About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, July 28, 2009

Anak pokok Timun Jepun


Sambungan kitchen garden di rumah
Selepas pulang dari hospital, saya terus lihat benih yang telah ditanam Sabtu lepas. Bekas timun jepun sudah mula mengeluarkan anak pokok, manakala terung dan bendi masih belum menghasilkan anak pokok. Ada pula kesan pijak saiz ibu jari kat salah sebuah bekas, dipercayai dipijak oleh kucing. Harap tidak memberi kesan kepada benih yang telah ditanam.

dalam banyak-banyak biji, cuma satu saja anak pokok terhasil

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, July 27, 2009

ASDAF dalam Majalah Anis Ogos 2009


Asrama Darul Falah atau kita kenali sebagai ASDAF telah mendapat liputan di dalam majalah Anis keluaran Ogos 2009. Sepuluh muka surat tentang ASDAF telah diceritakan dalam pelbagai aspek seperti keadaan asramanya, aktiviti yang dijalankan serta sukarelawan. Projek Kitchen Garden anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) juga disentuh dalam majalah tersebut. Pendedahan sebegini dapat memberi peluang kepada pembaca Anis serta orang ramai menyelami tentang kehidupan seharian sebuah asrama kebajikan. Saya mewakili Muslim Aid serta sukarelawan di ASDAF mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis novel terkenal Ummu Hani dan Mas kerana telah memberi liputan mengenai ASDAF ini.

pelbagai kisah tentang ASDAF dimuatkan dalam majalah Anis Ogos 2009

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Saturday, July 25, 2009

Kitchen Garden di Rumah


Dua minggu saya di kampung, di Pulau Pinang bercuti sempena isteri saya yang bakal bersalin dalam tempoh terdekat ini. Dalam tempoh dua minggu ini, saya lebih banyak mengadap laptop untuk promosikan program Ramadhan Fast 2 Feed (F2F). Alhamdulillah F2F mendapat sambutan yang baik. Sudah ramai anak-anak yatim dan miskin dari ASDAF dan pelarian Rohingya sudah ditaja dan lebih ramai lagi akan ditaja menjelang hujung bulan ini, insyaAllah.

bekas botol yang telah dikerat dua untuk semaian

tanah hitam diisi didalam bekas telur dan botol air mineral yang dikerat dua

Sudah seminggu saya di rumah, ibu saya mencadangkan untuk menanam 2 atau 3 jenis sayur di rumah. Ibu saya sememangnya peminat setia projek Kitchen Garden Muslim Aid, dan kali ini meminta saya melakukannya di rumah pula. Saya pun setuju, dan semasa ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur, saya sempat membeli benih, tanah hitam dan satu set peralatan untuk cucuk tanam. Di rumah saya sendiri sudah mempunyai beberapa jenis tanaman seperti limau kasturi, halia, daun pandan, dan pokok-pokok bunga yang diusahakan oleh ibu saya sendiri.

benih dicucuk ke dalam tanah sedalam satu inci

setiap bekas dilabel supaya dapat dibezakan dengan tanaman lain

Kali ini, saya telah memilih tiga jenis sayuran iaitu bendi, terung dan timun jepun. Untuk langkah pertama, saya telah menyemai benih ini dalam bekas telur dan botol mineral yang telah dikerat dua. Bekas tersebut diisi dengan tanah hitam dengan kemudian dilembabkan dan dicucuk benih ke dalam tanah tersebut. Bekas ini kemudiannya diletakkan di tapak yang redup untuk menunggu benihnya bercambah. InsyaAllah selepas benih ini bercambah, anak pokok akan dipindahkan ke atas tanah supaya ia dapat membesar. Dan pada masa inilah perlu dijaga air dan bajanya supaya dapa mengeluarkan hasil yang baik.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, July 18, 2009

Program Ramadhan Fast 2 Feed Kembali Lagi!


Sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan menganjurkan program amal untuk Ramadhan ini iaitu Fast 2 Feed (F2F). Seperti tahun lepas, orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim atau miskin untuk berbuka puasa bersama-sama. Tujuan utama F2F ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan berpeluang untuk bergaul dengan anak-anak yatim atau miskin. Istimewanya program F2F kali ini ialah anak-anak pelarian Rohingya juga akan dijemput sekali. Ini bermakna orang ramai bukan sahaja dapat menaja anak-anak yatim, malahan anak-anak yatim dan miskin dari kalangan pelarian Rohingya yang kurang mendapat perhatian dan amat terpinggir.

InsyaAllah lokasi berbuka puasa untuk kali ini akan diadakan di Dewan Al-Malik Faisal di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya dengan kerjasama dari kelab Perkim Pusat Asasi UIA. Dijangka program kali ini akan melibatkan hampir 150 orang anak-anak yatim dan miskin ini yang dari Asrama Darul Falah (ASDAF) dan pelarian Rohingya yang kebanyakan menetap di rumah kebajikan Rohingya di Selayang.

Sambutan dengan promosi tidak sampai seminggu ini amat menggalakkan dan sudah ramai anak-anak yatim dan miskin sudah ditaja. Kepada orang ramai diluar sana yang ingin merebut peluang ini, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-22881996. atau email saya di muhammad@muslimaidasia.com. Semoga dengan tajaan yang kecil ini dapat memberi makna yang besar kepada anak-anak istimewa ini dan mendapat berkat dariNya, insyaAllah.

layari blog Fast 2 Feed;
http://fast2feedmuslimaidasia.blogspot.com/

p/s program Fast 2 Feed tahun lepas di sini
Fast 2 Feed Episod 1
Fast 2 Feed Episod 2

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, July 14, 2009

Ziarah ke Rumah Kak Norehan


Ahad lepas saya telah berpeluang pergi melawat keluarga Kak Norehan dan Abg Zul. Saya mendapat tahu Fasihah (darjah 3) dan Ain (darjah 1) telah mendapat straight A untuk peperiksaan pertengahan tahun. Bersyukur sekali dengan keputusan tersebut. Anak-anak Kak Norehan ini pernah saya ajar tusyen bersama rakan-rakan ketika belajar di UIA dahulu. Kali ini, abg Zul telah meminta saya susunkan jadual belajar untuk anak-anaknya sebagai persediaan peperiksaan akhir tahun.

jadual belajar Fasihah

semua jadual ditampal ke dinding

InsyaAllah menjelang bulan puasa ini, saya merancang untuk membuat program berbuka puasa di rumah Kak Norehan. Pada yang ingin membayar fidyah atau menyumbang, boleh hubungi saya terus di 012-3377195.

Butiran Kak Norehan di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, July 11, 2009

Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009


Hari ini selesai Karnival Futsal Hidup Bola di Sport Planet Ampang. Kejohanan kali ini telah disertai hampir 90 pasukan untuk bawah 16 tahun dan bawah 12 tahun dari seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Saya membawa tiga pasukan ASDAF, dua dari bawah 16 tahun dan sebuah pasukan lagi dari bawah 12 tahun.

Team ASDAF C (bawah 12 tahun)

Team ASDAF B (bawah 16 tahun)

Kami tiba di Sport Planet Ampang jam 8.15 dan terus mendaftarkan pasukan. Setiap pemain diberi sehelai baju Milo Hidup Bola. Permainan selesai jam 5 petang. Semua pasukan ASDAF gagal melepasi peringkat kumpulan. Masing-masing tumpas dengan pasukan yang lebih hebat. Apa yang saya dapati, anak-anak ASDAF kurang bersedia dari segi mental, terutama sekali apabila melihat kehadiran hampir 90 pasukan dan juga penyokong yang telah membuatkan kompleks futsal tersebut sesak.
team A yang penat selepas perlawanan futsal

Namun demikian, karnival ini telah dapat memberi pendedahan serta peluang untuk anak-anak ASDAF bercampur dengan pelajar/pemain dari kawasan yang berbeza. Ini dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri disamping membantu mereka berkomunikasi dengan lebih baik. Terima kasih diucapkan kepada Izham, Alias, Ika dan sukarelawan lain yang telah datang untuk menjaga anak-anak ASDAF ini semasa pertandingan futsal dijalankan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Sunday, July 5, 2009

Latihan Futsal Bersama Team ASDAF


Lokasi: Futsal Sport Center, Seksyen 19, PJ
Tarikh: 5 Julai 2009
Masa: 10-12pm

Hari ini pasukan futsal ASDAF menjalani latihan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang terdiri daripada sukarelawan Muslim Aid dan pelajar-pelajar UIA PJ. Perlawanan persahabatan ini adalah untuk persediaan pasukan ASDAF yang akan bertanding dalam karnival futsal Milo Hidup Bola di Sport Planet Ampang minggu hadapan (11 Julai 2009). Jersi dan kasut futsal telah ditaja sebelum ini oleh Muslim Aid semasa pertandingan futsal antara rumah kebajikan Siti Khadijah yang telah berlangsung di Shah Alam.

Pasukan ASDAF C (under 12)

Pasukan ASDAF B (under 16)

pasukan ASDAF A (under 16) bersama sukarelawan Muslim Aid

penyokong dari ASDAF

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...