Lokasi: Asrama Darul Falah
Tarikh: 21-22 Ogos 2008
Pada 21 dan 22 Ogos yang lepas pihak Latihan Kempimpinan Pelajar (LKP) ASDAF dan Muslim Aid Asia telah menganjurkan Kem Penghayatan Solat untuk anak-anak ASDAF. Kem ini bertujuan untuk memperbaiki serta mengajar anak-anak ASDAF ini cara untuk bersolat dengan betul. Penekanan telah diberikan dalam aspek cara pengambilan wudhu, pergerakan dan bacaan dalam solat, azan, iqamah dan sebagainya. Fasilitator terdiri daripada sukarelawan dari Universiti Malaya, Ustazah sekolah dan Ustaz dari ASDAF sendiri. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar, dan insyaAllah anak-anak ASDAF akan lebih berdisiplin dalam mengerjakan ibadah solat ini.
p/s selepas tamat Kem Penghayatan Solat, semua berpeluang berkelah ke Kolam Air Panas, Sg Klah, Sungkai. Gambar di sini!
-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengarah Program Kem Penghayatan Solat
0 comments:
Post a Comment