About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, September 9, 2009

Sumbangan Bantuan Makanan untuk warga Rohingya


Alhamdulillah, hari ini salah seorang sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, En Hanif telah bersama saya ke Rumah Anak Yatim Rohingya Tahfiz Hashimiah di Selayang untuk menyampaikan sumbangan dalam bentuk beras, minyak masak, keperluan dapur, pakaian terpakai dan sedikit wang. Menurut Hanif, sumbangan tersebut merupakan amanah dari seorang rakannya di Arab Saudi yang ingin menyumbang sempena bulan Ramadhan ini. Pakaian terpakai tersebut pula telah disumbang oleh seorang penaja dari Singapura.

anak Rohingya tersenyum girang

ramai-ramai bekerjasama

ustaz Hashim bantu ukurkan pakaian terpakai pada anak-anak

Hanif bersama ustaz Hashim dan anak-anak Rohingya



Ketika kami tiba di rumah kebajikan ini, anak-anak Rohingya ini sedang berada dalam kelas. Kami 'terpaksa' meminjam mereka untuk bantu angkat barang-barang sumbangan. Ustaz Hashim (pengetua) telah memberitahu saya yang tajaan puasa di rumah tersebut sudah penuh ditaja dan Ustaz Hashim mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua yang telah menaja dan menyumbang.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...