Pasang cadar baru |
Kindness.my (Kindness) yang merupakan sebuah organisasi social business atau lebih dikenali sebagai social entrepreneurship telah memulakan beberapa projek yang ringkas dimana Kindness menjadi platform yang menghubungkan para dermawan dan juga sukarelawan. Salah sebuah projek Kindness yang telah berlangsung baru-baru ini ialah Projek Cadar. Projek Cadar ini dimuat naik ke laman fanpage Kindness dan telah mendapat sambutan hangat dari orang ramai. Tidak sampai 2 hari, projek ini telah mendapat sumbangan cadar sepenuhnya. Dua puluh empat unit cadar single bed sheet, 100% cotton telah disumbangkan beserta dengan kalkulator dan kamus dwi bahasa untuk kegunaan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan, Seremban.
bersama cadar baru mereka |
pasang cadar |
Butiran penerima adalah seperti berikut:
Nama Rumah: Rumah Anakku Sayang Ar-RayyanAlamat: 1013, Persiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
No tel: 06-6715935 ( Cik Salihah atau Encik Raimie)
Jumlah Penghuni: 11 orang anak yatim dan miskin (umur dari 7 tahun hingga 17 tahun dan semua lelaki)
Selesai penyerahan cadar, sukarelawan Kindness meneruskan aktiviti dengan mengajar anak-anak Ar-Rayyan ini membuat homemade playdough (tanah liat). Menurut salah seorang sukarelawan, homemade playdough ini dapat membantu merangsang kreativiti kanak-kanak di masa lapang.
Bancuh tepung untuk hasilkan 'playdough' |
dimasukkan pewarna |
'playdough' terhasil |
antara hasil anak-anak Ar-Rayyan |
sukarelawan Kindness bersama anak-anak Ar-Rayyan |
Pihak Kindess mengalu-alukan lebih ramai para dermawan dan juga sukarelawan untuk turut serta. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh layari laman Fanpage Kindness di sini.
Tersiar di Harian Metro, 7 Mei 2013. Boleh rujuk di sini.
Muhammad bin Kamarulazizi
Trustee Kindness.my
0 comments:
Post a Comment