Hari ini kami sempat melawat Shah (RMC) di Hospital UKM (HUKM). Shah mengalami keretakan/patah di bahagian buku lali akibat kemalangan antara beliau yang menunggang motosikal dengan sebuah kereta yang telah menghimpitnya. Shah kini menunggu giliran dibedah untuk dimasukkan plate titanium. Saya sempat membawa skali anak-anak ASDAF untuk melawat Shah. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran anak-anak ASDAF ini, dapat memberi keceriaan kepada Shah.
Shah merupakan antara penaja kebanyakan program Muslim Aid Asia dan dia jugalah penaja program sarapan roti canai bersama anak-anak ASDAF yang insyaAllah tentatifnya pada 23 hb Ogos 2008 ini. Atas permintaan Shah, program sarapan roti canai bersama anak-anak ASDAF ini akan tetap diteruskan. Semoga Shah cepat sembuh, amin...
-Muhammad-
Darkrider @ RMC
-Muhammad-
Darkrider @ RMC
1 comments:
Salam
Wah, mesti best anak-anak ASDAF tu dapat jalan-jalan. Aku pun nak pi jalan-jalan..hehe
Post a Comment