About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, March 23, 2015

Bengkel Negotiation and Body Language


Pada 14 Mac 2015 pihak Kindness Dot My telah menganjurkan Bengkel Perundingan dan Bahasa Tubuh. Bengkel ini berlangsung di pejabat Kindness.My, No 48-2 Jalan Bola Tampar, 13/14, seksyen 13, 40200 Shah Alam, Selangor. Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi yang dihadiri oleh 9 orang peserta. Peserta-peserta yang hadir terdiri di kalangan pelajar dan ada juga yang telah mempunyai kerjaya. Pada awal pagi ini bengkel telah berjalan dengan lancar.

Bengkel ini telah bermula dengan sesi perkenalan bersama perserta. Penutur untuk bengkel Perundingan dan Bahasa Tubuh ini adalah En. Muhammad Bin Kamarulazizi iaitu pengasas kindness.My sendiri yang sudi berkongsi ilmu bersama peserta.

Pada sesi yang pertama, peserta diajar bagaimana membaca bahasa tubuh manusia semasa perbincangan atau sewaktu melakukan perundingan. Bengkel ini adalah Asas Perundingan dan Bahasa Tubuh, jadi mendedahkan kepada peserta untuk mengetahui seseorang itu menipu atau tidak, mempunyai muslihat atau tidak, bersetuju atau tidak dengan idea atau cadangan yang kita lakukan melalui bahasa tubuh manusia. Contohnya melalui pergerakan anak mata, cara bersalaman, perlakuan yang dilakukan, dan senyuman yang terukir diwajah boleh jelas menunjukkan ekspresi seseorang itu.
Pada sesi yang kedua adalah cara perundingan. Perundingan adalah r
undingan antara dua pihak dengan tujuan mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Jadi pada awal sesi kedua pula peserta telah diuji dengan 1 aktiviti perundingan yang mana peraturan perundingan telah diberitahu terlabih dahulu dan juga peraturan yang dilakukan adalah tidak adil dan ada dikalangan peserta yang tidak menyedari mengenai peraturan tersebut.

Setalah aktiviti perundingan selesai dilakukan, barulah peserta di beritahu oleh penutur atau En. Muhammad bahawa jika perundingan yang dilakukan itu tidak adil maka jangan sesekali terlibat dengan perundingan tersebut kerana setelah terlibat sukar untuk mencari jalan keluar jika sudah tersepit dengan perundingan yang tidak adil itu.

Setelah selesai penerangan penutur telah melakukan 1 lagi aktiviti iaitu untuk melihat adakah peserta dapat melaksanakan apa yang telah diterangkan dan diajar ketika didalam bengkel tersebut. 

Setelah selesai aktiviti yang dijalankan sebelum bersurai, perserta diminta untuk berkongsi pandangan, pengalaman atau pendapatyang boleh dikongsikan dengan peserta-peserta lain, ini akan dijadikan ilmu tambahan kepada perserta yang lain untuk bekalan ketika diluar.

Muhammad Fikri Bin Tamizi
Pelajar Praktikal
Kindness Dot My

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...