About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, June 28, 2011

Projek My Kitchen Garden di Harian Metro hari ini!


Tarikh: 28 Jun 2011
Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/articles/Tanamsendirisayuran/Article

Alhamdulillah, projek My Kitchen Garden yang berlangsung di Asrama Darul Falah (ASDAF) telah mendapat liputan di akhbar Harian Metro. Program yang berlangsung pada 18 Jun 2011 ini telah melibatkan pelajar-pelajar latihan indsutri (praktikal) dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), sukarelawan dan pasukan Pengakap dari kolej Twintech.

InsyaAllah akan datang pelbagai lagi program yang akan dijalankan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Ikuti program-program Muslim Aid di laman Facebook Muslim Aid.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, June 19, 2011

Projek Kitchen Garden Kembali di ASDAF!


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 18 Jun 2011
Program: Gotong-royong Kitchen Garden

Alhamdulillah program gotong-royong Kitchen Garden di ASDAF selesai semalam dengan kehadiran hampir 60 orang sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan juga dari Kelab Pengakap dari Kolej Twintech. Projek Kitchen Garden ini kembali dengan wajah baru bersama pelbagai jenis anak pokok seperti pokok nanas, kedondong, betik, lidah buaya (alovera), sawi dan kacang panjang.

Projek Kitchen Garden ini bertujuan untuk mendidik anak-anak ASDAF tentang khasiat sayur-sayuran di samping menjalani hidup yang sihat dengan berbakti kepada tanah. Disamping itu, projek Kitchen Garden ini juga dapat mengurangkan sedikit sebanyak kos perbelanjaan harian di dapur ASDAF.

Gotong-royong ini bermula pada jam 9 pagi yang telah diketuai oleh pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri di pejabat Muslim Aid. Kawasan Kitchen Garden dibersihkan dan kemudiannya tanah digembur dan disiram sebelum anak-anak pokok ditanam.


pasukan pengakap dari Kolej Twintech


batas yang hampir siap

bersama pokok nanas yang ditanam

sukarelawan dari Universiti Malaya

pembersihan lokasi

sukarelawan Muslim Aid

anak-anak ASDAF dan sukarelawan


anak ASDAF bersama lidah buaya

Pejabat Muslim Aid mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program gotong-royong Kitchen Garden terutama sekali pada para dermawan, sukarelawan-sukarelawan dan juga pasukan Pengakap dari Kolej Twintech. Semoga Allah merahmati usaha kalian semua!

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, June 13, 2011

Berkongsi Rezeki Bersama yang Memerlukan


Baru-baru ini saya bersama sukarelawan-sukarelawan dari Desa Pandan telah menghantar bantuan makanan untuk insan-insan yang memerlukan seperti pelarian Myanmar Muslim di Selayang dan juga warga ibu tunggal. Kumpulan sukarelawan ini yang diberi nama sukarelawan amal ini telah mengambil inisiatif yang bagus dengan mengumpulkan barang-barang sumbangan yang telah diberikan oleh rakan kenalan mereka dan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Aktiviti tersebut bermula pada jam 10 pagi di Madrasah Hashimiah di Selayang. Sumbangan seperti beras, Milo, biskut dan gula telah diagihkan-agihkan untuk anak-anak yatim pelarian dan juga beberapa keluarga ibu tunggal di sekitar Wangsa Maju dan Ukay Perdana. Pengalaman yang cukup berharga bagi sukarelawan apabila dapat berkongsi pengalaman bersama ibu-ibu tunggal.

wajah gembira anak-anak yatim pelarian Myanmar Muslim

berkongsi pengalaman bersama warga ibu tunggal yang mempunya anak dylexia

Pejabat Muslim Aid mengucapkan tahniah atas usaha baik yang telah dilakukan oleh tiga orang sukarelawan amal, cik Natrah, encik Ahmad dan encik Hezree. Pada sukarelawan yang berminat untuk menganjurkan aktiviti sukarelawan mereka sendiri, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Booth Muslim Aid di UIA


Pelbagai inisiatif diambil oleh para sukarelawan Muslim Aid untuk membuat kerja-kerja amal. Salah seorang dari sukarelawan Muslim Aid yang aktif, cik Nazihah telah membuka "booth" Muslim Aid di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Gombak. Booth promosi ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar serta staf UIA untuk mengenali Muslim Aid dengan lebih dekat serta memberi peluang untuk orang ramai menyertai pelbagai program yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat, terutama sekali menjelang bulan Ramadhan.

Booth ini telah dibuka selama tiga hari juga telah dibantu oleh salah seorang pelajar latihan industri di Muslim Aid yang juga pelajar UIA. Sambutan yang menggalakkan dan rama. Ramai pelajar dan pensyarah telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Muslim Aid dan ramai juga yang telah menyalurkan sumbangan mereka untuk program-program yang akan datang.

sukarelawan bersama tabung derma

berkongsi info tentang Muslim Aid

penyertaan aqiqah juga boleh dilakukan

Pejabat Muslim Aid mengalu-alukan para sukarelawan untuk membuka booth di lokasi-lokasi lain yang strategik. Pada yang berminat untuk membuka booth Muslim Aid bagi membantu menghebahkan aktiviti Muslim Aid, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Ruzida atau Siti Murnie)

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, June 8, 2011

Tiga Anak ASDAF Terpilih antara 70 Peserta Terbaik Honda Dreams Fund

Tiga anak-anak ASDAF telah terpilih untuk pemilihan terakhir Honda Dreams Fund dimana mereka akan dinilai melalui HDF Workshop yang akan berlangsung di Hulu Langat bermula 8 hingga 12 Jun 2011. Seramai 70 orang dari seluruh Malaysia telah terpilih untuk mengikuti bengkel HDF. Bengkel HDF ini akan menapis semua peserta dari segi pengurusan masa, disiplin, kesungguhan dan personaliti. Pada akhir program tersebut, 20 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk biasiswa HDF. Setiap penerima biasiswa HDF akan mendapat pembiayaan pendidikan disamping elaun tempat tinggal dan makanan selama tempoh belajar mereka.

menunggu di check point Puduraya

bersama anak-anak ASDAF

Bersama kita doakan agar anak-anak ASDAF ini terpilih sebagai penerima biasiswa HDF.

Muhammad bin Kamarulazizi

Persediaan Projek Fun For Food

Menjelang bulan Ramadhan yang hanya tinggal sebulan setengah lagi, pejabat Muslim Aid kini sedang sibuk merancang program-program untuk bulan Ramadhan seperti Fast 2 Feed dan Ramadhan Appeal dan projek terbaru Fund For Food (3F). Projek baru ini adalah bagi menyambut kedatangan Ramadhan yang akan dilaksanakan di Pasar Fama Stadium Shah Alam. Projek 3F akan menampilkan rakan Muslim Aid iaitu chef selebriti iaitu Chef Zam yang akan menyediakan bubur lambuk dan bekas chef dan kini seorang Ustaz, Ustaz Hashim dari Madrasah Hashimiah yang akan menyediakan buburma (bubur Burma). Projek 3F ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi mengumpul dana bagi program-program di bulan Ramadhan dan setiap penyumbang dapat menikmati bubur lambuk Chef Zam dan buburma Ustaz Hashim.

bersama anak-anak Madrasah Hashimiah, Selayang

Program amal ini akan berlangsung di Pasar Fama Stadium Shah Alam pada 3 Julai 2011 bermula jam 7 pagi hingga ke 11.30 tengahari. Muslim Aid mengalu-alukan sukarelawan untuk turut serta serta para dermawan untuk menyumbang bagi menjayakan program 3F ini. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Nadhirah atau Farihah atau Marliyana) atau email di support@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, June 7, 2011

Ziarah Kampung Orang Asli Tementong, Lipis


Tarikh: 4-5 Jun 2011
Lokasi: Kampung Tementong, Kuala Lipis, Pahang
Program: Program ziarah kampung Orang Asli

Pasukan sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) bersama Persatuan Muslimah TTDI Jaya dan Asrama Darul Falah (ASDAF) telah menganjurkan program ziarah kampung orang asli di Tementong, Kuala Lipis. Objektif ziarah ini adalah untuk mengenal masyarakat orang asli dengan lebih dekat dan proses untuk membantu pendidikan anak-anak ASDAF yang juga terdiri daripada masyarakat orang asli.

program ramah mesra bersama masyarakat orang asli

bersama masyarakat orang asli selepas Magrib

anak-anak orang asli yang ceria

pasukan sukarelawan menyediakan makanan untuk makan malam

mandi singai

Program pendidikan Muslim Aid di ASDAF kini sudah masuk tahun ketiga, fokusnya untuk membantu mereka menyesuaikan diri di ASDAF disamping membantu mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna. Program ziarah ini sedikit sebanyak membantu pasukan sukarelawan untuk merancang program-program seterusnya di ASDAF.

Program ziarah kampung orang asli ini akan diteruskan pada bulan Julai ini dan info berkenaan ziarah tersebut akan dikemaskini dalam tempoh terdekat. Pada yang berminat untuk sertai atau ingin menyalurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat ASDAF di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Kelas Cupcake untuk Ibu Tunggal anjuran bersama PITI

Lokasi: Gombak
Tarikh: 5 Jun 2011
Program: Kelas Cupcake untuk warga ibu tunggal
Anjuran bersama: Persatuan Ibu Tunggal Islam Selangor (PITI)

Alhamdulillah, baru-baru ini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Islam Selangor (PITI) telah mengadakan kelas membuat kek cawan atau lebih dikenali sebagai cupcake. Kelas cupcake ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga ibu tunggal mempelajari cara-cara membuat cupcake yang dapat dijadikan sumber pendapatan mereka.


peserta bersama sijil Muslim Aid

cupcake yang hampir siap

resipi yang digunakan

peserta bersama cupcake yang siap

Pejabat Muslim Aid akan memperbanyakkan lagi program-program yang melibatkan skil untuk membantu warga ibu tunggal memperoleh pendapatan sendiri bagi menampung keperluan keluarga mereka. Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan tenaga pengajar serta individu-indivdu yang telah menaja bahan mentah bagi menjayakan program ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...