About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, September 6, 2009

Iftar Bersama Pelarian Rohingya


Rumah Anak Yatim Tahfiz Rohingya ini antara rumah kebajikan kegemaran saya. Ketibaan saya jam 5.45 petang telah disambut oleh anak-anak Rohingya dengan wajah yang ceria sekali. Iftar di rumah kebajikan ini dihadiri bukan sahaja anak-anak Rohingya, malahan masyarakat Rohingya di sekitar Pasar Borong Selayang. Hampir 70 orang berbuka puasa sekali.

bubur daging yang sedap!

anak Rohingya bermain sementara menunggu berbuka puasa


Juadah berbuka ialah bubur daging. Menurut Ustaz Hashim (pengetua), bubur tersebut dibuat dari 5 jenis kacang dan dimasukkan daging sekali. Agak sedap selepas saya mencubanya! Rasa seperti bubur nasi dan agak pedas sedikit. Ustaz Hashim mengucapkan terima kasih kepada penderma yang telah menaja rumah kebajikan tersebut untuk berbuka puasa. Besar Rahmatnya dapat memberi makan kepada 50-70 anak yatim dan warga miskin di situ.

Ustaz Hashim juga telah menunjukkan jadual penajaan berbuka puasa di situ dan saya dapati masih ada lebih kurang 5 hari lagi untuk ditaja. Oleh yang demikian, pada pembaca blog, anda masih mempunyai peluang untuk menaja baki 5 hari tersebut dengan hanya RM150!Dengan RM150 ini, dapat memberi makan kepada 50-70 anak yatim dan warga miskin yang menyertai majlis berbuka puasa di rumah kebajikan tersebut. Pada yang berminat untuk menaja, anda boleh hubungi terus Ustaz Hashim di 0192621671

penaja dari Singapura bersama anak-anak Rohingya

Mubin bersama anak Rohingya



kurma dan garam

Amir menunjukkan video bersama anak-anak Rohingya

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...