Sukarelawan itu merupakan tulang belakang kepada kebanyakan NGO. Di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), ramai sukarelawan yang bersama-sama membantu mereka yang memerlukan dari pelbagai aspek seperti program bersama anak-anak yatim dan pengumpulan dana. Baru-baru ini salah seorang dari sukarelawan Muslim Aid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telah menganjurkan kelas membuat tanah liat (playdough atau plastesin) bersama adik-adik dari Asrama Darul Falah (ASDAF). Kelas ini merupakan kelas yang kedua dilakukan di ASDAF yang bertujuan untuk menjana pemikiran yang kreatif dikalangan anak-anak yatim dan miskin.
anak-anak ASDAF menguli tepung |
selepas menguli tepung, dimasukkan pewarna |
bersama hasil playdough mereka |
Sukarelawan tersebut, Nazihah Rusli merancang untuk mengajar rumah-rumah kebajikan lain dalam tempoh terdekat ini. Modal tidak kurang dari RM20 dapat menghasil lebih dari 2kg tanah liat dari pelbagai warna. Muslim Aid mengalu-alukan penglibatan sukarelawan untuk kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Muslim Aid di http://www.facebook.com/YKMAM
Cara membuat playdough di sini.
Muhammad bin Kamarulazizi