About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, April 29, 2012

Manusia, Hamba Abdi dan BERSIH


Pada suatu hari, ada 4 org hamba abdi, B, C, D dan E yang bekerja dibawah A di sebuah ladang. Tugas B, C, D dan E ini sememangnya sebagai seorang hamba abdi yang patuh dan taat pada apa sahaja kehendak A.

Nak dijadikan cerita, sifat si B ini seorang yang senior, dituduh melakukan penyelewengan. Si C pula marah pada si B kerana si C mengatakan dia tahu apa yang si B ini lakukan. Si D dan E pula lebih pada bergosip, dan menyebarkan cerita permusuhan si B dan si C kepada hamba abdi- hamba abdi di ladang yang lain.

Permusuhan antara B dan C semakin menjadi2, dan D dan E pula semakin hebat menyebarkan cerita ketegangan B dan C yang samar kesahihannya kepada rakan2 di ladang yang lain.

A mengetahui segalanya apa yang berlaku, dan apa yang B, C, D dan E lakukan. A tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. A melihat hamba-hamba abdinya bertengkar dan memaki hamun.

B, C, D dan E mungkin lupa tugas mereka di ladang hanyalah menjadi hamba abdi yang sepatutnya patuh dan taat pada kehendak A. A bersifat penyayang dan amat suka kepada keharmonian dan segala yang baik2, dan hanya akan menghukum mereka yang bersalah.

Dari kisah ini, kita dapat lihat, mengapalah hamba2 abdi ini nak sangat bergaduh, nak menyeleweng, nak sebarkan fitnah dan lain2. Walhal tugas utama mereka hanyalah menjadi hamba abdi pada A! Mengapa boleh jadi begini? Kemungkinan disebabkan keegoan diri, hanyut kerana kelebihan yang dipinjamkan oleh A. Siapa hamba2 abdi ini yang nak ego, nak tunjuk belang, dan nak sebarkan fitnah? Hamba2 abdi ini tidak layak utk ada setitik pun perasaan ego kerana mereka ini terang2 adalah hamba abdi! Sepatutnya sebagai hamba abdi, patut tunduk hingga sembah ke bumi dan berdiri ditahap yang sama, dan sekurang2nya bekerjasama untuk taat pada A.

Dari kisah ini, saya menyeru pada diri saya sendiri dan rakan2, agar fikir balik tujuan mengapa kita hidup di dunia ini. Kita semua sekadar hamba yang hina yang dipinjamkan dengan kemewahan dan kesenangan yang sementara.

Allah berfirman dalam surah az-Zariyat, ayat 56
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
 Yang membezakan kita dengan yang lain hanya hati dan amalan. Dan yang dapat membezakan kita ini hanya Dia yang maha Esa.

Dan sedarkah kita, setiap permulaan ayat di dalam al Quran dimulakan dengan Bismillahirohmanirohim. Apakah maksud ayat yang mudah ini? Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Setiap ayat dalam Quran, setiap perbuatan yang kita lakukan, kita mulakan dengan Bismillahirohmanirohim. Sedarkah yang kita sentiasa menyebut sifat Allah iaitu Pemurah dan Penyayang? Allah sentiasa anjurkan supaya kita saling kasih dan sayang antara satu sama lain. Hadis yang selalu kita dengar dan baca,
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”~Riwayat Bukhari dan Muslim
Kita terlalu leka, kita sentiasa dipengaruhi dengan hal-hal negatif yang membuatkan kita sentiasa berdamping dengan perasaan marah, ego yang semua ini berpunca daripada api. Mahukah kita menjadi sinonim dengan makhluk yang diciptakan dari api yang cintakan kemarahan dan egoistik ini? Ayuhlah kita sebarkan kasih dan sayang, rendahkan ego ke tahap minima, semaikan diri dengan sifat positif dan lihatlah segala hal dari perspektif yang positif. InsyaAllah hati akan tenang dan pasti kita boleh buatkan Rasulullah tersenyum :)

Kita semua hambaNya, alangkah indahnya sekiranya kita sentiasa ingat tugas utama kita. Sentiasa ingat akan ganjaran yang bakal diberikan kepada kita sekiranya kita sentiasa patuh dan rendah diri taat padaNya. Ganjaran yang terindah berkekalan!
"Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" ~Riwayat Muslim
Kita mungkin berasa begitu susah hidup di dunia ini, perit sehingga menekan jiwa kita. Namun begitu, ingatlah bahawa semua ini hanya sementara, selagi kita berusaha untuk melakukan kebaikan, menyebarkan kebaikan, bersabar dalam apa jua sekalipun, insyaAllah kita akan mendapat lindungan dan ganjaran dariNya.
 "Sesungguhnya Allah berfirman, Apabila Aku menguji hambaKu dengan kedua-dua matanya, kemudian dia bersabar, maka Aku gantikan syurga baginya."~Riwayat Bukhari
Wallahualam.

Muhammad bin Kamarulazizi


Tuesday, April 17, 2012

Better Vision For Better Future

Melalui program Gift For Life, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) akan membantu anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan di Sabah bagi mendapatkan kaca mata setiap seorang. Inisiatif ini bertujuan untuk mengatasi masalah penglihatan mereka semasa pembelajaran di dalam kelas.


Pada yang berminat untuk menaja kaca mata ini, boleh salurkan melalui akaun CIMB di 1422-0000070-108 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Email atau fakskan butiran berikut untuk penghantaran resit pengecualian cukai
Nama:
Alamat:
Tel:
Jumlah sumbangan:
Tarikh transaksi:
Masa transasksi:

Email ke mail@muslimaid.org.my atau faks ke 03-22881966.

Semoga dengan 'pelaburan' ini dapat memudahkan mereka menjalani pembelajaran yang sebaiknya. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.


Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, April 13, 2012

Pertandingan Futsal Amal 2012 Berlangsung Dengan Jayanya!


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam telah mengadakan Kejohanan Futsal Amal 2012 Piala Muslim Aid pada 07hb April 2012 (Sabtu) yang  betempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, Selangor yang telah bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Seramai 256 orang  orang yang hadir yang terdiri daripada para peserta, sukarelawan dan warga UiTM yang telah terlibat dalam program kali  ini. Terdapat sebanyak 32 kumpulan telah mengambil bahagian dalam kejohanan Futsal Amal ini iaitu sebanyak   16 kumpulan adalah daripada anak-anak yatim, pelarian dan badan bukan kerajaan (NGO). Manakala 16 kumpulan lagi terdiri daripada pelajar UiTM dan syarikat-syarikat yang telah menderma untuk anak-anak yatim dan pelarian .
 
Objektif utama penganjuran Futsal Amal 2012 telah tercapai dimana pihak Muslim Aid dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM telah berjaya membantu dan menambah baik kehidupan anak-anak yatim dan pelarian dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyertai program  Futsal ini. Kejohanan Futsal Amal 2012 pada kali ini juga  telah menyaksikan pasukan futsal dari rumah-rumah kebajikan dan komuniti pelarian sekitar Lembah Klang  telah bertungkus lumus bertarung bagi merebut Piala Muslim Aid.
Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk meraikan dan memberi kegembiraan kepada para peserta terutamanya kepada golongan anak-anak yatim dan komuniti pelarian di samping  dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama  mereka dan pihak penganjur. Secara tidak langsung , program ini juga dapat meningkatkan ciri-ciri kualiti dan kepimpinan dalam diri pelajar UiTM untuk mengelola sesebuah program Amal sebegini.
Pasukan ASDAF FC bersama wakil tajaan mereka dari Bom Kitchen
BKSK A yang telah menjuarai Pertandingan Futsal Amal 2012
Pasukan Somali FC dengan tajaan dari Merah Jambu Mania
Pasukan Hashimiah FC dengan tajaan dari Sellers Union
Penyokong dan sukarelawan yang turut hadir
Masa makan tengahari yang disediakan untuk pemain dan pengunjung

Pertandingan Futsal Amal 2012 ini juga sebenarnya merupakan kesinambungan Kejohanan Futsal Amal Siti Khadijah anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah (BKSK) yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut. Sememangnya anak-anak yatim dan komuniti pelarian ini sentiasa menantikan pertandingan futsal setiap tahun kerana semasa berlangsungnya Futsal Amal ini jelas terpampar  kegembiraan di wajah mereka kerana hajat mereka untuk  menyertai lagi  pertandingan futsal ini telah  membuatkan mereka bersungguh-sungguh serta bersemangat bertarung untuk memenangi pertandingan ini.

Sebanyak 12 buah rumah kebajikan yang telah terlibat pada kejohanan Futsal kali ini antaranya:
1.    Rumah Amal Asnaf Al-Barakh (Anak-anak  yatim dan miskin)
2.    Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa (Anak-anak yatim dan miskin)
3.    Pertubuhan Kebajikan Ash Shakur (Anak-anak yatim,muallaf dan miskin)
4.  Badan Kebajikan Siti Khadijah (Rumah Amalku, Meru dan Rumah Amalku Kota Damansara ), (Anak-anak  yatim)
5.    Yayasan Ijabah (Anak-anak yatim,muallaf dan miskin)
6.    Rumah Titian Kaseh (RTK), (Anak ibu tunggal dan anak yatim )
7.    KL Krashpad (Yayasan Chow Kit), (Anak-anak yang kurang bernasib baik)
8.    Asrama Darul Falah (ASDAF), (Anak-anak orang asli dan yang kurang berkemampuan)
9.    Somali Community Learning Centre (Komuniti Pelarian Somalia)
10.    Rohingya Refugee Klang (Komuniti Pelarian Rohingya )
11.    Malaysian Social Research Institute (MSRI), (Komuniti Pelarian Afganistan)
12.    Madrasah Hashimiah (Komuniti Pelarian Myanmar)


Kejohanan  kali ini telah menyaksikan hasil kerja keras dari pasukan futsal Badan kebajikan Siti Khadijah (BKSK) telah menobatkan mereka sebagai Juara Futsal Amal bagi kategori rumah-rumah kebajikan di mana mereka telah memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1000.00 beserta hamper dan medal, manakala naib juara telah disandang kepada pesaing sengit BKSK iaitu pasukan futsal Komuniti pelariaan Somalia yang telah membawa pulang hadiah berupa RM700.00 beserta hamper dan medal. Bagi tempat ketiga pula telah di menangi oleh rumah kebajikan yang paling ramai penyokong dan bersemangat iaitu dari Yayasan Ijabah  yang telah memenagi wang tunai RM500.00 beserta hamper dan medal. Selain itu, terdapat juga hadiah saguhati  untuk  pemain terbaik yang telah dimenangi oleh Mohd Samsa  dari rumah kebajikan Asrama Darul Falah (ASDAF)  dimana hadiah ini bertujuan untuk menaikkan semangat pasukan mereka  untuk berlatih bersungguh-sungguh  lagi pada masa akan datang . Kesemua hadiah adalah hasil sumbangan  daripada idividu-individu dan syarikat korporat yang telah bermurah hati untuk menderma dan dengan sikap perihatin ini sedikit sebanyak telah melancarkan perjalanan program Futsal pada kali ini.

Perlawanan akhir antara BKSK A dan Somali FC
Pemandangan dari atas

Menurut En. Muhammad Bin. Kamarulazizi, Pengurus Pembangunan Program Muslim Aid “Dengan adanya program seperti ini kita dapat menggembirakan anak-anak yatim serta komuniti pelarian yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Malahan secara tidak langsung program seperti ini dapat meningkatkan taraf kesihatan para peserta kerana seperti yang diberitahu bahawa mereka melakukan latihan futsal ini hampir setiap hari menjelang  tibanya Kejohanan Futsal Amal ini. Kesemuanya kelihatan bersungguh-sungguh berlatih untuk memenangi kejohanan ini.”

Tambahnya lagi “Diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang dengan adanya sokongan dan sumbangan yang berterusan daripada masyarakat sekeliling. Kami di Muslim Aid mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berterima kasih di atas usaha dan sumbangan individu-individu yang bekerjasama untuk menjayakan program ini”

Selain itu, menurut Pn Miradatul Najwa  yang  juga merupakan penasihat Futsal Amal 2012 “Dengan pelaksanaan program ini, secara tidak langsung pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dapat mencari sumbangan bagi membantu anak-anak yatim dan komuniti pelarian ini. Di samping itu juga, program ini dapat mewujudkan sikap bertangggungjawab serta bekerjasama antara para pelajar dalam menjayakan penganjuran Futsal Amal 2012. Selain itu, penganjuran kejohanan ini juga dapat dijadikan medium bagi mengeratkan hubungan di antara Warga UiTM terutamanya Fakulti Kejuruteraan Kimia, badan-badan bukan kerajaan (NGO), anak-anak yatim, pelarian dan syarikat-syarikat luar yang menyertai futsal amal ini. “
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di talian 03-22881996 atau email di mail@muslimaid.org.my atau layari laman web kami di www.muslimaidasia.com atau www.facebook.com/ykmam sekiranya memerlukan maklumat lebih lanjut berkenaan program Kejohanan Futsal Amal 2012 ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, April 10, 2012

Laporan Ringkas Futsal Amal 2012


Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, April 2, 2012

Perlawanan Persahabatan Menjelang Futsal Amal 2012 Piala Muslim Aid

Menjelang Pertandingan Futsal Amal 2012, beberapa rumah kebajikan dan pelarian telah menjalani rutin latihan mereka setiap hari. Baru-baru ini pasukan Somali FC yang terdiri daripada pelarian Somalia dan MSRI FC yang terdiri daripada pelarian Afghanistan, Iraq dan Palestine telah mengadakan perlawanan persahabatan di Ampang. Biarpun berbeza warna kulit, namun ia tidak menghalang untuk mereka bermain futsal bersama-sama.

Anak-anak Rumah At-Taqwa dengan latihan futsal mereka
Kini hanya tinggal kurang dari beberapa hari sebelum Pertandingan Futsal Amal 2012 yang bakal berlangsung pada 7 April 2012 di Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Pihak penganjur, Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia masih mengalu-alukan sumbangan dan sponsor untuk program ini. Pada yang berminat untuk memberi sumbangan boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau untuk penyertaan terbuka, boleh hubungi 0174831696 (Fatin).

Pasukan Somali FC dan MSRI FC

Bersemangat
Pasukan Futsal dari Rumah Titian Kaseh
Pasukan Eagle FC dari Rohingya Klang
Muhammad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...