About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, August 30, 2009

Fast 2 Feed 1430/2009 Episod 1


Alhamdulillah, Fast 2 Feed 1430/2009 episod 1 yang telah dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Perkim cawangan UIA Pusat Asasi PJ telah selesai di dewan Al-Malik Faisal UIA Pusat Asasi. Lebih dua ratus orang yang telah hadir termasuk anak-anak yatim/miskin dari ASDAF dan Rumah Anak Yatim Rohingya Hashimiah, penaja-penaja dan sukarelawan dari Perkim Pusat Asasi UIA.



penaja bersama anak-anak Rohingya

Tuan Haji Rafie ahli panel penasihat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

anak-anak Rohingya

sebelum berbuka

InsyaAllah pasti ramai yang akan menanti untuk F2F episod 2 di ASDAF pada 5hb September ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Saturday, August 29, 2009

Ziarah ke Baitul Ummah


Jumaat lepas sehari sebelum program Fast 2 Feed, saya bersama wakil dari Deleum Berhad sempat melawat asrama Baitul Ummah yang terletak di Setapak. Ketibaan kami disambut oleh pengetua asrama tersebut iaitu Ustaz Rahman. Asrama Baitul Ummah ini menempatkan anak-anak yatim dan miskin serta anak-anak muallaf. Menurut Ustaz Rahman, hampir 200 orang golongan asnaf menetap di beberapa buah rumah kebajikan dibawah penjagaan Baitul Ummah. InsyaAllah sebuah majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan akan diadakan pada 10 September 2009 di restoren Tupai-tupai.





Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, August 27, 2009

Roti tuna dan Vitamin C


Dua hari lepas saya bermalam di ASDAF, kebetulan dengan musim cuti sekolah sekarang. Asrama anak-anak ASDAF ini mengenang saya semasa tinggal di asrama masa zakam pelajar sekolah dahulu. Selepas tarawih dan bertadarus, anak-anak ASDAF akan lakukan aktiviti masing-masing seperti menonton televisyen dan bermain catur. Anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan pula membuat ulang kaji dan latih tubi.

vitamin C selepas bertadarus


menikmati roti dan tuna beramai-ramai

Selepas bertadarus, saya berikan vitamin C kepada mereka. Terima kasih kepada seorang insan yang telah menaja vitamin C untuk anak-anak ini. Dari beri gula-gula, baik beri vitamin C! Kami berbual-bual sehingga jam 2 pagi sambil makan ringan roti dan tuna beramai-ramai.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, August 25, 2009

Pak Razak taja anak-anak ASDAF


Semalam selepas saya mengajar anak-anak ASDAF darjah enam untuk persediaan UPSR, saya telah dijemput sekali oleh Pak Razak (salah seorang AJK ASDAF) untuk berbuka puasa sekali. Majlis iftar ASDAF kali ini ditaja oleh Pak Razak sendiri dan telah diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA). Makanan amat mewah dan enak seperti ketam goreng, kambing golek, koey tiow, nasi ayam dan ayam goreng.

Sarah dan Asrol

Pak Razak yang berbaju perang

Selepas selesai berbuka, saya bersama anak-anak ASDAF terus pulang ke ASDAF untuk solat tarawih dan bertadarus. InsyaAllah malam ini saya akan bermalam di ASDAF.

Jeffri sabar menunggu masa berbuka

semua bersedia untuk berbuka

semua bersedia untuk berbuka

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, August 21, 2009

Kak Norehan ditemuramah


Semalam saya bersama Kak Kusyi dan suaminya Abg Zul dan Mubin telah melawat keluarga Kak Norehan di Batu 8 1/2 Gombak. Kali ini Kak Kusyi yang juga penulis novel kanak-kanak ingin mengorek pengalaman Kak Norehan ketika Abg Zul (suami Kak Norehan) mengidap strok kira-kira sepuluh tahun dahulu. Pengalaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini dikongsi bersama kerana Kak Kusyi akan mengeluarkan sebuah artikel tentang ketabahan Kak Norehan menjadi ketua keluarga dalam majalah Jelita keluaran akan datang. Abg Zul yang ketika dulu mengalami strok separuh badan membuatkan Kak Norehan terpaksa mengambil alih tanggungjawab keluarga. Mereka telah dikurniakan lima orang anak dan kini semuanya sedang bersekolah.

Kak Norehan sekeluarga bersama Kak Kusyi, Abg Zul dan Mubin

Pembaca blog boleh mendapatkan kisah tentang keluarga Kak Norehan di majalah Jelita akan datang! Semoga pengamalan Kak Norehan ini dapat memberi semangat baru kepada golongan ibu-ibu tunggal serta ibu yang terpaksa menjadi ketua keluarga.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, August 19, 2009

Adik Firdaus akan operate matanya


Semalam saya menerima panggilan dari En Fadil, mengatakan yang anaknya Firdaus (4 tahun) bakal menjalani pembedahan mata. En Fadil yang keluarganya mengalami masalah penglihatan ini telah mendapat tajaan pembedahan secara percuma oleh Klinik Shukri & Hardeep Specialist Eye Center di Jalan Ipoh. Kos pembedahan hampir RM10 ribu dan kini memerlukan lagi RM2160. Kata En Fadil, RM2160 itu merupakan kos untuk pakar bius yang tidak dapat ditanggung oleh doktor itu sendiri. Tarikh untuk pembedahan ini akan dijalankan pada 1 Oktober 2009 jam 2 petang di Klinik Shukri & Hardeep Specialist Eye Center.

Saya sempat bertanya, ada cuba mohon bantuan dari pusat zakat atau Baitulmal. Katanya ada, tetapi prosedur dari institusi ini memerlukan golongan asnaf untuk membuat rawatan hanya di hospital kerajaan. Disebabkan anak En Fadil bakal menjalankan di klinik swasta, maka ini menjadikan mereka tidak layak untuk menerima bantuan dari pusat zakat atau Baitulmal.

Oleh yang demikian, kepada insan-insan di luar sana, yang ingin menyalurkan bantuan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, bolehlah hubungi terus En Fadil di 0173344561 atau saya sendiri di 012-3377195. Semoga dengan pembedahan mata si anak kecil Firdaus ini, dapatlah penaja atau penderma menikmati ganjaran di akhirat sepanjang hayat Firdaus, insyaAllah.

info lanjut tentang keluarga En Fadil
http://www.donateforummah.com/search/label/OKU%20penglihatan

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, August 13, 2009

Demam Melanda ASDAF


Demam telah melanda anak-anak ASDAF. Ramai yang tidak sihat, dan sehingga semalam, lapan orang telah demam dan tidak dapat hadir ke sekolah. Apa yang saya khuatiri ialah musim sekarang dengan penyebaran wabak H1N1 bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Pak Karim (warden ASDAF) memberitahu saya, Hospital Besar Kuala Lumpur sesak dengan pesakit, dan hampir setiap hari mereka terpaksa menghantar anak-anak ASDAF ini untuk dirawat di sana. Biasanya Pak Karim akan menghantar mereka jam 8.30 malam dan pulang ke asrama jam 1 pagi.

Khaterina menuggu giliran di klinik

bersama Pak Karim

Malam tadi juga saya sempat mengikut Pak Karim untuk menghantar Katherina kerana demam. Tapi saya cadangkan untuk dihantarkan ke klinik dahulu, kerana risau dengan kesesakan di Hospital Besar. Alhamdulillah doktor di klinik tersebut telah memberi antibiotik serta ubat-ubat lain untuk Katherina. Walaupun perlu membayar sedikit, tetapi lebih berbaloi dari menunggu tempoh yang lama di Hospital Besar.

Pada pembaca-pembaca blog, sekiranya punya rezeki lebih, bolehlah anda sumbangkan vitamin C untuk anak-anak ASDAF ini. Sebelum ini sudah ada seorang dermawan yang telah menyumbang vitamin C, tetapi kini sudah habis. Pada yang ingin menyumbang, boleh hubungi saya terus di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, August 12, 2009

Majlis Kesyukuran Muslim Aid


Alhamdulillah majlis kesyukuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia berjalan dengan lancar semalam. Lebih 200 orang telah hadir yang terdiri daripada penyumbang dan sukarelawan telah hadir bersama lebih 100 orang anak yatim dan miskin dari ASDAF, Rumah Anak Yatim Rohingya Hashimiah dan Rumah Titian Kaseh telah hadir memeriahkan majlis kesyukuran ini. Majlis ini telah diadakan di Masjid Negara di Dewan Syarahan Utama bermula jam 6.30 petang. Program telah diikuti dengan solat Magrib berjemaah, ceramah dan bacaan Yasin, disusuli pula dengan solat Isya berjemaah dan seterusnya jamuan makan.

sukarelawan bersama anak-anak pelarian Rohingya

dermawan bersama anak-anak ASDAF

mira bersama Ehsan

bersama pengetua Rumah Anak Yatim Rohingya Hashimiah, Ustaz Hashim

Mas bersama anak-anak ASDAF

Rizal bersama anak-anak pelarian Rohingya

Puan Zaini bersama anak-anak ASDAF

anak-anak pelarian Rohingya

Ramai yang telah memberi sumbangan dan telah mengisi borang sukarelawan Muslim Aid. Para dermawan berpeluang untuk solat berjemaah dan menikmati jamuan bersama anak-anak yatim dan miskin ini serta mengambil gambar bersama. Anak-anak yatim dan miskin serta anak-anak pelarian Rohingya kelihatan gembira apabila dapat bersama dengan dermawan dan sukarelawan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, August 4, 2009

Majlis Kesyukuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Assalamualaikum semua,

Pihak Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan mengadakan sebuah Majlis Kesyukuran di Masjid Negara. Berikut adalah butirannya

Majlis : Doa Selamat dan Kesyukuran
Tarikh : 11 Ogos 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Masa : 6.30 petang – 9.30 malam

Tentatif
6:30 – 7:15 Ketibaan jemputan dan pendaftaran di Dewan Syarahan
7:15 – 7.35 Jemputan beredar ke Ruang Sembahyang Utama
Sembahyang Maghrib berjemaah
7:35 – 7:45 Syarahan pendek – Bersedekah Dari Perspektif Islam
7:45 – 7:50 Pengenalan organisasi oleh Pengarah YKMAM
7:50 – 7:55 Doa untuk YKMAM
7:55 – 8:20 Bacaan Yaasin beramai-ramai
8:20 – 8:40 Sembahyang Isyak berjemaah
8:40 – 9:30 Jemputan beredar ke Dewan Syarahan
Makan Malam (buffet)
9:30 Majlis Tamat

Anda semua dijemput untuk menghadiri ke majlis kesyukuran ini. Kepada yang berminat untuk sertai, anda boleh hubungi 03-2288 1996 untuk pengesahan kehadiran.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengurus Dana dan Pemasaran
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Sunday, August 2, 2009

Rezeki yang tidak Ternilai


Alhamdulillah kini isteriku telah selamat lahirkan seorang anak lelaki, yg kami berikan nama Muhammad Ali. Muhammad Ali dilahirkan pada 29 Julai 2009 jam 10.26 malam di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Saya juga masih bercuti sehingga 9 Ogos 2009.

Info lanjut mengenai Ali di sini
http://matasurajr.blogspot.com/

Muhammad bin Kamarulazizi
Seorang bapa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...