Abdul Halim Mohd Zuki, seorang sahabat yang saya kenali sejak pengajian di UIA. Kami graduate bersama pada tahun 2007 dan pada hujung tahun 2008, saya mendapat tahu yang Halim mengidap penyakit kanser. Sejak itu, ada masa saya akan berhubung dengan Halim, bersms dengannya atau mesej melalui Facebook. Halim antara sahabat saya yang secara konsisten membantu dan memberi sokongan kepada kerja-kerja sosial saya sejak 2008.
Terima kasih Ayie sebab sponsorkan Alphard. |
Tahun ini, batch kami bercadang untuk melawat Halim sekali lagi di rumahnya di Kodiang, Kedah. Misi kali ini ialah untuk gembirakan Halim serta keluarganya. Perbincangan dilakukan sepenuhnya melalui Whattsapp group dan semua bersetuju untuk buat surprise bbq dan kompilasi video ucapan dari semua sahabat-sahabat yang mengenalinya di UIA. Tarikh ziarah ditetapkan pada 31 Ogos 2014, cuti hari Merdeka.
bbq mengejut di rumah Halim |
Bersama-sama Halim #PrayForHalim |
Saya ditugaskan untuk menyiapkan video kompilasi. Pada permulaannya, tidak sampai lima orang yang menghantar video ucapan. Tarikh ziarah hanya tinggal 3 hari sahaja lagi dan Piko, selaku ketua misi telah menghubungi rakan-rakan lain untuk hantarkan video ucapan 10 saat yang akan dituju khas untuk Halim. Alhamdulillah, lebih 50 ucapan video berjaya dikumpulkan dan proses menyunting video tersebut dilakukan sehari sebelum ziarah Halim.
Setibanya kami di rumah Halim, kami disambut oleh ibu Halim. Seperti lawatan sebelum ini, saya sangat kagum dengan ibu Halim yang sentiasa ceria walaupun Halim dalam keadaan sakit kanser. Seolah-olah keadaan Halim ini bukanlah suatu beban kepada keluarganya, tetapi hati yang redha telah membuatkan keluarganya sentiasa kelihatan sangat positif. Ibu bapa dan keluarga Halim serta isterinya sangat tabah dan langsung tidak kelihatan murung di wajah mereka.
tayangan kompilasi video ucapan |
sebelum pulang ke Kuala Lumpur |
Halim pada mulanya terkejut dengan persiapan bbq, siap dengan peralatan dan ayam yang sudah diperap, dibawa khas dari Kuala Lumpur. Ibu Halim pun beri kerjasama yang baik dengan merahsiakannya, telah siapkan nasi goreng dan air sedap. Matpau, Malan, Ocha, Ayie, Thor dan Ipin pergi siapkan bbq dan pada masa yang sama saya dan Piko siapkan presentation video untuk Halim sekeluarga. Projektor juga dibawa khas dari KL untuk tayangan video ucapan Halim.
Dua video ditayangkan. Bermula dengan video behind the scene dan kemudian video ucapan dari rakan-rakan di UIA. Video ditayangkan di ruang tamu. Beberapa saat mulanya video, Piko awal-awal lagi dah ke luar rumah kerana tidak dapat menahan sebak. Saya pun rasa sebak, tapi terpaksa tahan air mata. Bila tengok Halim, dia maintain sahaja, dan nampak Halim tersenyum bila lihat ucapan dari rakan-rakan untuknya.
sesi bergambar bersama Halim |
Selesai tayangan video, kami terus menjamu selera dan sebelum jam 3 petang, kami pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Perancangan dan ziarah sahabat kami, Halim ini sememangnya telah mengeratkan ukhwah sesama rakan-rakan. Kami pun tidak sangka, lebih 50 orang rakan telah hantarkan video ucapan masing-masing. Ada yang terpaksa rakam curi-curi di pejabat, ada yang berada di pelantar minyak dan ada juga beberapa rakan yang lain berada di luar negara. Biarpun sudah lebih 8 tahun selepas tamat pengajian, hubungan silaturrahim tetap kukuh, malah yang dulu tidak rapat, sekarang sudah jadi lebih mesra. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk sahabat kita ini, Abdul Halim Mohd Zuki.
Muhammad bin Kamarulazizi
Ex Engineering UIA (2000-2007)
0 comments:
Post a Comment