About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Saturday, August 20, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Sik, Kedah


Lokasi: Sik Inn, Sik, Kedah
Tarikh: 19 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 80 anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Sri Gemilang

Program Fast 2 Feed kali ini meraikan 80 anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Sri Gemilang, Sik dan telah mendapat kerjasama dari Kelab Badar MRSM Merbok yang telah diketuai oleh Ustaz Hafizi. Program berlangsung selama dua hari dengan pengisian ilmiah bersama anak-anak yatim dan pelajar-pelajar MRSM Merbok.

sumbangan duit raya

sesi ilmiah bersama anak-anak Sri Gemilang

cenderahati dari wakil MRSM Merbok, ustaz Hafizi

Pada sebelah malamnya disulam dengan program Fast 2 Feed dengan anak-anak Rumah Sri Gemilang menerima sumbangan duit raya sebelum berbuka puasa bersama-sama dengan pelajar MRSM Merbok.

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menaja anak-anak yatim Sri Gemilang untuk berbuka puasa serta duit raya. Moga Allah memberkati kalian, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...