Kenyataan Media
Alhamdulillah, tempoh sebulan berpuasa, projek TajaMereka telah berlangsung dengan jayanya. Kindness Dot My (Kindness) telah membawa konsep yang lebih unik untuk orang ramai melakukan kebajikan melalui Projek TajaMereka ini. Sejajar dengan slogan Kindness, iaitu Dari Semua Untuk Semua, Projek TajaMereka ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja mereka yang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa dan pada yang sama menikmati juadah berbuka tersebut bersama dengan penerima yang mereka taja.
berbuka puasa bersama pekerja am |
kegembiraan anak-anak yatim turut dirasa |
Pengalaman yang menarik ini telah membuatkan orang ramai merebut peluang ini mengambil satu hari berbuka puasa dengan mereka yang memerlukan. Golongan penerima ini terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin, warga ibu tunggal, masyarakat orang asli, komuniti pelarian dan keluarga miskin bandar termasuk mereka yang berpendapatan rendah seperti pekerja sekuriti, tukang sapu dan pekerja am. Salah seorang penaja, Puan Ayu dari Ulu Klang berkata "Saya bawa sekali anak-anak saya sertai Projek TajaMereka untuk mereka merasai sendiri pengalaman berbuka puasa dengan anak-anak yatim di rumah kebajikan. Pengalaman sebegini membuka mata anak saya apabila dapat melihat sendiri cara hidup anak-anak yatim di rumah kebajikan,"
Daphne Iking bersama sukarelawan di Projek TajaMereka |
sukarelawan Kindness |
sukarelawan bersama miskin bandar |
Menurut Pengasas Kindness, Muhammad bin Kamarulazizi, "Projek TajaMereka ini dijadikan projek tahunan kerana sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Seperti tahun lepas, orang ramai sudah mula bertanyakan tentang projek amal ini sebelum bulan Ramadan lagi, kerana tidak ingin melepaskan peluang untuk beramal dan pada masa yang sama memperoleh pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang Ringgit." Projek TajaMereka ini dilaksanakan di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah. Negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur menjadi perhatian orang ramai untk turut serta dan menaja. Menurut Projek Koordinator Kindness dari Kedah, Azrul Rifqi Mohd Razak, "Perancangan teliti perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap Projek TajaMereka yang dijalankan berjalan dengan lancar. Setiap sukarelawan akan memainkan peranan masing-masing seperti menguruskan penerima manfaat, lokasi dan makanan serta keperluan logistik." Kebanyakan sukarelawan Kindness merupakan golongan muda profesional dan juga mahasiswa dari universiti awam dan swasta.
TajaMereka di Johor |
TajaMereka sahur bersama geladangan |
"Jemputan dari Kindness untuk berbuka puasa ialah antara yang kami sentiasa nantikan. Anak-anak yatim gembira dengan kehadiran penaja dan sukarelawan yang sangat mesra. Yang paling menarik sekali, guru-guru dan penjaga anak yatim juga akan terima duit raya sama seperti anak-anak yatim. Pihak Kindness sangat faham, dan sentiasa kongsikan kegembiraan untuk semua orang tidak kira anak yatim mahupun penjaga," kata Ustaz Hashim dari Madrasah Hashimiah yang terletak di Selayang.
TajaMereka di Kedah |
Konsep Projek TajaMereka ini berkongsikan kegembiraan dengan semua. Semasa berbuka puasa, atur susun meja dan kerusi juga tidak membezakan antara penaja, sukarelawan dan penerima manfaat. Semua akan duduk bersama dan tiada meja vip disediakan. "Kita mahu semua duduk bersama, dan kongsi kegembiraan bersama," kata Muhammad lagi.
Fakta Projek TajaMereka 2014:
Jumlah penerima manfaat: 1110 orang
Jumlah lokasi: 20 lokasi seluru
h Malaysia
Jumlah sukarelawan terlibat: 200-300 orang
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
0183800961
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment