About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, June 30, 2013

Kindness.my di Bukit Antarabangsa


Hari ini team Kindness.my berada di Bukit Antarabangsa Flea Market untuk menghebahkan tentang projek-projek akan datang terutama sekali Projek Dari Hati. Projek Dari Hati ini bertujuan untuk mengumpul dana atau mendapatkan telekung dan kain pelikat untuk anak-anak yatim dan miskin serta mereka yang memerlukan dari tiga buah rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur. Sambutan agak memberangsangkan apabila tajaan  menjangkau hampir 100 pasang telekung dan kain pelikat. Fokus kini untuk mendapatkan 150 pasang dan pengagihan akan bermula pada Syaaban atau awal Ramadhan kelak.

Sekitar Bukit Antarabangsa Flea Market

Poster Projek Hati

 Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi team Kindness.my di support@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, June 28, 2013

Projek 5kupang Parking oleh Kindness.my


Kami di Kindness.my sudah meneruskan projek yang terkini iaitu Projek 5kupang Parking. Projek ini ilham dari salah seorang sukarelawan yang ingin menyebar kebaikan melalui tiket parking kereta. Konsepnya ialah dengan "memburu" kereta yang sudah tamat tempoh parking dan kemudian meletakkan tiket yang baru. Kosnya pula hanya lima puluh sen yang dapat menggembirakan tuan punya kereta tersebut. Projek ini bermula di Bangsar dan merebak ke sekitar kawasan lain seperti Gombak dan Petaling Jaya. Lebih ramai sukarelawan akan terlibat untuk projek ini dengan matlamat mengajak orang lain untuk "spread the love".

mesin untuk belikan tiket parking 

salah seorang tuan kereta yang mendapat tiket baru

You've been spotted!

sukarelawan menjalankan misi
Ramai juga yang telah memuat naik gambar tiket dengan hashtag #kindnessmalaysia. Projek ini akan berterusan sehingga menjelang bulan Ramadhan, dan harapannya akan terus dilakukan oleh sesiapa sahaja, dimana sahaja. Lebih banyak projek Kindness.my bakal dilaksanakan di masa akan datang. Anda boleh ikuti perkembangan projek Kindness.my di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my

Monday, June 17, 2013

Majlis Penyampaian Hadiah ke 13 Madrasah Hashimiah



Alhamdulillah, Majlis Penyampaian Hadiah ke 13 Madrasah Tahfiz Quran dan Anak Yatim berjalan dengan lancar. Majlis kali ini menyaksikan seorang Hafiz baru, yang telah selesai menghafal 30 juzuk al-Quran. Kini bermulanya cuti sekolah buat pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah dan sesi persekolahan baru akan bermula selepas dua minggu.


sukarelawan Kindness.my bersama adik Karimuddin

Bakal-bakal Hafiz

penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang

InsyaAllah menjelang bulan puasa kelak, Madrasah Hashimiah akan membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja warga penghuni Madrasah berbuka puasa. Dengan serendah RM300, dapat menaja lebih 100 orang untuk berbuka puasa termasuk anak-anak yatim. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 0183800961 atau email di matt@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, June 5, 2013

Perancangan Projek Kreatif Kindness.my di Bulan Ramadhan

Bulan puasa tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Kami di Kindness.my sudah mula merangka beberapa projek untuk dijalankan sebelum dan semasa bulan puasa yang penuh barokah ini. Kita pun tahu orang ramai akan jadi lebih perihatin dan tidak kurang juga ramai yang suka menderma bagi mengejar ganjaran di kehidupan yang abadi.

Misi Kindness.my kali ini akan fokus kepada kempen "awareness". Misi asal Kindness.my ialah untuk menerap rasa ingin lakukan kebaikan secara berterusan dalam setiap diri manusia. Kita mahukan agar orang ramai sentiasa ingin lakukan kebaikan, tidak kira pada siapa atau dimana pun. Oleh yang demikian, berikut adalah antara program yang akan dijalan di bulan Ramadhan:

1- Projek Kurma
Perlaksanaan: Minggu pertama bulan puasa (antara 10-21 Julai 2013)
Lokasi: KL dan negeri-negeri lain

Projek Kurma Kindness.my yang telah ditaja oleh Heart & Sparks
Projek kurma ini adalah dimana kurma akan diagihkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan besar kemungkinan di negeri-negeri lain. Kesibukan bekerja membuatkan ada yang hanya sempat berbuka puasa dengan air mineral dan di sini Kindness.my akan sediakan pek kurma bagi memudahkan warga kota untuk berbuka puasa. Pek kurma ini akan kami kotakkan dengan cantik dan setiap pek akan mempunyai 3 biji kurma Maryami. Mengapa kami pilih kurma Maryami adalah kerana kurma ini tahan lama dan boleh disimpan di dalam beg. Perancangannya, pek kurma ini akan mula diagihkan pada minggu pertama bulan Ramadhan.

2- Projek Dari Hati
Pengumpulan Dana: Sebelum puasa (1 Jun - 10 Julai 2013)
Perlaksanaan: Sepanjang bulan puasa (10 Julai - 5 Ogos 2013)
Lokasi: Rumah-rumah kebajikan



Projek Dari Hati ini adalah inisiatif salah seorang sukarelawan Kindness.my dimana kami akan mengumpul dana untuk dapatkan telekung dan kain pelikat untuk warga penghuni rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur. Setakat ini, bajet bagi sepasang telekung dan kain pelikat ialah RM60 (RM30 untuk telekung dan RM30 untuk kain pelikat). Untuk fasa pertama, tiga buah rumah kebajikan telah dikenalpasti iaitu Asrama Darul Falah, Rumah Anak Yatim Perdana At-Taqwa dan sebuah rumah lagi masih sedang dikenalpasti. Fasa pertama ini akan mensasarkan 200 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin, warga ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.

3- Projek Singgit
Perlaksanaan: Sepanjang bulan puasa (10 Julai - 5 Ogos 2013)
Lokasi: Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain


Contoh yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat

Projek Singgit ini diilhamkan dari kegiatan Random Act of Kindness di Amerika Syarikat. Caranya agak mudah sahaja tetapi memberi impak buat penerima manfaat tersebut. Team Kindness.my akan meletakkan RM1 di merata tempat seperti di rak kedai, mesin tiket parking, mesin air dan lain-lain tempat yang sesuai. RM1 itu akan disertakan dengan sebuah nota yang mengatakan, "To who ever found this, it is meant for you. A duit raya for the blessing month from Kindness.my". Maknanya RM1 adalah duit raya untuk anda! Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menyebarkan tentang kebaikan. RM1 nilainya mungkin kecil bagi kita, namun begitu ada yang apabila menerima hadiah kecil seperti ini, dapat menggembirakan hati seseorang dan menggalakkan penerima tersebut untuk melakukan kebaikan pula kepada orang lain.

4- Projek Parking 5 Kupang
Perlaksanaan sebelum bulan puasa ( dalam bulan Jun hingga awal Julai 2013)
Lokasi: Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain

gambar hiasan yang menujukkan mesin parking DBKL

Projek Parking 5 Kupang ini juga telah diilhamkan oleh salah seorang sukarelawan Kindness.my. Kaedahnya  ialah dimana team Kindness.my akan topup parking kenderaan yang telah tamat tempoh. Bagi sekitar Kuala Lumpur, tiket parking biasanya diletakkan di wiper kereta. Bagi mesin tiket DBKL, akan memerlukan nombor plate kereta. Dan ya, kami akan lakukan seperti itu. Kereta yang mempunyai tiket yang sudah tamat tempoh akan digantikan dengan tiket baru bernilai 50 sen yang dapat tambah lagi sejam untuk parking tersebut. Mesej yang akan ditinggalkan akan berbunyi seperti ini. "You've been spotted! Your parking has expired so we decided to topup 50 sen for you so that you won't get any summon from the authority. Have a good day!" Alhamdulillah, projek ini juga telah mendapat penaja dari beberapa orang individu. Kami sasarkan untuk luaskan projek ini ke negeri-negeri lain juga dan sukarelawan akan digalakkan untuk berkongsi gambar di laman Facebook Kindness.my.

Semua projek Kindness.my ini bertujuan untuk menyebarkan kebaikan. Melakukan kebaikan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kepada semua orang tidak kira latar belakang atau warna kulit.
"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui."~ al-Baqarah ayat 261
Pada yang berminat untuk menyumbang dan perluaskan kebaikan ini, boleh hubungi saya terus di matt@kindness.my atau di 0123377195 (boleh whatsapp). Nyatakan sahaja mana-mana projek yang ingin ditaja dan berkenan di hati. Atau like di page Kindness.my sebagai tanda sokongan anda!

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...