Logo rasmi Kutu Akhirat
Ramai yang bertanya apakah itu "KUTU
AKHIRAT" yang seringkali disebut akhir-akhir ini di kalangan
para sukarelawan Kindness Malaysia. Di bawah ini disediakan jawapan kepada
persoalan yang mungkin sedang berlegar dalam fikiran anda tentang Kutu Akhirat.
Q:Apa itu Kutu Akhirat?
A:Kutu Akhirat
merupakan konsep menderma (infak) wang ringgit setiap bulan yang disumbangkan
oleh orang ramai dengan jumlah yang kecil tetapi memberi impak yang besar.
Q:Siapa pemberi Kutu Akhirat?
A:Sesiapa jua yang ingin membantu mereka yang
memerlukan secara konsisten dalam jumlah yang kecil. Di Kindness Malaysia, kami
mewakilkan dua orang sukarelawan untuk menguruskan Kutu Akhirat
Q: Siapa penerima Kutu Akhirat?
A: Sesiapa jua yang memerlukan sama ada individu,
institusi, madrasah mahupun rumah kebajikan dan rumah anak-anak yatim, asnaf,
rumah orang-orang tua.
Q: Bagaimana dilaksanakan?
A: Derma dikutip melalui cash atau online banking
kepada satu akaun bank setiap bulan (renewal setiap 6 bulan) dan dikumpulkan
oleh person in charge yang digelar ibu/bapa kutu.
Q: Berapakah jumlah yang didermakan?
A: Paling minimum RM10 dan tiada had maksimum.
Q: Mengapa dilaksanakan?
A1: Bagi memastikan kos perbelanjaan bulanan
sesebuah institusi / individu yang dibantu
tidak putus
A2: Menggalakkan orang ramai menderma secara
konsisten
A3: Memberi peluang kepada orang ramai yang
berpendapatan rendah untuk sama-sama menjana saham akhirat
A4: Pendedahan kepada NGO dan masyarakat bahawa
kutu akhirat sebagai salah satu inovasi sosial dalam menyuntik dana dengan
menggunakan cara yang lebih teratur
Q: Bila perlu menggunakan Kutu Akhirat?
A: Derma digunakan ketika kecemasan dan bagi
menampung keperluan penerima
Sehingga hari ini, NGO Kindness Malaysia telah
membuka 3 Kutu Akhirat menggunakan whatsapp group sebagai medium utama
komunikasi untuk membantu Madrasah Hashimiah, Rumah Titian Kaseh KL (RTK) dan
Adik Jaafar (Anak pelarian muslim Myanmar
yang masih kecil, ayahnya sakit di hospital manakala keluarganya cukup
daif dan tidak dapat menampung perbelajaan seharian. Adik Jaafar mendapatkan
wang seharian dengan mengutip kotak dan menjual saki baki sayur di sekitar
pasar borong Selayang).
Buat masa ini, ahli kutu akhirat Madrasah Hashimiah
telah mencecah hampir 200 orang penderma manakala penderma untuk adik Jaafar
seramai 26 orang diikuti ahli kutu RTK seramai 20 orang. Kami menjangkakan
bilangan ahli kutu akhirat ini akan meningkat dari semasa ke semasa.
Diharapkan semua ahli dapat meneruskan derma ini
secara konsisten dan berterusan dan seterusnya mengajak orang lain untuk turut
sama menjadi ahli atau sekurang-kurangnya menyebarkan Kutu Akhirat ini supaya
boleh diikuti oleh orang lain.
Terima kasih kepada semua ahli Kutu Akhirat yang
pemurah, Pengerusi Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim serta seluruh wargakerja
dan anak-anak di madrasah yang memberi peluang kepada kami mengendalikan Kutu
Akhirat ini, Encik Muhammad selaku pengasas Kindness Malaysia yang memberi
kepercayaan penuh kepada kami melaksanakan amanah ini, saudara Fazlan yang
banyak membantu menguruskan hal-hal berkaitan kutu akhirat juga kepada
rakan-rakan sukarelawan Kindness Malaysia serta semua yang menyokong penuh perjalanan
Kutu Akhirat. Terima kasih juga kepada seluruh wargakerja RTK dan adik Jaafar
sekeluarga yang menyambut baik derma Kutu Akhirat ini.
Semoga kita sama-sama dapat menjana saham akhirat.
Semoga bermanfaat buat semua. Mohon doa semoga usaha ini dapat diteruskan &
disebarkan oleh semua dan jenama Kutu Akhirat ini mendapat tempat di hati
masyarakat.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli
kutu akhirat atau ingin mendalami bagaimana kutu akhirat ini dilaksanakan,
boleh email ke support@kindness.my atau boleh terus hubungi Iman (013-2900 246) atau Shahrizal (013-284 0838).
"Barangsiapa yang membantu menghilangkan satu
kesedihan (kesusahan) dari sebahagian banyak kesusahan orang mukmin ketika
didunia, maka Allah akan menghilangkan satu kesusahan (kesedihan) dari sekian
banyak kesusahan dirinya pada hari Kiamat kelak. Dan barangsiapa yang
memberikan kemudahan (membantu) kepada orang yang kesusahan, nescaya Allah akan
membantu memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Dan barangsiapa yang
menutup aib orang muslim , nescaya Allah akan menutup aibnya dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Allah akan selalu menolong seorang hamba selama dia gemar menolong
saudaranya" (HR. Muslim).
Terima kasih.
Projek Koordinator
Kutu Akhirat
Shahrizal Shawal
0 comments:
Post a Comment