Bulan puasa tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Kami di Kindness.my sudah mula merangka beberapa projek untuk dijalankan sebelum dan semasa bulan puasa yang penuh barokah ini. Kita pun tahu orang ramai akan jadi lebih perihatin dan tidak kurang juga ramai yang suka menderma bagi mengejar ganjaran di kehidupan yang abadi.
Misi Kindness.my kali ini akan fokus kepada kempen "awareness". Misi asal Kindness.my ialah untuk menerap rasa ingin lakukan kebaikan secara berterusan dalam setiap diri manusia. Kita mahukan agar orang ramai sentiasa ingin lakukan kebaikan, tidak kira pada siapa atau dimana pun. Oleh yang demikian, berikut adalah antara program yang akan dijalan di bulan Ramadhan:
1- Projek Kurma
Perlaksanaan: Minggu pertama bulan puasa (antara 10-21 Julai 2013)
Lokasi: KL dan negeri-negeri lain
Projek Kurma Kindness.my yang telah ditaja oleh Heart & Sparks |
2- Projek Dari Hati
Pengumpulan Dana: Sebelum puasa (1 Jun - 10 Julai 2013)
Perlaksanaan: Sepanjang bulan puasa (10 Julai - 5 Ogos 2013)
Lokasi: Rumah-rumah kebajikan
Projek Dari Hati ini adalah inisiatif salah seorang sukarelawan Kindness.my dimana kami akan mengumpul dana untuk dapatkan telekung dan kain pelikat untuk warga penghuni rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur. Setakat ini, bajet bagi sepasang telekung dan kain pelikat ialah RM60 (RM30 untuk telekung dan RM30 untuk kain pelikat). Untuk fasa pertama, tiga buah rumah kebajikan telah dikenalpasti iaitu Asrama Darul Falah, Rumah Anak Yatim Perdana At-Taqwa dan sebuah rumah lagi masih sedang dikenalpasti. Fasa pertama ini akan mensasarkan 200 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin, warga ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.
3- Projek Singgit
Perlaksanaan: Sepanjang bulan puasa (10 Julai - 5 Ogos 2013)
Lokasi: Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain
Contoh yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat |
Projek Singgit ini diilhamkan dari kegiatan Random Act of Kindness di Amerika Syarikat. Caranya agak mudah sahaja tetapi memberi impak buat penerima manfaat tersebut. Team Kindness.my akan meletakkan RM1 di merata tempat seperti di rak kedai, mesin tiket parking, mesin air dan lain-lain tempat yang sesuai. RM1 itu akan disertakan dengan sebuah nota yang mengatakan, "To who ever found this, it is meant for you. A duit raya for the blessing month from Kindness.my". Maknanya RM1 adalah duit raya untuk anda! Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menyebarkan tentang kebaikan. RM1 nilainya mungkin kecil bagi kita, namun begitu ada yang apabila menerima hadiah kecil seperti ini, dapat menggembirakan hati seseorang dan menggalakkan penerima tersebut untuk melakukan kebaikan pula kepada orang lain.
4- Projek Parking 5 Kupang
Perlaksanaan sebelum bulan puasa ( dalam bulan Jun hingga awal Julai 2013)
Lokasi: Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain
gambar hiasan yang menujukkan mesin parking DBKL |
Projek Parking 5 Kupang ini juga telah diilhamkan oleh salah seorang sukarelawan Kindness.my. Kaedahnya ialah dimana team Kindness.my akan topup parking kenderaan yang telah tamat tempoh. Bagi sekitar Kuala Lumpur, tiket parking biasanya diletakkan di wiper kereta. Bagi mesin tiket DBKL, akan memerlukan nombor plate kereta. Dan ya, kami akan lakukan seperti itu. Kereta yang mempunyai tiket yang sudah tamat tempoh akan digantikan dengan tiket baru bernilai 50 sen yang dapat tambah lagi sejam untuk parking tersebut. Mesej yang akan ditinggalkan akan berbunyi seperti ini. "You've been spotted! Your parking has expired so we decided to topup 50 sen for you so that you won't get any summon from the authority. Have a good day!" Alhamdulillah, projek ini juga telah mendapat penaja dari beberapa orang individu. Kami sasarkan untuk luaskan projek ini ke negeri-negeri lain juga dan sukarelawan akan digalakkan untuk berkongsi gambar di laman Facebook Kindness.my.
Semua projek Kindness.my ini bertujuan untuk menyebarkan kebaikan. Melakukan kebaikan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kepada semua orang tidak kira latar belakang atau warna kulit.
"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui."~ al-Baqarah ayat 261Pada yang berminat untuk menyumbang dan perluaskan kebaikan ini, boleh hubungi saya terus di matt@kindness.my atau di 0123377195 (boleh whatsapp). Nyatakan sahaja mana-mana projek yang ingin ditaja dan berkenan di hati. Atau like di page Kindness.my sebagai tanda sokongan anda!
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment