Lokasi: Madrasah Hashimiah
Tarikh: 1 Ogos 2010
Seminggu lagi sebelum ketibaan Ramadhan, Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin Rohingya dan Myanmar Muslim telah mengadakan majlis penyampaian hadiah sebagai penghargaan kepada anak-anak ini dalam bidang akademik dan tahfiz. Saya bersama Rahman dan Mubin sebagai wakil dari Muslim Aid datang untuk memeriahkan majlis ini sekali. Salah seorang penghuni Madrasah Hashimiah ini, adik Anuar yang hanya berumur 13 tahun telah berjaya mendapat gelaran Hafiz selepas tamat menghafal 30 juzu Al-Quran.
Lebih 400 orang hadir untuk majlis penyampaian hadiah tersebut yang telah bermula jam 10 pagi dan selesai jam1 tengahari. Kini pengajian di Madrasah Hashimiah sudah tamat dan anak-anak di sini diberi cuti selama seminggu sebelum memulakan pengajian yang baru yang akan bermula di bulan Ramadhan.

Kepada pembaca blog yang ingin menaja anak-anak yatim dan miskin di Madrasah Hashimiah untuk berbuka puasa, boleh lakukannya melalui Muslim Aid (03-22881996) atau terus ke Madrasah Hashimiah dan bertemu dengan Ustaz Hashim (019-2621671). RM200 dapat memberi makan kepada 100 kominiti pelarian termasuk anak-anak yatim dan miskin di Madrasah Hashimiah. Mereka akan dijamu bubur istimewa yang diperbuat daripada pelbagai jenis kacang dan daging. Atau pilihan lain boleh sertai program Fast 2 Feed dimana pembaca blog berpeluang untuk menaja anak-anak yatim dan miskin Madrasah Hashimiah berbuka puasa yang akan diadakan di dewan Al-Malik Faisal, UIA kampus PJ.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment