About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, February 7, 2010

Latihan Futsal Team Rohingya


Selepas program gotong-royong di ASDAF, saya terus ke Hutan Lipur Kanching untuk bersama dengan anak-anak pelarian Rohingya yang berkelah di sana. Sesi petang ini sememangnya sebagai persediaan untuk pertandingan futsal amal Siti Khadijah yang akan berlangsung di Futsal Frenzy Shah Alam 13 Mac 2010.

Latihan asas dan pemilihan pemain dijalankan untuk menentukan pemain terbaik untuk pasukan Rohingya. Perlawanan persahabatan juga diadakan menentang pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob (SMKDIY), yang kebetulan berada di situ. Keputusan berakhir dengan 4-4.

Latihan futsal akan diteruskan lagi setiap petang dan akan dilatih oleh saudara Rahman. Ustaz Hashim sebagai pengetua Madrasah Hashimiah mengucapkan terima kasih kepada penderma Muslim Aid yang telah menyumbangkan beberapa buah bola sepak untuk kegunaan latihan futsal mereka.

sesi bergambar pasukan Rohingya dan pelajar dari SMKDIY

ketika perlawanan persahabatan berlangsung

Muhammad bin Kamarulazizi

2 comments:

salam..ko pi tak ajak aku mad...ni nak nangis ni...huhuhu....

wslm, sori man..
kelam kabut ckit smalam...
tak teringat plak...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...