About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, February 2, 2010

Rohingya di Butterworth


Bertempat di Kampung Bagan Dalam, Butterworth, saya bersama sukarelawan Muslim Aid pergi meninjau lokasi projek untuk kelas Bahasa Melayu bagi pelarian Rohingya. Sukarelawan seramai 5 orang dari Institut Perguruan Pulau Pinang ini akan menjadi guru-guru kepada anak-anak pelarian Rohingya ini. 30 anak pelarian Rohingya telah dipilih untuk mengikuti kelas pertama anjuram Muslim Aid dengan kerjasama dari pihak UNHCR.

Kedatangan kami disambut oleh en Sabri dan en Nurul Islam yang merupakan antara individu Rohingya yang berpengaruh di Kampung Bagan Dalam. En Azmi yang merupakan orang Melayu tempatan turut bersama kami untuk menjayakan program kelas bahasa ini.

lokasi kelas Bahasa Melayu

bersama warga Rohingya, Butterworth

sukarelawan dan wakil UNHCR bersama anak-anak Rohingya

anak-anak Rohingya yang akan belajar Bahasa Melayu

pemberian daging qurban kepada anak-anak Rohingya

sukarelawan bersama anak-anak Rohingya

Pihak UNCHR juga turut hadir untuk melihat keadaan kelas dan juga telah menemuramah sukarelawan Muslim Aid dan juga wakil-wakil dari pelarian Rohingya. Kini kertas kerja untuk kelas Bahasa Melayu sedang diproses oleh UNHCR dan insyaAllah projek ini akan bermula bulan March. Dengan adanya kelas Bahasa Melayu ini diharap dapat memudahkan golongan Rohingya ini untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan ini dapat membuka peluang kepada mereka untuk menaikkan taraf hidup mereka. Sama-sama kita doakan agar projek ini berjaya.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...