
Hujung minggu kali ini saya berkesempatan untuk melawat Rumah Titian Kaseh (RTK) di Titiwangsa. Salah seorang sukarelawan Muslim Aid telah menyampaikan hajat untuk membantu anak-anak yatim dan kurang berkemampuan dan saya terus mencadangkan RTK. Ini ziarah kedua saya bulan ini di RTK dan dalam beberapa minggu lepas saya telah datang untuk program membuat sos bersama ibu-ibu tunggal di RTK.
Makpah bersama produk sos RTK
Alhamdulillah, saya dapat berjumpa dengan Makpah, dan beliau telah menyatakan sos cili dan sos tomato kini sudah mempunyai tempahan dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur. Saya kagum dengan cara Makpah, yang bukan sahaja...