About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, August 16, 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki. Mudahnya Melakukan Kebaikan


Mudahnya menjemput rezeki. Ramai yang tidak sedar atau boleh kata kurang yakin yang lebih banyak kita memberi, maka lebih banyak yang kita akan terima balik. Return of investment (ROI) ini boleh datang dengan sekelip mata, dalam bentuk wang Ringgit mahupun dalam bentuk yang lain. Dan seharusnya kita ingat pulangan yang diberikan itu bukan sahaja di dunia, malahan ganjaran yang kita nantikan ialah di akhirat kelak.

Lebih dua tahun bersama Kindness Malaysia, misi untuk sebarkan dan memberi inspirasi untuk lakukan kebaikan diteruskan sepanjang masa. Untuk lakukan kebaikan ini sebenarnya sangat mudah, dan tidak memerlukan kos yang besar atau masa yang banyak. Contohnya apabila kita bersarapan pagi di gerai, kita boleh bungkuskan nasi lemak dan teh tarik untuk makcik cleaner yang sedang melakukan tugas menyapu sampah. Kos pun kurang daripada RM5. Jika bajet kurang, boleh beli nasi lemak RM1, tetapi pastikan ada sudu plastik disertakan sekali untuk mudahkan penerima itu makan nanti.

bayarkan makanan mereka tanpa mereka ketahui siapa yang tolong bayarkan


Pemilihan jenis makanan untuk diberikan juga memainkan faktor yang penting. Untuk sarapan, kita mempunyai pilihan makanan seperti nasi lemak, roti canai, kuih muih dan juga mihun atau mee goreng. Kita tidak kisah untuk pilih makanan mana yang disukai, asalkan memenuhi selera masing-masing. Namun begitu, bagi golongan yang memerlukan seperti warga miskin bandar, makanan yang cepat kenyang menjadi keutamaan. Untuk sarapan pagi, nasi lemak atau roti canai menjadi pilihan jika dibandingkan dengan kuih muih. Bagi makan tengahari atau malam, makanan berasaskan nasi juga menjadi pilihan berbanding dengan makanan lain seperti bihun sup, laksa atau mee bandung.

Oleh yang demikian, apabila kita ingin mulakan aktiviti kebaikan, kita pilih makanan yang sesuai untuk mereka. Nasi lemak untuk sarapan pun sangat bagus. Nasi dengan ikan bilis, telur, kacang dan timun dan harga biasanya RM1.50 sebungkus. Lebih sedap jika ditambah dengan telur mata atau lauk lain tetapi bergantung kepada bajet masing-masing. Ya, di sini poket kindness akan mainkan peranan untuk digunakan bagi melakukan kebaikan tanpa risau dari gangguan bajet harian.

Akhir kata, sematkanlah dalam hati, setiap kebaikan, sedekah itu akan memberi pulangan yang sangat lumayan. Seperti yang diriwayatkan:

Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” ~ Hadis riwayat Ibnu Majah
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan setiap hari, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Saturday, August 15, 2015

Suspended Meal oleh Team Kindness Malaysia Cawangan Pahang




Tarikh: 15hb Aug 2015
Masa: 7.45 pagi
Projek: Suspended Meal-Nasi Lemak
Tempat: Bandar Pekan, Pahang

Kindness Malaysia cawangan Pahang atau lebih dikenali sebagai Team Khadim Wasilah telah mengadakan sati projek kebaikan yang sangat mudah. Projek dinamakan Suspended Meal Nasi Lemak. Tujuan projek ini adalah untuk menyebarkan kebaikan disamping menginspirasikan penduduk setempat bahawa kebaikan dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk, aktiviti mahu pun keadaan.

Projek bermula seawal jam 7.45 pagi dan nasi lemak yang dijual di gerai tepi jalan semua telah dibeli oleh team Khadim Wasilah. Nasi lemak ini kemudiannya diletakan label dan orang ramai yang mengunjung gerai tersebut boleh mengambil nasi lemak itu dengan percuma. Kebanyakan penduduk setempat agak terkejut dgn aktiviti yang dilakukan tetapi selepas diterangkan mereka menyambut baik perkara tersebut dan sangat berterima kasih serta memberi penghargaan kerana kebaikan seperti ini belum pernah dilakukan seumpanya di Pekan, Pahang.

peniaga dan orang ramai mendapat manfaat daripada Projek Suspended Meal 

pengunjung gerai yang gembira

jarang berlaku begini, menurut penerima suspended meal nasi lemak


Kami dari Team Khadim Wasilah berhasrat untuk mengembangkan aktiviti kebaikan lain di sekitar Pekan serta Kuantan dan seterusnya di negeri Pantai Timur yang lain di masa akan datang. Semoga dengan sokongan daripada semua pihak, kami akan sedaya upaya menyebarkan kebaikan untuk kesejahteraan masyarakat setempat.

Bagi yang berminat untuk turut serta, boleh hubungi Puan Ashira di 011-39118210 atau layari laman Facebook di Kindness #Team Khadim Wasilah.

Dari Semua Untuk Semua. Kindness Malaysia Cawangan Pahang, Team Khadim Wasilah.

Mendapat Liputan di Harian Metro 8 Ogos 2015


Ashira binti Abu Bakar
Projek Koordinator
Kindness Malaysia Cawangan Pahang
Team Khadim Wasilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...