 Lokasi: Pusat Jagaan Batitul Mahabbah al-Hashimi, Kuala Nerang, Kedah
Lokasi: Pusat Jagaan Batitul Mahabbah al-Hashimi, Kuala Nerang, Kedah
Tarikh: 27 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan: 50 anak-anak yatim dan miskin
Alhamdulillah,  berakhirnya program  Fast 2 Feed (F2F) anjuran Yayasan Kemanusiaan  Muslim Aid Malaysia  (Muslim Aid) bagi Ramadhan tahun ini, 1432H  bersamaan tahun 2011 di  Kuala Nerang, Kedah. Program F2F di Kuala  Nerang telah meraikan 50  anak-anak yatim dan miskin dengan juadah  berbuka puasa, duit raya dan  sumbangan makanan kering.
Kami tiba di sana jam 5.30 petang dan  telah dibawa ke asrama lelaki yang terletak di Jalan Kebun. Asrama  lelaki ini menempatkan anak-anak yatim serta merupakan lokasi bagi  remaja insaf, atau pemulihan akhlak. Mereka diajar dengan skil kemahiran  menukang dan sebagainya. Tempat tinggal mereka dibina oleh mereka  sendiri yang telah dibimbing oleh kontraktor yang berpengalaman.
Pengisian dalam bentuk kerohanian juga disediakan oleh penjaga bagi mendidik jiwa mereka agar dapat melahirkan akhlak yang baik. Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para dermawan yang telah menaja anak-anak yatim dan miskin berbuka puasa beserta sumbangan duit raya di Kuala Nerang. Semoga kalian mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.
InsyaAllah Muslim Aid akan merancang program seterusnya untuk membantu anak-anak Baitul Mahabbah di masa akan datang insyaAllah. Pada yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan ke tabung orphan aid Muslim Aid bagi menjayakan program anak-anak yatim dan miskin ini.
Muhammad bin Kamarulazizi













 
















































