About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, April 28, 2013

Ali dan Misi Gelandangan


Malam tadi saya berkesempatan untuk turut serta dengan misi gelandangan anjuran Kindness.my dan turut serta sukarelawan dari Universiti Malaya, Kolej Consist, Subang Helps Everyone, Heart Malaysia dan Volunteer Malaysia. Lebih 200 pek makanan yang berupa nasi lemak dan air mineral disediakan untuk warga gelandangan ini dan lokasi pertama sukarelawan berkumpul ialah di Bom Kitchen Keramat dan lokasi pertemuan semua sukarelawan ialah di Bangkok Bank, bersebelahan dengan Pasar Seni. Tepat jam 12.30 pagi semua sukarelawan tiba di Bangkok Bank dan misi malam tadi melibatkan lebih 50 orang sukarelawan secara keseluruhannya.

Sukarelawan mula agihkan makanan

misi mencari gelandangan

Ali (berbaju kuning) bersama sukarelawan yang lain

Seperti biasa kami bertemu dengan Uncle Monyet di Bangkok Bank dan sukarelawan telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan melalui kawasan Masjid Jamek hingga ke Pudu dan kumpulan kedua ke Mydin dan terus ke Pudu. Pengagihan selesai sekitar jam 2.30 pagi dan semua makanan telah habis diedarkan. Untuk misi kali ini, saya bawa sekali anak saya, Ali, untuk turut serta dan melihat keadaan ibukota Kuala Lumpur selepas jam 12 pagi. Biarpun baru masuk 4 tahun, Ali tidak kekok dan sentiasa bersemangat untuk bersama sukarelawan-sukarelawan lain mengagihkan makanan.

InsyaAllah Ali disemai dengan sifat-sifat ingin membantu orang lain dari usia yang sangat muda. Bak kata pepatah melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Lebih banyak lagi program anjuran Kindness.my akan dijalankan dan kini Ali akan menjadi orang kanan saya yang tetap. Mohon doakan semua ya!

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...