawan. Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini telah menyaksikan orang ramai mengambil peluang untuk menjadi sukarelawan bagi membantu dari segi "man power" di kawasan bencana. Persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi adalah penting bagi setiap sukarelawan agar mereka tidak menjadi beban kepada orang lain semasa di lapangan.
Bersama dengan Pengarah JKM Pulau Pinang di majlis perasmian dan makan malam Persidangan Bencana Banjir Kelantan 2015 |
aktivti Kindness di persidangan |
Lebih satu ribu resolusi telah dihasilkan dalam persidangan tiga hari ini. Antara agensi-agensi yang terlibat seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pakaian beruniform seperti PDRM, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pihak universiti seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta NGO seperti Yayasan Salam dan Mercy Malaysia.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment