About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia dari Kindness


Kindness Dot My (Kindness) kembali lagi dengan sebuah lagi projek kreatif dan kali ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2014. Seawal jam 7.30 pagi, sukarelawan Kindness sudah berada di Taman Metropolitan Kepong atau lebih dikenali sebagai Taman Layang-layang.  Projek yang diberi nama Projek 1990 ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dikalangan orang ramai.

antara makanan yang tersedia sempena Hari Malaysia

Aiskrim Malaysia yang menjadi rebutan termasuk sukarelawan

Konsep Projek 1990 sangat mudah. Orang ramai boleh mendapatkan nasi lemak, kuih atau aiskrim Malaysia secara percuma dengan melakukan sesuatu yang patriotik seperti menyanyikan lagu Negaraku atau dengan melakukan satu kebaikan. Sukarelawan Kindness bertindak mengajak orang ramai untuk dapatkan sarapan percuma dan pada awalnya ramai yang masih kekok untuk melakukannya. 

mereka menyatakan rasa cinta kepada Tanah Air

anak beranak menyanyikan lagu Negaraku

ramai-ramai menyanyikan lagu Warisan

ramai yang turut hadir

pelajar-pelajar dari SMK Segambut Dalam, SMK Segambut Luar dan SMKAKL menyanyikan lagu Negaraku

Seorang demi seorang datang, malah ada yang datang beramai-ramai. Ada yang datang berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku, malah ada yang menyanyikan lagu Warisan. Ada juga yang bertindak melakukan satu kebaikan dengan mengutip sampah dan mereka dapat ambil makanan yang disediakan secara percuma. Menurut pengarah projek 1990, Puan Roghdayanti, "Projek sebegini sebenarnya ingin menggalakkan orang ramai sentiasa ingat dan cintakan negara, lagi-lagi hari ini merupakan hari cuti sempena Hari Malaysia."

semua memilih makanan yang digemari selepas menyampaikan rasa cinta kepada negara

Pakcik ini juga tidak melepaskan peluang

Pihak Kindness mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi projek kali ini, terutama sekali bagi yang telah menaja makanan, serta sukarelawan yang terlibat. Pada yang berminat untuk turut serta dengan aktiviti Kindness boleh layari www.facebook.com/kindness.my


Projek ini telah mendapat liputan di Harian Metro, 23 September 2014.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...