Lokasi: Restoran Seri Idaman,Sg Ara, Penang
Tarikh: 24 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 50 Keluarga fakir miskin
Alhamdulillah, program Fast 2 Feed di Sungai Ara telah berjalan dengan jayanya dengan meraikan 50 orang wakil keluarga fakir dan miskin. Program F2F kali ini mendapat kerjasama dari JKKK Sg Ara, Karyah Sg Ara dan juga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang. Sukarelawan Muslim Aid saudara Hazril telah memastikan program berjalan dengan lancar dari peringkat perancangan sehingga di hari berlangsungnya program Fast 2 Feed.
Program bermula dengan pemberian barangan makanan kering beserta duit raya kepada penerima-penerima yang diraikan dan disusuli dengan majlis berbuka puasa. Terdapat juga dermawan Muslim Aid yang hadir bagi memeriahkan lagi pogram Fast 2 Feed ini.
Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2f di Sungai Ara ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dariNya.
Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2f di Sungai Ara ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dariNya.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment