Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Ogos 2010
Program: Fast 2 Feed 2010 episod 1
Alhamdulillah selesai program Fast 2 Feed episod 1 di ASDAF dengan kehadiran para penaja hampir 50 orang. Program bermula jam 6, dan ketibaan penaja disambut oleh anak-anak ASDAF. Program tahunan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana promosi hanya dilakukan melalui Facebook dan email. Juadah ringan disediakan semasa berbuka puasa dengan kurma, kuih, bubur lambuk dan murtabak dan diteruskan dengan solat Magrib berjemaah. Selepas solat Magrib, jamuan berbuka dihidangkan secara buffet dan antara lauk-lauknya seperti ayam masak merah, udang sambal, pucuk paku dan tempe.
Program Fast 2 Feed ini memberi peluang kepada penaja-penaja untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa dan solat bersama anak-anak yatim dan miskin ASDAF disamping dapat berkenalan dan mengeratkan ukhwah dengan mereka.
Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai dan penderma yang telah bersama memberi kepercayaan dan sokongan dalam menjayakan program Fast 2 Feed ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.
Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai dan penderma yang telah bersama memberi kepercayaan dan sokongan dalam menjayakan program Fast 2 Feed ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.
Seperti sebuah hadis Rasulullah mengatakan
siapa yang memberi makan pada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikit pun (riwayat Tirmizi, no 812)
Program Fast 2 Feed seterusnya ialah di UIA PJ dan kali ini anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim akan dirai bersama. Dijangka lebih 100 orang penaja akan turut serta untuk memeriahkan program Fast 2 Feed 2010.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment