About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, September 30, 2009

Ramadhan Food Aid Tour III


Alhamdulillah, tiga lagi kawasan di Pulau Pinang telah menerima sumbangan food aid hasil sumbangan dan fidyah orang ramai kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Program ini telah meliputi kawasan di Permatang Pasir, Penanti dan Batu Maung di Pulau Pinang dan juga Serdang di Kedah. Sukarelawan dari Gabungan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang (GEMADA) telah berperanan untuk mengagihkan bantuan makanan serta daging Qurban For Life (Q4L) kepada masyarakat fakir dan miskin di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

Kelab GEMADA bersama penerima sumbangan

sumbangan disampaikan

sumbangan food aid


Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Thursday, September 17, 2009

Salam Eidulfitri, Maaf Zahir Batin!


Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan Food Aid Tour II

Alhamdulillah, hari ini lebih 30 keluarga miskin dan golongan ibu tunggal diberi bantuan food aid dan sedikit wang sempena Ramadhan Food Aid Tour anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Kali ini di lokasi Sungai Ara Pulau Pinang dengan kerjasama JKKK Sg Ara. Pihak JKKK Sg Ara yang dipengerusi oleh Encik Zainudin Hanif telah menaja warga penerima sumbangan untuk berbuka puasa, kemudian disusuli dengan pemberian bungkusan food aid dan wang oleh Muslim Aid.

sumbangan untuk mereka yang tidak berkemampuan


duit raya dihulurkan

bersama En Hazril Hassan

bersama JKKK Sg Ara, Mr Tan Boon Hoe, Mr Gooi Seeng Lok, En Zainudin Hanif dan Ms Janet

Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program Ramadhan Food Aid ini terutama sekali En Hazril Hassan, seorang aktivis yang aktif di Sungai Ara, Encik Zainudin Hanif pengerusi JKKK Sg Ara, ahli-ahli JKKK yang lain serta dermawan serta orang ramai yang telah menyumbang melalui Muslim Aid. Bantuan food aid ini merupakan hasil dari kutipan fidyah dan sumbangan orang ramai di bulan Ramadhan kepada Muslim Aid.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan Food Aid Tour


Alhamdulillah hari ini selesai Ramadhan Food Aid Tour anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) di kawasan Sungai Dua Pulau Pinang. Sehingga kini, hampir 50 buah rumah atau keluarga telah mendapat sumbangan Food Aid di sekitar Pulau Pinang yang berupa keperluan asas dan sedikit wang tunai sempena bulan mulia ini.

persediaan membungkus food aid di masjid Sg Dua, Pulau Pinang

sumbangan dihulurkan

sumbangan untuk keluarga ibu tunggal

sumbangan untuk keluarga ibu tunggal
Ustaz Zainol yang membawa kami ke rumah-rumah keluarga miskin

bersama Ustaz Zainol

Pihak Muslim Aid mengucapkan terima kasih juga kepada karyah Masjid Sungai Dua terutama sekali Ustaz Zainol dan juga En Hadi yang telah banyak membantu dalam pengagihan sumbangan kepada keluarga fakir dan miskin. Sumbangan yang telah diterima ini merupakan hasil dari derma-derma bulan Ramadhan serta fidyah yang telah disalurkan kepada Muslim Aid sepanjang bulan ini. Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dariNya

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, September 14, 2009

Majlis Berbuka di Rumah Yakin Al-Wadi


Program Fast 2 Feed ke utara Tanah Air dan kali ini bertempat di Rumah Yakin Al-Wadi, Kupang Kedah. Rumah kebajikan yang menempatkan hampir 60 orang anak yatim piatu dan miskin ini diterajui oleh Ustaz Daud yang juga pengasas kepada rumah ini. Program iftar telah ditaja oleh kelab fotografer FMDC Northern Chapter yang telah menjadi penganjur utama bagi trip ini. Lebih 30 orang fotografer amatur dan profesional turut hadir.

menunggu berbuka puasa

anak-anak Yakin al-Wadi bersama daging Q4L

menikmati ais krim

Rumah Yakin Al-Wadi

anak-anak membantu mengangkat barangan food aid

bersama anak-anak Yakin Al-Wadi

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah memberi sumbangan food aid yang berbentuk beras, minyak masak serta keperluan dapur yang lain. Daging qurban for life (Q4L) juga telah diberikan kepada rumah kebajikan ini. Hasil sumbangan ini datang daripada sumbangan serta fidyah orang ramai kepada Muslim Aid pada bulan Ramadhan ini.

Muhammad bin Kamarulazizi Yayasan
Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia



Saturday, September 12, 2009

Fast 2 Feed dalam Utusan


Alhamdulillah, program Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mendapat cover di surat khabar utusan 10 September 2009 yang lepas!

Liputan di sini

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa Deleum Berhad bersama Asrama BaitulUmmah


Sebuah syarikat 'oil and gas' Deleum Berhad mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari BaitulUmmah di restoren Tupai-tupai semalam pada 10 September 2009. Hampir 80 orang hadir, 50 darinya dari Asrama BaitulUmmah dan selebihnya merupakan staf dari Deleum Berhad. Amee dan Yuzliza dari Deleum Berhad merupakan staf yang bertanggungjawab untuk majlis berbuka puasa ini. Pihak Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia juga telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Pihak Deleum berhad telah menyumbangkan sebuah peti sejuk beku untuk Asrama tersebut selain duit raya dan goodie bag untuk anak-anak BaitulUmmah.

anak-anak BaitulUmmah

bersama anak-anak Deleum Berhad

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Wednesday, September 9, 2009

Sumbangan Bantuan Makanan untuk warga Rohingya


Alhamdulillah, hari ini salah seorang sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, En Hanif telah bersama saya ke Rumah Anak Yatim Rohingya Tahfiz Hashimiah di Selayang untuk menyampaikan sumbangan dalam bentuk beras, minyak masak, keperluan dapur, pakaian terpakai dan sedikit wang. Menurut Hanif, sumbangan tersebut merupakan amanah dari seorang rakannya di Arab Saudi yang ingin menyumbang sempena bulan Ramadhan ini. Pakaian terpakai tersebut pula telah disumbang oleh seorang penaja dari Singapura.

anak Rohingya tersenyum girang

ramai-ramai bekerjasama

ustaz Hashim bantu ukurkan pakaian terpakai pada anak-anak

Hanif bersama ustaz Hashim dan anak-anak Rohingya



Ketika kami tiba di rumah kebajikan ini, anak-anak Rohingya ini sedang berada dalam kelas. Kami 'terpaksa' meminjam mereka untuk bantu angkat barang-barang sumbangan. Ustaz Hashim (pengetua) telah memberitahu saya yang tajaan puasa di rumah tersebut sudah penuh ditaja dan Ustaz Hashim mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua yang telah menaja dan menyumbang.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, September 8, 2009

Sumbangan kecil untuk Makcik Cleaner


Alhamdulillah, hari ini Muslim Aid tidak melupakan Makcik Cleaner yang juga merupakan golongan miskin di bandar, atau lebih dikenali sebagai 'urban poor'. Cik Azmira telah menyumbangkan beras, tin qurban dan sedikit duit raya untuk Makcik Halijah. Makcik Halijah yang sudah lebih lima tahun bekerja sebagai cleaner di bangunan Mutiara Bangsar ini mempunyai dua orang anak dan salah seorang anaknya dipercayai mengidap cerebral palsy. Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan bebannya, insyaAllah.

p/s lepas nih, jangan terlepas pandang makcik2 cleaner di tempat kerja kita, masih ramai yang hidup miskin dan memerlukan bantuan. ada rezeki lebih, bolehlah sumbangkan sikit pada diorang.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Sunday, September 6, 2009

Iftar Bersama Pelarian Rohingya


Rumah Anak Yatim Tahfiz Rohingya ini antara rumah kebajikan kegemaran saya. Ketibaan saya jam 5.45 petang telah disambut oleh anak-anak Rohingya dengan wajah yang ceria sekali. Iftar di rumah kebajikan ini dihadiri bukan sahaja anak-anak Rohingya, malahan masyarakat Rohingya di sekitar Pasar Borong Selayang. Hampir 70 orang berbuka puasa sekali.

bubur daging yang sedap!

anak Rohingya bermain sementara menunggu berbuka puasa


Juadah berbuka ialah bubur daging. Menurut Ustaz Hashim (pengetua), bubur tersebut dibuat dari 5 jenis kacang dan dimasukkan daging sekali. Agak sedap selepas saya mencubanya! Rasa seperti bubur nasi dan agak pedas sedikit. Ustaz Hashim mengucapkan terima kasih kepada penderma yang telah menaja rumah kebajikan tersebut untuk berbuka puasa. Besar Rahmatnya dapat memberi makan kepada 50-70 anak yatim dan warga miskin di situ.

Ustaz Hashim juga telah menunjukkan jadual penajaan berbuka puasa di situ dan saya dapati masih ada lebih kurang 5 hari lagi untuk ditaja. Oleh yang demikian, pada pembaca blog, anda masih mempunyai peluang untuk menaja baki 5 hari tersebut dengan hanya RM150!Dengan RM150 ini, dapat memberi makan kepada 50-70 anak yatim dan warga miskin yang menyertai majlis berbuka puasa di rumah kebajikan tersebut. Pada yang berminat untuk menaja, anda boleh hubungi terus Ustaz Hashim di 0192621671

penaja dari Singapura bersama anak-anak Rohingya

Mubin bersama anak Rohingya



kurma dan garam

Amir menunjukkan video bersama anak-anak Rohingya

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Saturday, September 5, 2009

Fast 2 Feed 1430/2009 Episod 2


Alhamdulillah Fast 2 Feed (F2F) Episod 2 telah selesai dengan jayanya bertempat di ASDAF. Hampir 50 orang penaja telah turut hadir untuk berbuka puasa bersama anak-anak ASDAF yang telah mereka taja. Program F2F kali ini juga telah mendapat penajaan dari katerer (Peja) yang telah menawarkan harga yang amat murah bagi program Ramadhan ini. Program Fast 2 Feed ini merupakan program tahunan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dimana orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim atau miskin dan berbuka sekali dengan mereka. Semoga dengan program sebegini dapat mengeratkan ukhwah dikalangan orang ramai dan anak-anak yatim/miskin ini.

Saipul dari Riders Malaya Community (RMC) bersama anak ASDAF yang ditajanya

majlis berbuka dibantu oleh Tuan Haji Rafie, ahli lembaga penasihat Muslim Aid

adik kepada salah seorang anak ASDAF

penaja dari Riders Malaya Community

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, September 4, 2009

Majlis Berbuka Puasa bersama MMC Berhad


Seperti tahun lepas, MMC Berhad telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di Muzium Kesenian Islam dan kali ini meraikan anak-anak yatim dan miskin dari Asrama Darul Falah ASDAF. Kira-kira 350 orang staff dari MMC Berhad telah hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia pula telah berperanan untuk memilih rumah kebajikan dan bagi tahun ini giliran ASDAF pula untuk bersama dengan MMC Berhad.

anak-anak staff MMC Berhad turut hadir

sesi bergambar bersama anak-anak ASDAF

anak ASDAF gembira dengan duit raya yang telah diterima

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...