Atas permintaan adik-adik dari Asrama Darul Falah (ASDAF), saya sempat aturkan pertemuan mereka dengan Puan Hjh Salmah yang merupakan pengasas merangkap CEO kepada Perniagaan Wafada Sdn Bhd (Wafada). Syarikat Wafada ini mempunyai beberapa perniagaan terutama sekali di KLIA dan LCCT. Antara jenama di bawah Wafada seperti Old Malaya Kopitiam (KLIA dan Shah Alam), Malaysian Recipe Cafe (KLIA dan LCCT), Uncle D's Noodle (LCCT), Uncle D's Pizzeria (LCCT) untuk perniagaan makanan dan perniagaan fesyen seperti Desigual (KLIA) serta cenderamata seperti Experience Malaysia (KLIA) dan Airport Emporium (LCCT).
memilih menu |
Perbincangan bersama Pn Hjh Salmah dan Chef Arifin |
Temubual |
Penerangan oleh Chef Arifin |
Seramai 7 orang penghuni ASDAF di bawa ke Old Malaya Kopitiam di Seksyen 7 Shah Alam bagi temubual dengan Puan Hjh Salmah dan Chef Arifin yang merupakan ketua chef fi Wafada. Anak-anak yatim ini dihidangkan dengan makanan istimewa Old Malaya Kopitiam seperti Nasik Lemak Ayam, Nasi Tomato, Nasi Beriyani Kambing, Mi Goreng dan Pasta. Puan Hjh Salmah berkongsi pengalamannya memulakan perniagaan Wafada ini dan menekankan aspek halal yang menjadi perkara pertama bagi setiap industri makanan. Center Kitchen yang menyediakan semua makanan bagi kedai-kedai di bawah Wafada sudah menerima status halal dari JAKIM. Menurut Puan Hjh Salmah lagi, penyediaan makanan halal ini amat penting lagi-lagi di lokasi strategik seperti KLIA dan LCCT.
Chef Arifin juga telah berkongsi tentang pengalamannya sebagai chef. Beliau yang mempunyai pengalaman sebagai chef di hotel terkemuka di Kuala Lumpur berkongsi tentang operasi harian di Old Malaya Kopitiam. Adik-adik dari ASDAF ini dapat melengkapkan projek folio tingkatan tiga mereka dengan mengkhususkan nasi lemak sebagai makanan tradisional rakyat Malaysia. Terima kasih keada Puan Hjh Salmah kerana menerima adik-adik ASDAF sebagai tetamunya.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment