About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, March 9, 2015

Projek 1990 Kembali Lagi di Taman Tasik Titiwangsa


8 Mac 2015 - Projek 1990 kembali lagi di Taman Tasik Titiwangsa dan kali ini pelbagai jenis makanan telah disediakan. Nasi lemak 30 sen, ais krim Malaysia 10 sen, sagon, belon tiub dan pulut mangga dikongsikan bersama dengan orang ramai di taman rekreasi yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Projek 1990 ini bertujuan untuk mengenang kembali zaman 90an dimana harga barang pada ketika itu masih murah. Nasi lemak boleh didapati dengan harga 30 sen. Kanak-kanak juga masih bermain dengan belon tiub yang kini hanya boleh didapati di kedai-kedai runcit.


ais krim Malaysia

sambutan hari lahir salah seorang direktor Kindness

penyediaan nasi lemak

sukarelawan mencuba belon dalam tiub

belon tiub

Aktiviti bermula jam 4 petang dengan lebih 30 sukarelawan terlibat. Setiap sukarelawan membawa makanan masing-masing untuk dikongsikan bersama. Orang ramai boleh mendapatkan nasi lemak dengan harga 30 sen dan ais krim Malaysia dengan harga 10 sen sahaja. Sambutan amat menggalakkan dan ramai orang seperti tidak percaya masih wujud lagi nasi lemak 30 sen. Seluruh kos projek 1990 ini datang dari poket Kindness sukarelawan serta sumbangan daripada orang ramai.

menikmati ais krim Malaysia
agihan kepada orang ramai

video Projek 1990 dengan lagu latar Dinamik - Di Antara Gadis

Pihak Kindness Dot My mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk projek kali ini. Kita berjumpa lagi di projek akan datang, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...