About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, July 28, 2010

Keluarga Kak Norehan Terima Sumbangan Daging Q4L


Hari ini saya berkesempatan untuk melawat keluarga Kak Norehan di Gombak. Tahun ini adalah kali pertama saya mempunyai masa untuk ziarah mereka dan kali terakhir adalah pada hujung tahun lepas. Apabila mengikuti perkembangan keluarga kak Norehan ini, kesemuanya dalam keadaan baik, dan anak sulungnya Amylia akan menghadapi peperiksaan PMR dan anak ketiga mereka Anuar akan menduduki UPSR. Anak keempat, Fasihah yang berada di asrama pula mula belajar untuk adapt di asrama tersebut.

Menjelang Ramadhan ini, insyaAllah saya akan merancang untuk berbuka puasa dengan keluarga Kak Norehan. Pada yang ingin menyumbang kepada keluarga tersebut, boleh hubungi saya terus di 012-3377195. Butiran tentang keluarga Kak Norehan di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, July 27, 2010

Sumbangan Food Aid di Selatan Thai


Pergolakan di Selatan Thai kurang mendapat perhatian daripada masyarakat kita. Dalam beberapa bulan lepas, salah seorang sukarelawan Muslim Aid menyatakan hasrat misinya untuk ke Selatan Thai untuk mendapatkan maklumat tentang jumlah anak yatim di sana disamping menyalurkan bantuan untuk keluarga yang susah.

sukarelawan bersama keluarga penerima daging Q4L

keluarga dari masyarakat Selatan Thai

Pihak Muslim Aid telah menyerahkan amanah kepada beliau untuk menyampaikan daging Qurban For Life (Q4L) untuk diserahkan kepada masyarakat Islam yang terpinggir di Selatan Thai. Alhamdulillah daging Q4L selamat sampai kepada penerima-penerima keluarga yang memerlukan. InsyaAllah dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, pejabat Muslim Aid akan memperbanyakkan lagi aktiviti amal dan kebajikan agar lebih ramai golongan yang memerlukan mendapat bantuan sewajarnya.

ps Bagi yang berminat untuk menaja anak-anak yatim dan miskin di Malaysia, boleh layari http://fast2feedmuslimaidasia.blogspot.com/

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, July 18, 2010

Santai Rohani Bersama Anak-anak ASDAF


Lokasi: Cineleasure Mutiara Damansara
Tarikh: 18 Julai 2010


Semalam anak-anak ASDAF berpeluang ke Cineleasure di Mutiara Damansara untuk menonton movie kartun Descipable Me. Program ini telah mendapat tajaan dari salah seorang penderma dari Muslim Aid yang tidak mahu namanya diketahui umum. Setelah 6 bulan anak-anak ASDAF belajar bersungguh-sungguh untuk persediaan peperiksaan mereka, mereka telah diberi peluang untuk berehat santai sambil menonton movie kartun yang yang baru. Hampir 50 orang termasuk anak-anak ASDAF, staf ASDAF, dan sukarelawan Muslim Aid turut serta dalam program santai rohani ini.

beratur sebelum masuk ke panggung

sebelum movie bermula

3 baris untuk anak-anak ASDAF

menikmati juadah selepas menonton movie


sukarelawan Muslim Aid bersama anak-anak ASDAF

InsyaAllah menjelang bulan Ramadhan ini, pihak Muslim Aid sudah mula merangka program Fast 2 Feed yang bakal diadakan di ASDAF sendiri, juga di UIA cawangan Petaling Jaya dan juga di Politeknik Perlis. Kepada yang berminat untuk menaja anak-anak yatim dan miskin ini untuk berbuka puasa, boleh layari laman blog Fast 2 Feed.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, July 13, 2010

Tajaan Pakaian Untuk Musabaqah Anak Pelarian Rohingya


Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan untuk bersama ustaz Hashim dan dan juga adik Anuar dan Hanifah yang akan mewakili Madrasah Hashimiah dalam pertandingan Musabaqah antara Rumah Anak Yatim KL dan Selangor yang bakal berlangsung pada awal bulan Ogos. Muslim Aid telah menaja Anuar dan Hanifah untuk pemakaian pada hari pertandingan. Anuar telah menerima sepasang baju melayu, songkok, butang baju melayu dan juga sampin manakala adik Hanifah menerima sepasang baju kurung, tudung dan juga kerongsang. Pihak Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada penderma yang prihatin yang telah menyumbang ke tabung Muslim Aid bagi pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim.

Anuar dengan baju melayunya


Hanifah dengan baju kurungnya

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, July 8, 2010

SMK Jelai (F) Anjurkan Tabung Misi Kemanusiaan Gaza

Lokasi: SMK Jelai (F)
Tarikh: 7 Julai 2010

Sempena hari terbuka sekolah, pihak SMK Jelai Felda telah mengadakan kutipan tabung untuk misi kemanusiaan Gaza dimana sumbangan prihatin ini telah disalurkan kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Usaha murni ini disokong penuh oleh pengetua sekolah, iaitu cikgu Omar Ahmad yang telah menyampaikan wang sumbangan tersebut kepada eksekutif perhubungan korporat Muslim Aid, puan Zarina dan disaksikan oleh Adun Gemas, YB Datuk Hajah Zainab yang turut serta dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut. Dana terkumpul ini adalah hasil sumbangan masyarakat Felda Jelai dan tabung-tabung telah diletakkan di sekitar sekolah termasuk surau serta 4 buah masjid di setiap Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4.



Puan Zarina menerangkan aktiviti Muslim Aid kepada guru SMK Jelai Felda

pelajar SMK Jelai Felda mendaftar sebagai sukarelawan

pelajar SMK Jelai Felda menunjukkan minat dalam bidang sukarelawan

Pihak pengetua, cikgu Omar Ahmad menyarankan agar sumbangan untuk tabung misi kemanusiaan Gaza ini diteruskan sehingga ke bulan Ramadhan, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, July 5, 2010

Kelas Cupcake di ASDAF


Lokasi: ASDAF
Tarikh: 3 Julai 2010

Program: Kelas Cupcake di ASDAF

Alhamdulillah, kelas cupcake berjalan dengan lancar di ASDAF. Cik Azura, sukarelawan Muslim Aid mengetuai projek bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Objektif projek ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak ASDAF mempelajari skill yang bpleh mereka adaptasi apabila pulang ke kampung halaman. Menurut cik Azura, untuk menghasilkan cupcake ini hanya memerlukan beberapa bahan asas dan akan mengambil masa sejam sahaja.

menyediakan bahan-bahan cupcake

sukarelawan bersama anak-anak ASDAF

bahan-bahan dimasukkan ke dalam cup

bersedia untuk di masukkan ke dalam oven


cupcake yang telah dihasilkan

Anak-anak ASDAF dapat mempelajari sukatan yang sepatutnya menggunakan penimbang yang telah disediakan oleh pihak Muslim Aid. Mereka kelihatan gembira kerana dapat mempraktikkan apa yang telah dibelajar di subjek Matematik di sekolah terutamanya yang bersekolah rendah.

Pihak Muslim Aid akan merancang lebih banyak program skill untuk pembangunan komuniti (community development) untuk anak-anak yatim, keluarga miskin, warga OKU dan pelarian.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...