About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, April 13, 2012

Pertandingan Futsal Amal 2012 Berlangsung Dengan Jayanya!


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam telah mengadakan Kejohanan Futsal Amal 2012 Piala Muslim Aid pada 07hb April 2012 (Sabtu) yang  betempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, Selangor yang telah bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Seramai 256 orang  orang yang hadir yang terdiri daripada para peserta, sukarelawan dan warga UiTM yang telah terlibat dalam program kali  ini. Terdapat sebanyak 32 kumpulan telah mengambil bahagian dalam kejohanan Futsal Amal ini iaitu sebanyak   16 kumpulan adalah daripada anak-anak yatim, pelarian dan badan bukan kerajaan (NGO). Manakala 16 kumpulan lagi terdiri daripada pelajar UiTM dan syarikat-syarikat yang telah menderma untuk anak-anak yatim dan pelarian .
 
Objektif utama penganjuran Futsal Amal 2012 telah tercapai dimana pihak Muslim Aid dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM telah berjaya membantu dan menambah baik kehidupan anak-anak yatim dan pelarian dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyertai program  Futsal ini. Kejohanan Futsal Amal 2012 pada kali ini juga  telah menyaksikan pasukan futsal dari rumah-rumah kebajikan dan komuniti pelarian sekitar Lembah Klang  telah bertungkus lumus bertarung bagi merebut Piala Muslim Aid.
Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk meraikan dan memberi kegembiraan kepada para peserta terutamanya kepada golongan anak-anak yatim dan komuniti pelarian di samping  dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama  mereka dan pihak penganjur. Secara tidak langsung , program ini juga dapat meningkatkan ciri-ciri kualiti dan kepimpinan dalam diri pelajar UiTM untuk mengelola sesebuah program Amal sebegini.
Pasukan ASDAF FC bersama wakil tajaan mereka dari Bom Kitchen
BKSK A yang telah menjuarai Pertandingan Futsal Amal 2012
Pasukan Somali FC dengan tajaan dari Merah Jambu Mania
Pasukan Hashimiah FC dengan tajaan dari Sellers Union
Penyokong dan sukarelawan yang turut hadir
Masa makan tengahari yang disediakan untuk pemain dan pengunjung

Pertandingan Futsal Amal 2012 ini juga sebenarnya merupakan kesinambungan Kejohanan Futsal Amal Siti Khadijah anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah (BKSK) yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut. Sememangnya anak-anak yatim dan komuniti pelarian ini sentiasa menantikan pertandingan futsal setiap tahun kerana semasa berlangsungnya Futsal Amal ini jelas terpampar  kegembiraan di wajah mereka kerana hajat mereka untuk  menyertai lagi  pertandingan futsal ini telah  membuatkan mereka bersungguh-sungguh serta bersemangat bertarung untuk memenangi pertandingan ini.

Sebanyak 12 buah rumah kebajikan yang telah terlibat pada kejohanan Futsal kali ini antaranya:
1.    Rumah Amal Asnaf Al-Barakh (Anak-anak  yatim dan miskin)
2.    Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa (Anak-anak yatim dan miskin)
3.    Pertubuhan Kebajikan Ash Shakur (Anak-anak yatim,muallaf dan miskin)
4.  Badan Kebajikan Siti Khadijah (Rumah Amalku, Meru dan Rumah Amalku Kota Damansara ), (Anak-anak  yatim)
5.    Yayasan Ijabah (Anak-anak yatim,muallaf dan miskin)
6.    Rumah Titian Kaseh (RTK), (Anak ibu tunggal dan anak yatim )
7.    KL Krashpad (Yayasan Chow Kit), (Anak-anak yang kurang bernasib baik)
8.    Asrama Darul Falah (ASDAF), (Anak-anak orang asli dan yang kurang berkemampuan)
9.    Somali Community Learning Centre (Komuniti Pelarian Somalia)
10.    Rohingya Refugee Klang (Komuniti Pelarian Rohingya )
11.    Malaysian Social Research Institute (MSRI), (Komuniti Pelarian Afganistan)
12.    Madrasah Hashimiah (Komuniti Pelarian Myanmar)


Kejohanan  kali ini telah menyaksikan hasil kerja keras dari pasukan futsal Badan kebajikan Siti Khadijah (BKSK) telah menobatkan mereka sebagai Juara Futsal Amal bagi kategori rumah-rumah kebajikan di mana mereka telah memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1000.00 beserta hamper dan medal, manakala naib juara telah disandang kepada pesaing sengit BKSK iaitu pasukan futsal Komuniti pelariaan Somalia yang telah membawa pulang hadiah berupa RM700.00 beserta hamper dan medal. Bagi tempat ketiga pula telah di menangi oleh rumah kebajikan yang paling ramai penyokong dan bersemangat iaitu dari Yayasan Ijabah  yang telah memenagi wang tunai RM500.00 beserta hamper dan medal. Selain itu, terdapat juga hadiah saguhati  untuk  pemain terbaik yang telah dimenangi oleh Mohd Samsa  dari rumah kebajikan Asrama Darul Falah (ASDAF)  dimana hadiah ini bertujuan untuk menaikkan semangat pasukan mereka  untuk berlatih bersungguh-sungguh  lagi pada masa akan datang . Kesemua hadiah adalah hasil sumbangan  daripada idividu-individu dan syarikat korporat yang telah bermurah hati untuk menderma dan dengan sikap perihatin ini sedikit sebanyak telah melancarkan perjalanan program Futsal pada kali ini.

Perlawanan akhir antara BKSK A dan Somali FC
Pemandangan dari atas

Menurut En. Muhammad Bin. Kamarulazizi, Pengurus Pembangunan Program Muslim Aid “Dengan adanya program seperti ini kita dapat menggembirakan anak-anak yatim serta komuniti pelarian yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Malahan secara tidak langsung program seperti ini dapat meningkatkan taraf kesihatan para peserta kerana seperti yang diberitahu bahawa mereka melakukan latihan futsal ini hampir setiap hari menjelang  tibanya Kejohanan Futsal Amal ini. Kesemuanya kelihatan bersungguh-sungguh berlatih untuk memenangi kejohanan ini.”

Tambahnya lagi “Diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang dengan adanya sokongan dan sumbangan yang berterusan daripada masyarakat sekeliling. Kami di Muslim Aid mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berterima kasih di atas usaha dan sumbangan individu-individu yang bekerjasama untuk menjayakan program ini”

Selain itu, menurut Pn Miradatul Najwa  yang  juga merupakan penasihat Futsal Amal 2012 “Dengan pelaksanaan program ini, secara tidak langsung pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dapat mencari sumbangan bagi membantu anak-anak yatim dan komuniti pelarian ini. Di samping itu juga, program ini dapat mewujudkan sikap bertangggungjawab serta bekerjasama antara para pelajar dalam menjayakan penganjuran Futsal Amal 2012. Selain itu, penganjuran kejohanan ini juga dapat dijadikan medium bagi mengeratkan hubungan di antara Warga UiTM terutamanya Fakulti Kejuruteraan Kimia, badan-badan bukan kerajaan (NGO), anak-anak yatim, pelarian dan syarikat-syarikat luar yang menyertai futsal amal ini. “
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di talian 03-22881996 atau email di mail@muslimaid.org.my atau layari laman web kami di www.muslimaidasia.com atau www.facebook.com/ykmam sekiranya memerlukan maklumat lebih lanjut berkenaan program Kejohanan Futsal Amal 2012 ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...