Hari ini saya dikunjungi seorang tetamu yang merupakan OKU saraf iaitu en Zulkarnain bersama ibunya Makcik Rasidah. en Zul telah datang dari Cheras dan menyatakan hasratnya untuk membuat bisnes kuih raya demi menampung pendapatan dirinya dan ibunya sendiri. Ibunya makcik Rasidah mahir membuat kuih raya tradisional yang menggunakan resepi orang lama seperti kuih tart, makmur, dahlia dan kuih bangkit kacang. Dua anak beranak ini mempunyai masalah kesihatan dimana en Zul mengidap penyakit saraf dan buah pinggang manakala ibunya pula mengalami sakit lutut yang membuatnya terpaksa berjalan dengan tongkat.
Ibunya mendapat bantuan daripada pihak JKM manakala en Zul sendiri mendapat bantuan dialisis dari pihak Baitulmal. Bantuan kewangan yang diterima oleh ibunya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatannya. Kini ibunya amat memerlukan bantuan perubatan sebanyak RM1400 untuk melakukan suntikan pada lututnya agar dapat pulih sepenuhnya dan memudahkannya untuk melakukan bisnes kecilan membuat kuih raya.

Pada pembaca blog yang dapat berkongsi rezeki, boleh salurkan sumbangan kepada ibu en Zul, makcik Rasidah bagi rawatan suntikan pada lututnya melalui akaun Muslim Aid di CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sebarang jumlah sumbangan diterima dan sila sertakan sekali nama penuh anda, alamat rumah nombor telefon dan kaedah pembayaran kepada saya di muhammad@muslimaidasia.com dan nyatakan sumbangan tersebut adalah untuk bantuan perubatan makcik Rasidah. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban makcik Rasidah dan anaknya, en Zul.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment