About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, August 25, 2014

Misi Kindness di Aceh (Pasca Tsunami)

Sdr MQ (sukarelawan Kindness) memberi taklimat kepada anak-anak yatim Makanul Ubudiyah

Alhamdulillah, Kindness Dot My (Kindness) melebarkan aktiviti bersama anak-anak yatim pasca tsunami di Aceh. Program lima hari empat malam ini telah melibatkan hampir 60 anak-anak yatim Aceh. Enam orang sukarelawan Kindness dimana lima orang dari Kindness Kedah dan seorang lagi merupakan saya sendiri mewakili Kindness dari Kuala Lumpur bersama untuk misi ini yang telah ditaja oleh beberapa orang individu penderma.


berkongsi pengalaman

bersama anak-anak Makanul Ubudiyah

anak-anak Makanul Ubudiyah petah berbicara

di pondok ilmu Makanul Ubudiyah

Projek Motivasi Kindness dijalankan untuk anak-anak yatim yang bertempat di Rumah Anak Yatim Makanul Ubudiyah juga dikenali sebagai Rumah Anak Yatim Sapura (RAYS). Rumah anak yatim ini pernah mendapat bantuan dari Sapura, sebuah syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur selepas berlakunya Tsunami pada tahun 2004. Projek Motivasi Kindness kali ini bertujuan untuk memupuk semangat jati diri anak-anak yatim dan modul yang digunakan lebih cenderung kepada aktiviti perniagaan. Anak-anak yatim ini yang majoritinya perempuan pada mulanya agak malu, tetapi menunjukkan keyakinan yang memberangsangkan di akhir program.

Simbolik sumbangan vitamin C dan kuih raya kepada pengetua Makanul Ubudiyah

Vitamin C untuk semua!

bersama anak-anak Makanul Ubudiyah


Komuniti Aceh mempunyai bahasa mereka sendiri, dan mereka juga boleh berbahasa Indonesia yang menjadi bahasa kebangsaan mereka. Komunikasi diantara fasilitator Kindness dengan anak-anak yatim ini pada mulanya agak kekok, kerana khuatir mesej yang ingin disampaikan tidak kesampaian. Fasilitator Kindness pantas mempelajari beberapa perkataan asas bagi memudahkan komunikasi mereka dengan anak-anak Aceh.

Projek Seringgit versi Aceh

gambar kenangan bersama anak-anak Makanuk Ubudiyah
Projek-projek lain turut dijalankan seperti Projek Vitamin C, Projek Kuih Raya dan Projek Seringgit (Versi Aceh). Pihak Kindness mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi aktiviti amal yang berjaya dikembangkan sehingga ke Aceh.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

1 comments:

Assalamualaikum. Tahniah team Kindness yang telah membantu saudara-saudari kita di Indonesia. Semoga maju jaya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...