About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, February 17, 2015

Persidangan Bencana Banjir Kelantan 2015


Kindness Dot My telah menerima jemputan dari pihak Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk turut serta dalam Persidangan Pengurusan Banjir Kelantan 2015. Persidangan ini telah berlangsung di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan pada 14-16 Februari 2015. Lebih 450 orang peserta dari pelbagai kepakaran telah hadir bagi memberi idea dan cadangan. Setiap input yang diterima akan dijadikan resolusi dan seterusnya dihantar kepada agensi-agensi yang berkaitan.

Team Kindness yang hadir

konsep Town Hall digunakan untuk percambahan idea dan resolusi

setiap meja akan mengumpulkan pakar dari bidang masing-masing

Kindness dijemput untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam pengurusan sukarelawan. Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini telah menyaksikan orang ramai mengambil peluang untuk menjadi sukarelawan bagi membantu  dari segi "man power" di kawasan bencana. Persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi adalah penting bagi setiap sukarelawan agar mereka tidak menjadi beban kepada orang lain semasa di lapangan.

Bersama dengan Pengarah JKM Pulau Pinang di majlis perasmian dan makan malam Persidangan Bencana Banjir Kelantan 2015

aktivti Kindness di persidangan


Lebih satu ribu resolusi telah dihasilkan dalam persidangan tiga hari ini. Antara agensi-agensi yang terlibat seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pakaian beruniform seperti PDRM, Bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pihak universiti seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta NGO seperti Yayasan Salam dan Mercy Malaysia.


Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Sunday, February 8, 2015

Projek Tauge Bersama Warga Madrasah Hashimiah


Sebuah lagi projek dari Kindness Dot My (Kindness) diadakan bersama anak-anak yatim dan miskin Madrasah Hashimiah. Aktiviti yang diberi nama Projek Tauge ini mengumpulkan seluruh anak murid Madrasah tentang penanaman sayur tauge. Bagi masyarakat setempat, kita sudah pasti biasa dengan projek tanaman tauge ini yang biasanya akan diajar semasa sekolah rendah. Team Kindness kali ini berkongsi kegembiraan dengan anak-anak Hashimiah dengan melihat progres dari sebutir kacang hijau sehingga menjadi tauge.

biji kacang hijau diletakkan dalam bekas tanah dan tisu basah

sukarelawan bersama anak-anak Hashimiah

dengan bekas tauge masing-masing
Untuk menghasilkan tauge, barang-barang terpakai seperti botol plastik digunakan. Kacang hijau yang telah direndam untuk 6 jam, kemudiannya akan dipindahkan kedalam botol yang berisi tisu atau tanah. Bekas itu dibiarkan sehingga empat hari, dan tauge sudah mula kelihatan. Bagi yang menanam kacang hijau di dalam tanah, tauge itu akan dibiarkan sehingga menjadi pokok kacang hijau. Jangkaannya, pokok kacang hijau akan mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga bulan.

tunggu untuk tiga ke empat hari lagi 

tauge yang terhasil selepas dua hari

meletakkan nama pada bekas

Setiap anak murid akan menjaga tauge masing-masing dan melihat sendiri tumbesaran tauge tersebut. Khasiat tauge juga dikongsikan bersama mereka dan antara khasiatnya ialah baik untuk jantung.

Kindness mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat berkongsi ilmu dengan anak-anak Hashimiah, InsyaAllah lebih banyak projek akan datang akan dilaksanakan dalam misi menyebarkan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

Cara menanam tauge
1. Kacang hijau direndam dalam air selama lima jam
2. Kacang hijau yang telah direndam disimpan dalam bekas tertutup beralas tisu yang lembab. Bekas ini disimpan ditempat yang gelap tanpa cahaya.
3. Air direnjis setiap 6 jam 
4. Dalam tempoh 4 atau 5 hari, tauge akan terhasil

Cara menanam pokok kacang hijau
1. Kacang hijau direndam dalam air selama lima jam.
2. Bekas botol plastik dipotong dan bahagian penutup dimasukkan tanah.
3. Kacang hijau yang telah direndamkan itu diletakkan atas tanah lembab dan ditekan sedalam setengah sentimeter.
4. Siram setiap hari pagi dan petang.
5. Dalam 3 ke 5 hari, tauge akan tumbuh
6. Dalam 10 hari, tunas pokok akan mula tumbuh
7. Dalam tempoh tiga bulan, pokok kacang hijau sudah mengeluarkan kacang hijau

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...